Wednesday 4 July 2012

TAA’LIQ/KOMENTAR RINGKAS "SYARAH HADIS QUDSI “LARANGAN BERLAKU ZALIM

Tajuk Asal:
http://lenterasebuahkehidupan.blogspot.com/2012/07/syarah-hadis-qudsi-larangan-berlaku.html


1.Hadis Shahih- Hadis nombor 2577.Diriwayatkan juga oleh imam ahmad,at-tirmidzi,ibnmajah dan lain-lain

2. Dalam kitab “Manhaj An-Naqd Fii’Uluum Al-Hadis”-Dr Nuruddin ‘itr menukilkan perkataan Al-Thayyibi dalam Qawaid al-tahdits seperti berikut berkata  Al-Thayyibi:Al-Quran itu diturunkan melalui perantaraan malaikat kepada Nabi Muhammad saw,sedangkan hadis qudsi itu maknanya berisi pemberitaan Allah melalui ilham atau mimpi,laluNabi saw memberitakannya kepada umatnya dengan redaksi sendiri.Adapun hadis nabawi tidak disandarkannya kepada Allah dan tidak diriwayatkannya dari Allah.

3. Ibn Rajab jami’ul-Ulum wal-hikam-Darul Falah m/s 521-522

4.Hidayah jenis ini berfungsi sebagai guidance atau tuntunan untuk manusia dalam melaksanakan tugasnya di muka bumi ini sebagai wakil Allah.


Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) Dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.(Ash-Shaff:9)


Petunjuk ini harus dicari iaitu dengan ilmu janganlah kita menyempitkan skop penglihatan kita hanya tertumpu kepada suatu pihak tertentu, kebenaran itu berada dimana-mana maka kita harus melihat secara keseluruhan pandangan kemudia meneliti dan membawanya kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Berbicara mengenai Hidayah dan Rasulullah:
Muhammad,Rasulullah saw merupakan kasih-sayang yang Allah hadiahkan keatas muka bumi dan kenikmatan yang dianugerahkanNya kepada umat manusia.Seorang suri tauladan,tokoh teragung,manusia termulia,panutan dalam semua bidang kehidupan.Baginda menggambarkan pelbagai kemuliaan dan budi perkerti yang luhur.Baginda adalah pilihanNya diantara sekalian makhluk.Bagindalah pengibar bendera kemenangan dan kedudukan yang mulia.Bagindalah pemilik keindahan dan kecerahan.Baginda adalah penutup segala rasul…

Lihatlah wahai insan:
Jika kita lihat dahulu  bangsa arab sebuah bangsa yang tidak mempunyai apa-apa duduk ditengah padang pasir yang hanya dikelilingi oleh sahara.Tapi sejarah telah mencatatkan dengan tinta emas seketika dahulu suatu ummat berada ditengah-tengah peradaban besar dunia yang dibangun dalam hitungan abad,tiba-tiba dalam waktu yang singkat dapat bangkit dan mengguli Negara-negara berkuasa.
Jika kita lihat dahulu Imperium Persia di sebalah timur dengan seluruh kejayaannya pernah menguasai wilayah yang sangat  besar di dalam peradaban dunia dan ditakuti kerana pasukannaya yang kuat.Imeperium Romawi terletak di sebelah barat dengan kekuasaan yang tidak kalah luasnya dan sangat disegani.
Sementara satu ummat yang terletak di antara Persia dan Romawi,bangkit dalam waktu kurang dari  60 tahun,mampu menempatkan dirinya sebagai pemimpin,bahkan pada akhirnya dapat menakluki  Persia dan Romawi serta memberikan kesejahteraan pada wilayahnya melebihi apa yang pernah diberikan oleh Kedua imperiuntersebut..

Disini timbullah suatu persolan bagaimana sebuah bangsa yang kecil telah Berjaya menguasai 1/3 peradaban manusia?

Jawapan ringkas:Keikhlasan para sahabat dalam mengikuti al-quran dan as-sunnah,walaupun jika dilihat secara realiti kelihatan tidak logik tetapi dengan keimanan mereka dalam meyakini al-quran dan as-sunnah telah Berjaya mengubah dunia.Maka jika kita hendak Berjaya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan mengikuti sunnah rasulullah s.a.w

Rahsia mereka ialah :They believe in something that can’t be seen by eyes!

Keyakinan kaum muslimin tidak diambil dari fakta yang ada disekelilingnya,tetapi hanya dari ucapan Allah dan Rasulullah s.a.w!!!


