Sunday 23 December 2012

RINTIHAN ZAMAN

RINTIHAN ZAMAN.

Hidup adalah susunan huruf yang sangat ajaib.Semakin aku memikirkanya semakin buntu aku dibuatnya.5 huruf yang masih tergantung maknanya diatas langit sana.Para ahli falsafah dari zaman ke zaman cuba untuk merungkainya tetapi semuanya hanya menjadi hambar.Kata-Kata begitu miteri  yang membawa penafsiran yang tidak terhingga.

Yang kutahu dan yang masih kutahu,
Yang ku lihat masih ku lihat,
Yang ku nikmati dan masih ku nikmati.
Ku berasa ku fahami semua,
Tapi…aku masih tidak fahami himpunan huruf ini

Hidup?Wanita?Cinta?Sahabat? dan …..
Di satu saat aku duduk besandar tiang di anjur rumah aku dengan berbekalkan biskut craker.Aku mula mendongakkan kepalaku keatas menatap lurus berusaha menembus hamparan awan dan langit semampuku.Mataku terus menatap tajam menembus langit,Namun,semakin lama aku menatap,aku merasa semakin tidak mampu menembus cakerawala gelap yang terdampar perkasa di atasku,mata  terasa letih...,letih,dan letih.Aku terbuai dalam lamunan keindahan langit.Fikiranku mengandaikan sekiranya aku dapat menjelajahi angkasa.Mataku yang menatap semakin berkedip kerana letih dan sakit melihat keagungan  langit.

 Aku cuba untuk membaca kehidupan zaman  sekarang.Jika dahulu aku membaca buku-buku dan nota kuliah tetapi kini ku dikehendaki membaca kehidupan!!!Aku lihat  manusiah yang hidup di zaman ini telah hilang pecaturannya.Sebahagiannya telah hilang arah tuju mereka.

Hidup di zaman ini sudah tidak merasa ketenteramannya penuh dengan mehna.
Keraguan dan kekacauan mula menghiasai dunia.
Para –para orang besar sibuk melakukan pelabagai makar,
sudah tidak dipedulikan lagi darah,air mata dan keringat rakyat yang penting poketnya dipenuhi dengan harta.
Begitulah telah kaya para pendusta..
Hidup di zaman ini,
Dimana sang pengkhianat diangkat menjadi  Hero.
Yang bercakap jujur  dan benar dianggap sebagai pendusta.
Orang-orang yang tidak amanah mula ditabalkan dengan pelbagai mahkota.
Sementara orang yang amanah ditinggalkan dilembah desa.

Hidup di zaman ini,
Keadilan sudah tidak diendahkan,
Jika kamu kesukaanku semuanya baik belaka,
Jika kamu kebencianku semuanya celaka,
Yang dusta boleh sahaja menjadi benar ,
Yang benar boleh sahaja menjadi dusta,
Lihatlah siapa yang bicara,jika kamu sahabat aku angkat,
jika kamu tidak sepakat maka kamulah musibat,

Hidup di zaman ini,
Pilihanku semuanya akan dilihat mulia,
Pilihanmu semuanya ditabal celaka,
Bila berjumpa semuanya berwajah manis belaka,
Di belakang sibuk membaca mantera,
Semua ini politik NAMANYA.

Hidup di zaman ini,
Yang kaya menjadi semakin kaya,
Yang misikin menjadi semkin miskin,
Mengapa ini semua terjadi seadanya,
Apa susah? zaman ini riba dianggap perkara biasa
Yang kaya ternak wang,Yang miskin ternak haiwan,

Hidup di zaman ini,
Sudah ada BANK,
Yang kaya ternak wang kerana kandangnya bernama bank,
Tidak perlu lagi ilmu penternakan,
Tidak perlu lagi ilmu peladangan,
Tidak perlu lagi modal,
Cukup dengan secarik “kertas kosong” maka ia kan beranak pinak.

Hidup di zaman ini,
Sudah seperti di zaman Robin Hood,
Lihat sahaja pecaturananya,
Anda,Kerajaan,Bank..
Lihatlah anda,
Siang pagi anda keluar untuk bekerja,
Dengan berbasikal buruk,cat yang sudah luntur,tayar yang sudah tiada angin,
Anda tetap gagah  untuk mengayuh di pagi yang buta dimana sang kepala sedang tidur kedengkuran,
Berbekal dengan parang toreh,Anda pun menoreh getah,satu pokok demi satu pokok,
Apabila matahari sudah menutup tirainya,Anda pun pulang ke rumah untuk member keluarga anda makan.

Kadangkala anda  terpaksa berlapar siang malam kerana pendapatan anda tidak mampu untuk menyara keluarga anda,
Begitulah juga yang kerja terpaksa bekerja naiki lrt,berpusu-pusu,
Terkejar-kejar masa, keluar bekerja
dengan hasrat mencari nafkah
tetapi bila pulang,
dengan hati yang sunyi dan resah
yang anda selindungi
di balik senyuman lelah kerana dek suasana pejabat.