5.Hidayah khalqi ialah hidayah yang datang bersama penciptaan manusia,yang dimaksud dalam hidayah ini adalah akal manusia yang memiliki kemampuan untuk berfikir dan memahami sesuatu.

Akal adalah sesuatu karunia yang hanya diberikan Allah kepada manusia dan ini telah menjadi petanda kelebihan manusia berbanding malaikat.

HIdayah taufiq adalah kemudahan yang datang dari Allah ketika seseorang hamba itu melakukan sesuatu perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Hidayah Taufiq ini menjadi hati lunak kepada kebenaran.

Sepertimana yang disebutkan oleh Dr.Asri dalam ceramahnya-“berbagai-bagai jenis hidayah”:

“Setelah umat itu menganut islam dan dia telah tahu agama yang diredhai allah dan tidak diredhai allah,dan dia juga tahu apa yang dikhendaki agama dan apa yg tidak dikhendaki agama.Namun sekadar manusia itu menerima islam belumlah tentu umat islam itu mampu beramal dengan amalan islam.

Hal ini disebabkan dia kekurangan hidayah taufiq.tidak semua orang ketahui yang baik dapat amalkan yang baik.Apabila timbulnya kesadaran,kekusyukan dan kelazatan untuk beramal ini semua adalah kerana taufiq yang diperolehi daripada allah.

Oleh sebab itu kita selalu meminta kepada Allah:

 Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.(al-fatihah:6)

Kita minta supaya kita sentiasa diberi petunjuk,bukan sekadar tahu tetapi mampu untuk mengamalkan yang benar.”

Ibn Qayyim menyebutkan dalam kitabnya madariju salikin-pustaka alkausar-m/s 3:
“Oleh itu, keperluan manusia yang paling penting sekali ialah memohon hidayah daripada Allah. Adalah salah dan batil kepada sesiapa yang megatakan : Jika kita telah pun mengikut peutunjuk Allah,mengapa perlu memohon hidayah lagi daripadanya?. Sesungguhnya banyak lagi perkara-perkara yang kita jahilli. Kadang-kadang perkara yang tidak ingin kita lakukan disebabkan oleh malas atau lalai, sama sahaja seperti apa yang ingin kita lakukan, lebih sedikit atau kurang. Berapa banyak kebaikan yang kita ketahui tetapi kita tidak mengamalkannya secara detail dan sempurna. Oleh yang demikian, kita berhajat kepada petunjuk yang sempurna daripada Allah. Walaupun kita sudah memeluk Islam, tetapi kita tetap memohon hidayah daripada Allah, agar Allah menetapkan hati-hati kita di atas jalan kebenaran dan memberikan kekuatan agar terus taat kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa!!”

Suka saya hendak berkongsi mutiara kata dari ustaz Emran Ahmad: 

‘’Punca mengapa kumpulan sesat itu menjadi sesat ialah mereka berhenti dari berdoa mendapat hidayah kerana merasa diri sudah dalam kebenaran !”

Sebelum saya membuat kesimpulan berkenaan hidayah marilah kita merenungi kata-kata Hamkadalam bukunya “Pandangan Hidup Muslim” m/s 8: Hidayah dan taufiq adalah mendapat keuntungan dan kekayaan yang tidak dapat dinilai dengan emas dan perak,sekalipun harta dan benda,bahkan dengan langit dan bumi sekalipun-hamka


6. Hari ini kita dapat lihat kebenaran itu selalu menjadi mangsa apabila manusia menilainya hanya berdasarkan pendapat orang semata-mata sehingga banyaknya fakta yang benar ditolak hanya ia tidak digemari oleh orang ramai.

7.Allah merakamkan Perjuangan kisah dakwah Nabi Nuh a.s yang dibaluti dengan jerit payah dan kedukaan dalam membawa bahtera kebenaran di dalam Al-Quran surah Nuh ayat 5-9:


5. (setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
6. "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
7. "Dan Sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya Dengan jari masing-masing, dan berselubung Dengan pakaiannya, serta berdegil Dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur Dengan melampau.
8. "Kemudian Aku telah menyeru mereka Dengan terang-terang;
9. "Selain dari itu, Aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai Dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan Dengan perlahan-lahan.

8. Tidak dinafikan cerita ada kuasa luar biasa mengenainya.Akan tetapi kita harus ingat bukan semua penceritaan itu boleh dijadikan hujah dalam menentukan kebenaran.Dan kita harus berwaspada dengan setiap cerita yang dibawa jika ia mula dikaitkan dengan atas nama agama.Hal ini dapat dilihat suatu ketika dahulu  fahaman syiah berjaya melular ke dalam tanah air kita dengan melalui buku“Akhirnya Kutemui Kebenaran”oleh Mohammed al-Tijanni.Buku ini merupakan buku yang menyampaikan idea-idea syiah dan sangat begitu popular di Malaysia.
Mengapa buku ini sangat popular?Kekuatan buku ini ialah penyampaian fakta melalui teknik penceritaan.Sebagaimana yang dikatakan oleh  Ustaz Hazrizal dalam bukunya Kuseru Nama-MU di hamparan Shamrock pada m/s 31 :unsur emosi boleh memandu manusia untuk membuat penilaian dan pertimbangan”

9. Jika suara orang ramai menjadi pengukur utama kebenaran maka banyaklah kesilapan atau kesalahan,bahkan kesesatan dianggap kebenaran.Kebenaran itu bukan dinilai dengan keputusan orang ramai semata-mata.Orang ramai boleh jadi mempunyai kepentingan atau dipengaruhi oleh sentiment tertentu.

Kesimpulan dalam bab taufiq:

Al-Quran adalah pentunjuk,yang mengandungi alamat-alamat atau sarana petunjuk kepada Syurga-Nya.Al-Quran adalah kitab yang berisikan petunjuk bagi manusia dari awal sampai akhirnya dari urusan paling kecil sehingga urusan paling besar.Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 89

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan Dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

Tetapi hari ini banyak yang akhirnya telah menjadikan Al-Quran itu sebagai tujuan atau suatu kepentingan bukanlah menjadi petunjuk.Al-Quran hanya menjadi penghias rak-rak rumah tidak disentuh.Adakah mereka lupa bahawa Al-Quran adalah petunjuk membacanya adalah sunnah mengamalkannya adalah kewajiban.Hidayah Allah telah berada di tengah-tengah kita even di hadapan mata kita sekalipun iaitu berupa Al-Quran dan AS-Sunnah.

Now the time We have to take Real Action!!

Ambilah tindakan segera kerana hidayah itu tidak datang dengan sendirinya kita harus mencari dan terus mencari barangsiapa yang mencari kerana ingin mendapatkan pentunjuk ia akan dapat tetapi jika ia mencari untuk kepentingan peribadinya maka sia-sialah hidup dia.

10.Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat,Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar...,Ada makanan yang sedap...,Tentulah hidupnya bahagia & tenang Belum tentu...,Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang....Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun....Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang...Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun...Jika Allah uruskan urusan kita...dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita...Walaupun sekelip mata...dunia boleh berbuat apa-apa...tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan AllahJika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas... kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.Apa yang orang rasa rugi...Allah akan memberikan keuntungan...yang mana jalan-jalan yang manusia tidak sangka.Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan...(dIpetik daripada video dr.asri La tahzan)

11. Ramai orang tersalah sangka tentang maksud kebahagiaan.

Orang fakir mengatakan kebahagiaan pada kekayaan. Orang sakit mengatakan bahagia pada kesihatan. Orang yang tengah rindu dan bercinta mengatakan bertemu dengan kekasih itu kebahagiaan.(bukanlah disini untuk bincang apa itu bahagia)

Cukuplah dikatakan kebahagiaan itu ialah “Katakanlah!Aku percaya kepada Allah ,kemudian pegang teguhlah pendirian itu!” dan juga “Aku adalah hamba Allah,dan Dia tidak akan mengecewakanku.”

 Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.(Fusshilat:30)

Dengan perkataan itulah kita hadapi segala persolan di dalam hidup ini.Kalimat itulah yang terlukis padanya,dan dengan pendirian itu,kita hidup ditengah-tengah masyarakat.-Hamka

Sesungguhnya perkataan “Aku adalah hamba dan ia berkhendak keatasku adalah suatu perkataan sangat ajaib ia mengadugi hakikat ubudiyah atau hakikat perhambaan kita kepada Allah SWT.

Suka sekali saya inigin menaqalkan perkataan Ibnu Jauzi dalam diarinya Shayd al-khaatir berkenaan Rasulullah saw.

“Sesiapa yang benar-benar ingin tahu  hakikat ridha kepada Allah s.w.t atas segala keputusan-Nya dan ingin tahu dari mana ridha itu tumbuh,hendaklah ia berfikir untuk melihat keadaan Rasulullah s.a.w.Ia adalah manusia yang sangat sempurna pengenalannya akan Allah s.w.t.”

Bagindalah Rasul teladan yang sentiasa tenang menghadapi pelabagai masalah dan dalam batinnya tidak pernah terlintas hasrat untuk mengingkari Tuhannya.Kaumnya yang memusuhinya kerap memukul bahkan melukainya jika ia keluar untuk berdakwah .Mereka mencampakkan kotoran ke bahunya yang suci,tetapi baginda tetap tenang dan tabah.Sekiranya bukan Muhammad,tentulah orang seperti itu akan berkata:Oh tuhanku kenapa begini dan begitu..

Pernah pula Umar tidak sependapat dengannya dalam Perjanjan Hudaibiya:Bukankah kita berada diatas jalan yang benar?Kenapa kita mesti mengalah untuk kepentingan agama kita?Rasulullah s.a.w pun menjawab:

Aku adalah hamba Allah,dan Dia tidak akan mengecewakanku.”

Kalimat itu menyiratkan kepasrahan si hamba kepada Penguasanya dan keridhaannya dengan segala pemberian-Nya.

Dalam perang Uhud,para sahabat Rasulullah saw dibunuh,wajahnya pernah dihujani batu,gigi gerahamnya pecah,bapa saudaranya,Hamzah r.a meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan dengan dicabut hatinya dicingcang tubuhnya,tetapi baginda tetap tenang menghadapi semua itu

Aku adalah hamba Allah,dan Dia tidak akan mengecewakanku.”

Anak-anaknya meninggal dunia,maka ditumpahkannya kasih saying kepada cucu-cucunya iaitu Hasan dan Husain.Diambilnya perintang hati.Walaupu disaat baginda mengerjakan solat dipanjat punggungnya oleh kedua-dua anak-anak itu.Dia telah tahu dari ilham Ilahi bahawa perkara-perkara yang besar akan diahdapi kedua anak itu kelak.Tetapi supaya orang lain tidak bergoncang hati tidak ditagaskan bahawa salah seorang anak itu iaitu Husain akan meninggal dalam suatu pertempuran.Baginda sangat menyayangi isterinya Aisyah,tetapi orang munafiq tiba-tiba menuduh isteri yang tercinta berbuat pekerjaan yang merosakkan hatinya.

Aku adalah hamba Allah,dan Dia tidak akan mengecewakanku.”

Baginda serukan kebenaran,meskipun dia dituduh  pendusta.Diterangkannya agama yang baik,dikatakan orang gila.Namun baginda tak bergeser dari keyakinannya.Tetapi pada keredhaan dan keteguhan.Baginda percaya

Aku adalah hamba Allah,dan Dia tidak akan mengecewakanku.”

Dalam kepercayaan yang penuh itulah datang kepadanya penyakit yang bereat,awal dari kematian.Dia meninggal dalam keyakinan bahawa adalah hamba Allah,dan Dia tidak akan mengecewakanku.”.Maka baginda pun menutup matanya melepaskan nafasnya yang penghabisan.Baginda meninggal di atas sebuah hamparan yang telah using  berselimut kain kasar,sedang minyak penghiudpkan lampu telah kehabisan lagi maka perginya baginda membawa keteguhan dan keridhaan.. 

27."Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -
30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "(al-fajr 27-30)

Dan tidaklah Kami mengutusmu kecuali untuk memberi rahmat bagi semesta alam” (QS Al-Anbiya:107)


12. Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati

Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita

Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang…..(ukays)

13.Kata Buya Hamka dalam bukunya lembaga hidup m/s 3 –memilih isteri janganlah mementingkan kecantikan rupanya sahaja,atau banyak hartanya atau bangsawan keturunannya.Pilihlah yang beragama,supaya sentiasa pergaulanmu baik dan bahagia hidupmu.

Oleh itu para ulama ada menasihatkan: jika anda mahukan wanita yang bertaraf bidadari di dunia maka kahwinilah dengan niat yang betul, jalanilah kehidupan rumahtangga dengan betul, jadilah suami yang betul dan InsyaAllah isteri anda akan menjadi bidadari di akhirat. 

14. Rujuk shahih fiqh sunnah jilid 4,al-majmu jilid 3.

15.Hal ini dapat dilihat pandangan dan hujah yang dikemukan Ibn Hazm dalam kitabnya al-muhalla jilid dan begitu juga pendapat asyaukani dalam nail al-authar.

16. Al-Khaththabi berkata isbal ialah aggota tubuh di bawah mata kaki yang tersentuh kain-(dinukil dari fathul bari)

17.Imam Ibn Qayyim alJauziah berkata bahawa ketetapan-ketetapan hukum hakam itu dua jenis: hukum yang tidak berubah keadaan asalnya walaupun berubahnya zaman, tempat dan uruf dan para mujtahid. Contohnya: halal dan haram, hudud dan qisas. Adapun hukum yang berubah sesuai dengan perubahan zaman, tempat dan uruf ialah hukum-hakam takzir dan berlakunya perubahan fatwa di zaman Nabawi, khulafa arRaasyidin, dan tabiin .( Lihat Ighatsah alLahafan, 1/246-249; Ilam alMuwaqqiiin: 3/14-15; Dr Yusof alQardhawi, awamil asSaah wa alMurunah fi al Syariah alIslamiyah)

18. Libas Syuhrah ataupun pakaiannya yang meyelisihi yang umum.Sehingga orang-orang pun memerhatikannya dan pemakaiannya merasa bangga dan takabbur.

Dalam hadis marfu dari ibnu Umar r.a Nabi saw bersabda-Barangsiapa memakai pakaian syuhrah,maka Allah akan memakaikannya pada Hari Kiamat,pakaian yang hina.Kemudian bergejolak padanya api.”(HR.Abu Dawud,Ibnu Majah,Musnad Ahmad-hadis hasan kategori pendukung mengikut Syuaib Arnouth dalam tahqiqnya dalam zaadul maad.)

Ibnu Qayyim menyebutkan dalam zaadul maad jilid 1 dalam bab larangan memakai pakaian syhrah kerana angkuh atau zuhud- bahawa dicela jika bertujuan untuk syuhrah(mencari popularity) dan keangkuhan,sebagaimana memakai pakaian mewah dicela jika tujuan untuk takabbur,agkuh dan sombong.Namun,dipuji jika bertujuan untuk memperindah diri dan menampakkan nikmat Allah.

19.Dalam hal ini saya sependapat dengan ust salman dengan memilih pendapat bahawa isbal tanpa kesombongan adalah boleh dengan menghormati pendapat yang megharamkan isbal secara total(saya sarankan untuk mengkaji lebih lanjut kerana saya tidak dapat mepaparkan pendapat yang mengharamkan isbal secara total sama ada kerana sombong atau tidak)

Pendapat ini depegang adalah berdasarkan fiqh gabungan iaitu mengabungkan antara fiqh aliran pure hadis dengan fiqh gabungan iaitu dengan menggabungkan nas Al-Quran dan Hadis dan seterusnya melihat pada enam jenis Fiqih iaitu antaranya Maqasid syara' (tujuan2 hukum2 syara') dan Fiqh alwaqi’(Hukum fiqih yang dibicara pada zaman terkini bukan pada zaman silam.)

Kita ringkaskan begini:

Sunnah adalah apa sahaja yang datang dari Rasulullah s.a.w.samada perkataan,perbuataan  atau taqrir/pengakuannya Namun, tidaklah semua apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu disyariatkan. Ada yang memang disyariatkan dan ada yang tidak disyariatkan.

Dari sini sunnah Nabi s.a.w dapat kita bahagikan kpd tiga bahagian:
Pertama: Sunnah yang disyariatkan. Iaitu sunnah yang mesti diikuti dan diamalkan oleh seluruh muslimin seperti solat dan sebagainya.
Kedua: Perbuatan dari Nabi s.a.w. di mana hukumnya bukan untuk umat tetapi untuk dirinya sendiri sepert berkahwin lebih daripada 4 orang.
Ketiga: Sunnah yang tidak disyariatkan kepada umat islam. Iaitu perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. atas sifatnya sebagai manusia sebagaimana manusia-manusia lainnya. Sunnah ini ada beberapa jenis:

1. Perbuatan Nabi s.a.w. berdasarkan sifat kemanusiaannya. Contoh: Nabi berdiri, berjalan dan sebagainya
2. Perbuatan Nabi s.a.w. berdasarkan kemahiran manusiawi. Contoh menyusun strategi peperangan, kaedah bertani, kaedah perubatan dan sebagainya.

Ada sunnah yang tidak disyariatkan ke atas kita. Contoh, spt berkenderaan. Kalau Nabi s.a.w. menaiki unta, tidak semestinya kita juga mesti menaiki unta. Bukan kerana kita tidak mengikuti apa yg nabi buat, tetapi apa yg baginda buat bukanlah atas kerasulannya atau nak memberi petunjuk hukum. Nabi s.a.w. menunggang unta kerana faktor zaman pada waktu itu yang datang dari tabiat manusiawinya. Di mana sebagai manusia yg hidup di kawasan dan zaman yg manusianya menaiki unta..

Begitulah juga cara dan fesyen Nabi s.a.w. berpakaian,berubat dan sebagainya. Kita tidak mengikut Nabi s.a.w. dalam hal-hal  sunnah yg begini bukanlah kerana kita menolak atau mengabaikan baginda s.a.w., tetapi kerana ia tidak syariatkan ke atas kita. Ia dilakukan oleh baginda bukan untuk memberi petunjuk hukum, tetapi atas naluri kemanusiaan dan kerana situasi semasa yang melingkunginya.

Masalah melabuhkan pakaian sebagaimana yang dikatakan ustaz salman dapat disimpulkan;

 Perkara sebenarnya ialah, larangan baginda di dalam hadis berkenaan ada maksudnya. Ada illahnya/alasan hukum. Bukan larangan itu tanpa illah. Illah inilah yang menentukan hukum. Ada illah ada hukum. Tiada illah maka tiada hukum.

Alasan hukum haram dalam masalah melabuhkan pakaian adalah bertujuan utk bermegah2, sombong dan bangga. Jika ada perasaan sombong dan bangga maka wujudlah hukum haram itu. Jika tiada dorongan utk bermegah dan sombong maka tiadalah hukum haram itu.

20. Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2499

21Salah seorang sahabat Dzu An-Nun thawaf sambil berseru,Duhai,dimana gerangan hatiku?Siapakah yang boleh menemukan hatiku?”Pada suatu hari,dia masuk ke salah satu jalan dan mendapati seorang anak kecil menangis dipukuli ibunya kemudian ibunya mengeluarkannya dari rumah dan mengunci rumah.Anak kecil tersebut menoleh ke kanan dan ke kiri tidak tahu hendak pergi ke mana?Lalu anak kecil itu kembali ke pintu rumah ibunya dan menangis sambil berkata.”Ibu,siapaka yang boleh membuka pintu untukku jika engkau menguncinya dariku?Siapakah yang boleh  mendekatkanku kepada hatimu jika engkau mengusirku?Siapakah yang boleh mendekatkanku setelah engkau marah kepadaku?”Sang ibu pun hiba kepada anak kecilnya kemudian ia melihat anaknya dari celah pintu dan mendapati anaknya mengucurkan airmata  hingga membasahi pipinya dan merebahkan diri ke tanah.Sang ibu pun lalu membuka pintu dan mengambil anak kecilnya kemudian meletakkannya di pangkuan,menciumnya dan berkata,”Duhai penyejuk mataku dan permata hatiku,engkau sendiri yang membawaku kepada dirimu dan engkau sendiri yang membuatmu merasakan ini semua.JIka engkau patuh kepadaku,engkau tidak mendapatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dariku.”Anak kecil tersebut pun gembira.Kemudian sahabat Dzu An-Nun berteriak,”Sungguh,aku telah menemukan hatiku.Sungguh aku telah menemukan hatiku.”-dinukil dari Jami’ul-Ulum wal-Hikam(ms 531)

Dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).(Ali Imran:135)

Saya akhiri coretan ini dengan puisi Dr.Asri
Akan Ku Terus Ketuk Pintu Tuhanku
Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
di kala mata-mata sedang lesu beradu
akan ku seru namaMU
di penjuru waktu yang sunyi dan sayu

Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
sekalipun tangan ku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerana ku tahu...
tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunanNya meliputi segala

Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
tanpa jemu, tanpa malu
selagi ku memanggilNYA,
DIA MAHA TAHU
aku hanya seorang hamba
ada dosa, ada pahala...
namun DIA YANG MAHA MULIA,
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana DIA AR-RAHMAN
sedangkan aku insan penuh kedaifan

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku DIKAU sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar dan tasbih

22. Hal ini dapat dilihat kitab karangan syaikh Husain bin audah dalam kaifa tahkumu nafsaka wa ahlaka wa man talii ummurahum bi hukmillah.



Wallahu’alam.
 18 MEI 2012


" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "

No comments:

Post a Comment