Datanglah sebahagian manusia mengetuk pintu2 rumah anda,
Anda pun membukanya,dipaparkan kepada anda,
Cukai –cukai yang tinggi,cukai tanah,cukai pintu,cukai pelajaran,
Pinjaman itu,pinjaman ini,
Yang kaya boleh bebas dengan harta mereka,
Tetapi anda??

Kemudian datanglah sebahagian anasir-anasir ini,
Wahai rakyat-rakyat jelata dengarlah ,
EKONOMI sekarang tengah jatuh,
Maka diharapkan ANDA SEMUA kena BERJIMAT-CERMAT,

Diupahla ustaz,utazah dan para penceramah,
Maka bersungguh-sungguh la mereka,
Dalil-dalil mula dibaca kepada rakyat jelata,
Ada penceramah  yang  buat-buat menangis seolah pelakon terbaik dunia,
Dicertikatlah hikayat apakah benar atau tidak yang mengataskan nama agama
Itu semua tidak mengapa rakyat sekarang hanya tahu ikut secara buta tuli,
Mereka tidak akan fikir,
Maka tersebutlah…orang-orang yang membazir dijadi begini dan begitu

Kempen sana sini
“Wahai insan-insan sekalian,hidup ini kena berjimat cermat tak boleh membazir,
MEMBAZIR  itu amalan SYAITAN!!”
Maka yang insaflah mak cik2 dan pakcik2,
Yang memakan nasi lemak sebungkus dikurangkan jadi setengah bungkus,
Takut membazir namanya…
Dikurangkanlah pengunaan bahan mentah,garam dan sebgainya..

Tetapi apakah yang terjadi,
Anasir-anasir ini masih makan makanan yang mewah,
Satu meja mereka  boleh dimakan oleh 100 rakyat bawahan,
Karpet merah mereka sudah cukup untuk biaya ribuan masyarakat,
Mereka masih bersantai,bermain golf,berhiburan sana sini.
Apakah agama ini dihantar oleh Allah SWT utk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan??[1]

Hidup di zaman ini,
Manusia sudah tidak memandangkan kekayaan jiwa,
bagi mereka hidup dengan kekayaan material sebagai tujuan utama,
Mereka sudah tidak memerhatikan manusia yang berada di dalam lembah kehidupan,
Kumpulan airmata,kesedihan dari rintihan manusia di sana sudah tidak dihiraukan,
Airmata mereka yang mengalir ke tanah dan hilang lenyap dalam timbunan pasir,
Apakah masih ada orang yang peduli?
Mana mungkin mereka hendak peduli!!

Orang-orang diluar sana dibayangi kesenangan dan kemewahan.
Diluar sana rumah mereka beratapkan bumbung yang dibuat dengan batu,
Tetapi rumah disebalik lembah kehidupan hanya beratap daun pelepah,
Makanan anda pizza hut,KFC,MCD dan sebagainya,
Makanan mereka manalah sama KFC mereka adalah buangan anda kedalam tong sampah,

Mereka adalah orang yang sudah patah sayapnya sebelum terbang,
Terkulai dan jatuh,
Sudah tidak dapat berbangkit lagi.
Apatah lagi keadilan mereka..(ingin aku bual dengan panjang tapi apakah daya aku pergerakan jari masih belum mahu bermain)


Hidup di zaman ini,
Manusia telah kehilangan pedoman,
Semuanya mahu bumi menelan mereka,
Yang duduk di kota-kota besar mahu sisihkan diri diatas bukit-bukit dan gunung,
Semuanya ingin lari dari pahitnya kenyataan,dan pergi menuju keindahan khayal fantasi.

Hidup di zaman ini,
Para remaja bersorak “bebas”
Bebas dari ibu bapa, bebas dari agama,bebas daripada semua ikatan,
Akhirnya terpaksa menahan kebebasan daripada AIDS,

Hidup di zaman ini,
Dimana wanita kebanyakan bersifat lebih mempamerkan dirinya.
Dimana tambah terbenam matahari,tambah kecohlah di jalan raya dan di kedai kopi,
Hidup di zaman ini,Hati orang tidak merasa tenteram lagi di rumahnya.
Dimana orang-orang menari tersenyum-senyum utk menyembunyikan jiwa yang meratap,

Hidup di zaman ini semuanya mencari penawar dari masalah,
Maka berkempenlah Syaitan,
Ambilah ini kawan,
minumlah seteguk dan ceritakanlah semua masalah kamu kepadanya,
Maka para pemuda terpedaya,
Disebabkan kabutnya akan kebenaran inilah natijahnya…
Mulalah diteguk  whisky  Jack Daniels, ganja Silver Haze, Methamphetamine Hydrochloride ( Syabu ) , dan Eramine 5.

Selesai sudah teguk terasa dikeapungan,
Mulalah pencarian mencari wanita yang “bebas”,
Maka bermulah belenggu kepahitan zaman,
Yang masih ada rasa malu sanggup terjun kedalam bara api,
Yang tiada makan berakhirlah sejarah hidupnya.



Hidup di zaman ini manusia mula melepaskan dirinya daripada ikatan dan belenggu kepercayaan dan agama,..
(bersambung)





[1] Dr Maza-bicara buat pemimpin dan rakyat.

Read more...
" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "