Tuesday 10 July 2012

GUIDELINE DALAM MEMILIH TAFSIR AL-QURAN



Bismillahirahmanirahim
Dalam posting kali ini i.allah admin akan berkongsi beberapa perbahasan berikut:


1.       Kenapa Perlu Membaca Tafsir?
2.       Kitab-Kitab Tafsir Pilihan Yang Beredar Sepanjang Zaman.
3.       Kenapa Tafsir Ibnu Katsir
4.       Siapakah Ibnu katsir?
5.       Pujian Ulama Terhadap Ibnu Katsir.
6.       Pujian Ulama Terhadap Tafsir Ibnu Katsir.
7.       Di Atas Pantai Karya Seorang Mufassir.
·         Kelebihan Tafsir Ibnu Katsir.
·         Kekurangan Tafsir Ibnu Katsir.
8.       Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir Yang Beredar Buat Masa Sekarang.
9.       Perbandingan Tafsir Ibnu Katsir.
·         Apa yang telah dilakukan dalam edisi ringkasan ini?
                                           10.   Kesimpulan.










1.       Kenapa Perlu Membaca Dan Memahami Al-Quran?

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi segenap manusia.Tidaklah ia diturunkan hanya untuk menjadi perhiasan di rak-rak almari yang berada dirumah,tidaklah juga Al-Quran diturunkan hanya dibaca pada waktu-waktu tertentu ataupun pada pertemuan-pertemuan tertentu.Tidaklah juga Al-Quran hanya dibaca dan diambil untuk kepentingan peribadi seperti diniagakan.Dan tidaklah Al-Quran diturunkan hanya dijadikan tulisan kemudian menjadi hiasan-hiasan di dinding rumah dengan sesuatu kepercayaan.


Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan  telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada orang yang bertaqwa,pembeza antara yang benar dan salah,cahaya yang menerangi segenap manusia,roh kehidupan dan kunci kemuliaan.

Sesungguhnya dengan tuntuan Al-Qur’an, kita tidak akan menyimpang, lidah orang-orang yang lemah tidak menjadi tumpul dan para ulama tidak merasa kenyang untuk menimba ilmu-ilmu langit dariNya.
Barangsiapa yang berkata berdasarkan Al-Qur’an, maka dia berkata benar. Barangsiapa mengamalkannya, maka dia pasti akan berjaya dan mendapatkan pahala yang berlipat dan tidak disangka-sangka.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengan al-Qur’an Allah) keluarkan mereka dari gelap-gelita kepada cahayayang terang-benderang dengan izin-Nya; dan (dengan al-Qur’an Allah) menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. [al-Maidah 5:15-16]

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10:57]
Dengan pengaruh Al-Quran tamadun arab yang tidak mempunyai apa-apa duduk ditengah padang pasir yang hanya dikelilingi oleh sahara,tetapi sejarah telah mencatatkan dengan tinta emas seketika dahulu suatu ummat berada ditengah-tengah peradaban besar dunia yang dibangun dalam hitungan abad,tiba-tiba dalam waktu yang singkat dapat bangkit dan mengungguli negara-negara yang berkuasa seperti Rom dan Parsi.

Marilah kita sama-sama hari ini membuat azam yang baru untuk memahami Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan dan sekaligus petunjuk dalam kehidupan kita.Tidak usah mengatakan bahawa esokkan baru ingin mula membaacanya,memahaminya dan mentaddabur imaknanya.Hidup ini adalah pilihan maka segala sesuatu yang telah terjadi dan sedang terjadi mahupun yang akan terjadi adalah hasil daripada pilihan kita.Jadi ayuh jadikan pilihan kita untuk berada di bawah Naungan Al-Quran.

2.Kitab-Kitab Tafsir Pilihan Yang Beredar Sepanjang Zaman.
Tiada cara lain untuk memahami Al-Quran melainkan harus melalui perantara tafsir-tafsir yang dikarang oleh para ulama.Setiap tafsir yang dikarang oleh para ulama mempunyai kelebihan dan fokus-fokus yang tersendiri.
Tidaklah tafsir yang  tidak saya senaraikan adalah tafsir yang tidak bagus.Sekali-kali tidak,kerana untuk membanding-bandingkan tafsir yang mana bagus dan tidak bagus bukanlah menjadi tugas saya kerana saya tidak memiliki ilmu dalam hal ini melainkan sangat sedikit,akan tetapi antara tafsir yang dianjurkan para ulama dan para penuntut ilmu(saya fokuskan hanya untuk 20 jenis tafsir) untuk membacanya.
Juteru janganlah kita sempitkan pemikiran dan skop pembacaan kita,sebagaimana yang dikata al-Qaradawi hafizahullah: "Kita mengambil khazanah lama yang masih utuh dan juga tidak meninggalkan perkara2 baru yang bermanfaat".
Berikut dibawah adalah tafsir-tafsir yang telah menjadi haruman wangian oleh para penuntut ilmu sehinggakan dipuji oleh  para-para ulama dalam karya-karya mereka.

1.Tafsir at-Thabari  (w. 310 H)
2. Tafsir al-Baghawi (w.516 H)
3. Tafsir al-Zamakhsyari (w. 538 H) - dari aspek Balaghah
4. Tafsir Al-Qurthubi (w. 671 H)
5. Tafsir Ibnu Kathir (w. 774 H)
6. Tafsir Al-Durr al-Manthur li As-Suyuthi  (w. 911 H)
7. Tafsir Fathul Qadir li Asy-Syaukani  (w. 1250 H)
8. Tafsir As-Sa'di li Syeikh Abdurrahman As-Sa'di  -(w. 1376 H)
9. Tafsir Adhwa' al-Bayan li Asy-Syinqithi  (w. 1393 H)
10.Tafsir Al-Aisar li Al-Jazairi
11. Tafsir al-Qur’an al-Hakim al-mushtahar bi ism Tafsir al-Manar (w. 1366 H)
12. Tafsir Ruhul Ma’ani -Muhammad al-Alusi al-Baghdadi –dari aspek I’rab Al-Quran
13. Tafsir Fi Zilalil Qur’an 
14. Tafsir Al-Jawaahir fi Tafsiril Qur’an - Syeikh Tantawi Jauhari
16. Tafsir Al- Maraghi
17. Tafsir Al-Azhar –Buya Hamka-Sesuai untuk penduduk Nusantara
18. Tafsir Ibnu Abi Haatim
19. Ahkamul Qur’an, Ibnul Araby
20. Tafsir Fat-hul Bayan (Siddiq Hasan Khan)
      
(Kesemua Tafsir-Tafsir diatas telah siap diterjemahkan dalam bahasa Indonesia kecuali no2,3,6,11,12,14(tafsir ini belum diterjemahkan sebatas pengetahuan penulis)no 15.Belum siap diterjemahkan(dalam Bahasa Melayu)..no 18 dan no.20.)
(10 Jenis Kitab Tafsir diatas adalah sebagaimana yang dicadangkan oleh moderator arkib.alfikrah.net sekali gus merupakan guru kami.)


Secara ringkas method tafsir terbahagi kepada dua:

{Tafsir Bil Ma'thur

Menafsir al-Qur'an dengan dengan bersandarkan kepada hadis-hadis, Tabi'in dan Tabi'in-tabi'in. Dalam jenis ini, Tafsir Jami'ul Bayan oleh al-tabari dianggap yang teragung di mana ianya memuatkan segala kata-kata Sahabat dan Tabi'in beserta dengan sanadnya sekali. Dan yang terdekat dengan Tafsir al-tabari ialah tafsir Ibnu Kathir. 

Tafsir Bil ra'yi

Pentafsiran al-Qur'an dengan mengunakan akal fikiran. Ada dua jenis tafsiran ini. Pertama, Tafsir Bil Ra'yi al-Mamduh al-Maqbul yang masih dapat diterima kerana menurut kaedah-kaedahnya yang betul. Dan kedua, Tafsir Bil Ra'yi al-Mazmum al-Mardud yang tertolak kerana unsur rasionalismenya yang ekstrim dan menurut hawa nafsu.}2


Di atas merupakan antara tafsir-tafsir yang dianjurkan para ulama.Mungkin terdetik dalam hati “fuhh banyaknya nak kena baca”.Zaman  sekarang merupakan zaman yang penuh dengan kesibukan mungkin kita boleh membahagikan 3 tahap pembacaan dalam membaca tafsir.Di bawah merupakan hanya pendapat peripadi saya bagi yang kesuntukan masa tetapi hendak mendapat ilmu secara maksimum.


Pembacaan Kitab Tafsir Peringkat Permulaan:

Mungkin ada 6 jenis tafsir yang boleh kita buat pilihan untuk baca untuk peringkat yang pertama.
1.Tafsir Ibnu Katsir(Mukthasar).
2.Tafisr As-Sa’di.
3.Tafsir Al-Aisar.
4.Tafsir Al-Azhar.
5.Tafsir Muyassar(banyak pengarang antara yang dianjurkan antaranya Dr.Aidh’Alqarni dan sebagainya.)
6.Tafsir Jalalain

(Kesemua enam-enam tafsir ini telah siap diterjemahkan )

·         Bagi diri saya,saya lebih selesa untuk memilih Tafsir Ibnu Katsir diantara 6 buah tafsir diatas.

·         (Hal ini tidak bermakna tafsir yang selebihnya adalah tidak bagus.Tidak!!Tafsir diatas memang bagus sekali dibaca.Saya telah melihat(meneliti) dan membaca sedikit sebanyak sebahagian tafsir diatas dan ia sangat baik sekali,malah sebahagian tafsir-tafsir berikut menjadi rujukan dunia bagi penuntut ilmu dan para ulama.)

·         Bacalah kesemuanya jika anda mampu.Ini  hanya bagi mereka yang terpaksa membuat pilihan atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan.

·         Cadangan saya mungkin bagi yang pertama kali hendak mendalami ilmu agama mungkin no.5 Tafsir Muyassar atau no.6 Tafsir Jalalain adalah yang terbaik kerana ia mudah dan dengan penerangan yang ringkas kita dapat memahaminya.Selain itu,ia tidak berjilid-jilid dalam tempoh yang singkat kita sudah dapat menamatkan pembacaan.

·         Bagi Tafsir Muyassar Aidh Al-Qarni ia ditulis dengan bahasa yang agak santai dan sedap dibaca sebagaimana hampir kepada corak penulisan pada buku beliau La.Tahzan.Edisi terjemahan dihadirkan dalam 4 jilid.Mungkin ini tidak akan membosakan bagi mereka yang baru hendak membaca kitab tafsir.

·         Untuk Tafsir Jalalain ia merupakan tafsir yang sangat ringkas dan merupakan tafsir yang famous digunakan oleh kebanyakkan pondok.Tafsir ini dihadirkan dalam 2 jilid.Hal ini mungkin dapat dihabiskan pembacaan dalam masa yang singkat.

·         Bagi yang sudah selalu mengikuti pengajian kelas-kelas agama di surau dan sebagainya mungkin no.2 Tafsir As-Sa’di atau no.4 Tafsir Al-Azhar  adalah paling sesuai kerana ia tidak terlalu ringkas dan tidak terlalu panjang malah bahasa yang digunakan kedua-dua tafsir berikut adalah bahasa yang agak santai dan mudah untuk dicerna .

·         No 2. Dianjurkan bagi mereka yang hendak merasa seolah-olah hidup di alam al-quran yang diturunkan dizaman Rasulullah s.a.w. dan  para sahabat kerana method yang digunakan adalah tafsir bil ma'tsur(sebagaimana yang telah diterangkan).Tafsir ini akan membawa ke alam mufassir.(i.allah akan diadkan tulisan asing untuk membahas tafsir ini.)

·         Manakala bagi mereka no4. Bagi mereka yang hendak merasai alam al-quran yang sedang berada di sekeliling mereka tafsir ini adalah tafsir yang baik kerana tafsir ini telas ditulis oleh ulama nusantara iaitu Hamka.Hamka menggabungkan kedua-dua method diatas bil matsur dan bil ra’yi.Huraian yang dibawa hamka mudah difahami kerana bahasa kita sendiri dan bahasa yang digunakan agak falsafah mungkin menjadi daya tarik bagi mereka yang hendak mendalami falsafah dengan kaedah yang benar.

·         Untuk mereka yang telah terbiasa mengikuti kelas pengajian dan telah biasa membaca kitab-kitab para ulama mungkin mereka boleh memilih no 1. Tafsir Ibnu Katsir atau no. 3 Tafsir Al-Aisar.

·         Tafsir Ibnu Katsir merupakan tafsir telah merentasi zaman.Ia dicatat dengan tinta emas seolah-seolah ia menjadi mutiara sepanjang zaman,kilaunnya telah menyinari zaman sehingga seolah-olah menjadi suatu bacaaan wajib bagi mereka yang kehausan ilmu.(I,allah telah ditulis artikel untuk membahas Tafsir ini.).Method yang digunakan adalah method tafsir bil mat’sur.Satu-satunya tafsir yang paling lama telah melebihi 7 abad diantara 6 tafsir yang dianjurkan.Bahasa yang digunakan dengan bahasa yang ilmiah.

·         Tafsir Al-Aisar tidak kurang hebatnya,merupakan tafsir  yang mengikuti method tafsir ibnu katsir iaitu bil matsur.Hanya memasukkan hadis yang bertaraf hasan dan juga shahih.Ditulis oleh ulama besar ketika ini.Tafsir ini telah menjadi rujukan buat abad ini.Boleh lihat lebih lanjut disini..3


(Mungkin setakat ini penulisan serba ringkas untuk pembacaan kitab tafsir peringkat permulaan.)

3.Kenapa Tafsir Ibnu Katsir

Saya hanya paparkan beberapa sebab mengapa saya memilih Tafsir Ibnu Katsir:

Pertama:Method yang digunakan Ibnu Katsir ialah tafsir bil matsur iaitu:
1.      Tafsir Al-quran tarhadap tafsir Al-quran itu sendiri.
2.      Menggunakan sunnah yang merupakan penjelas Al-quran, bilamana tidak ditemukan ayat lain yang menjelaskan. Ibnu katsir menjelaskan bahwa imam Syafi’i pernah mengatakan,” setiap hukum yang ditetapkan rasulullah merupakan hasil pemahaman terhadap Al-quran.
3.      Perkataan para As-shahabah, bila dalam Al-quran dan sunnah tidak ditemukan pembahasannya. Karena para sahabat mengetahui banyak sebab-sebab ayat itu diturunkan dan kondisi pada waktu itu.
4.        Pendapat para  tabiin bila dalam Al-quran,  sunnah dan perkataan para sahabat tidak ditemui tafsiranya.

Kesimpulannya:

Dalam memehami Al-Qur'an, seseorang wajib merujuk kepada kaedah-kaedah penafsiran Al-Qur'an yang benar dan selamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para ulama generasi awal dari kalangan salaf yang terdiri dari para pembesar sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in dan para ulama yang mengikuti mereka dengan baik. Al-Qur'an tidak boleh dan tidak akan dapat difahami hanya berbekalkan logika dan perasaan. Sebaliknya, Al-Qur'an wajib difahami dengan berpandukan hadis-hadis Nabi yang sahih dan fatwa-fatwa para sahabat yang mana mereka menyaksikan sendiri turunnya ayat-ayat Al-Qur'an di masa mereka.

Tidak ada lagi bentuk-bentuk agama selain dari apa yang difahami dan disampaikan oleh mereka. Kerana apa yang difahami dan diamalkan oleh mereka dari agama Islam, sudah sangat-sangat memadai dan itulah yang terbaik. Kerana apa yang diamalkan oleh mereka, itulah yang mendapat restu dan pembenaran secara langsung daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan bentuk-bentuk amalan (sandaran beragama) selain dari itu, maka ia adalah suatu yang asing lagi tertolak disebabkan agama ini telah pun sempurna dan mencukupi sebagaimana yang difahami oleh golongan terbaik bernama sahabat.
                                          


‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُسْتَنًّا فَلْيَسْتَنَّ بِمَنْ قَدْ مَاتَ فَإِنَّ الْحَيَّ لَا تُؤْمَنُ عَلَيْهِ الْفِتْنَةُ أُولَئِكَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَرُّ هَذِهِ الْأُمَّةِ قُلُوبًا وَأَعْمَقُهَا عِلْمًا وَأَقَلُّهَا تَكَلُّفًا قَوْمٌ اخْتَارَهُمْ اللَّهُ لِصُحْبَةِ نَبِيِّهِ وَإِقَامَةِ دِينِهِ فَاعْرِفُوا لَهُمْ حَقَّهُمْ وَتَمَسَّكُوا بِهَدْيِهِمْ؛ فَإِنَّهُمْ كَانُوا عَلَى الْهُدَى الْمُسْتَقِيمِ

“Sesiapa di antara kamu mengikuti sunnah (bimbingan), maka ikutilah jejak bimbingan orang yang telah wafat kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa terbeban dengan syari’at). Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk berdampingan dengan Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka, dan ambillah akhlak serta agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus.” (Ibnu ‘Abdil Bar, Jaami’ al-‘Ilm wa Fadhlihi, m/s. 368. Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 3/126, 4/138, 4/158, 11/368, 11/573. Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/202-203)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

“Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 9/133, no. 2458)

Di dalam Al-Qur'an, Allah mengiktiraf dan menyeru kita semua agar mengikuti jejak-jejak mereka. Maksud firman Allah Ta'ala:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Kedua :Ibnu Katsir merupakan seorang huffaz.Beliau telah mengusai ilmu hadis baik dari segi sanad mahupun matan.Beliau dapat membezakan yang mana hadis lemah dan tulen.

Ketiga:Perhatian besar para ulama dan penuntut ilmu terhadap karya ini sehinggakan begitu banyak tahqiq(tahqiq yang menjadi pilihan adalah tahqiq oleh Muhaddist Abu Ishaq Al Huwaini hafizahullah) dan muktasar yang dilakukan.

4.Siapakah Ibnu katsir?


Sebelum membahaskan kenapa saya memilih Tafsir Ibnu Katsir,eloklah kita mengenali peribadi yang menjadi mutiara-mutiara yang menyinari alam ini.Sehingga namanya dicatit dalam lembaran sejarah.Jika para bangsawan hanya diabdikan di sepanjang nama lorong,jalan ataupun sebagai nama sekolah.Tetapi!! Saksikanlah bahawa mereka para ulama yang ikhlas menuntut ilmu dan menyampaikannya hanya mengharapkan keredhaan Allah,nama mereka diabdikan sepanjang zaman,sering disebutkan oleh penuntu ilmu dan didoakan oleh mereka dengan rahimahullahutaala.

Perjalanan Hidup Ibnu Katsir

Ibnu Katsir ataupun Abul Fidâ ‘Imaduddin Isma’il bin Syeh Abi Haffsh Syihabuddin Umar bin Katsir bin Dla`i ibn Katsir bin Zarâ` al-Qursyi al-Damsyiqi. Ia di lahirkan di kampung Mijdal, daerah Bashrah sebelah timur kota Damaskus, pada tahun 700 H. Ayahnya berasal dari Bashrah, sementara ibunya berasal dari Mijdal. Ayahnya bernama Syihabuddin Abu Hafsh Umar ibn Katsir. Ia adalah ulama yang faqih serta berpengaruh di daerahnya. Ia juga terkenal dengan ahli ceramah. Hal ini sebagaimana di ungkapkan Ibnu Katsir dalam kitab tarikhnya (al-Bidâyah wa al-Nihâyah). Ayahnya lahir sekitar tahun 640 H, dan ia wafat pada bulan Jumadil ‘Ula 703 H. di daerah Mijdal, ketika Ibnu Katsir berusia tiga tahun, dan dikuburkan di sana.

Ibnu Katsir telah belajar kepada dua Syaikh Besar di Damaskus, iaitu Syaikh Burhanuddin Ibrahim Abdurrahman al-Fazzari (w. 729) terkenal dengan ibnu al-Farkah,  tentang fiqh syafi’I,kemudian belajar ilmu ushul fiqh ibn Hâjib kepada syaikh Kamaluddin bin Qodi Syuhbah.
Ibnu Katsir juga sangat tertarik terhadap ilmu hadits. Bakatnya dalam bidang keilmuan yang cukup rumit itu terasah dengan baik ketika ia belajar kepada Jamaluddin al-Mizzi, ahli hadits kenamaan di Syiria yang belakangan menjadi mertuanya. Selain itu juga berguru kepada Al-Wani, yang memberinya ijazah sanad-sanad hadits dari ulama Hijaz. Selain itu, ia juga sempat belajar kepada Syaikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan muridnya Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah.
Karena keahlian dalam dua ilmu tersebut, dalal usia tiga puluhan Ibnu Katsir telah memperoleh kedudukan yang mulai di tengah kaumnya. Tahun 1348, ia diminta menggantikan gurunya, Az-Zahabi, untuk mengajar di Turba Umm Salih. Tujuh tahun kemudian, 1355, ia bahkan diangkat menjadi kepala Dar al-Hadis al-Asyrafiyah, sebuah madrasah khusus ilmu-ilmu Hadits yang baru saja ditinggal wafat Hakim Taqiuddin As-Subki.
Genap usia tujuh puluh empat tahun akhirnya ulama ini wafat, tepatnya pada hari Kamis, 26 Sya’ban 774 H. Ia di kuburkan di pemakaman shufiyah Damaskus, disisi makam guru yang sangat dicintai dan dihormatinya yaitu Ibnu Taimiyah

5.Pujian Ulama Terhadap Ibnu Katsir.

Pengakuan  muridnya sendiri mengatakan, “Ibnu Katsir adalah ulama yang mengetahui matan hadits, serta takhrij rijalnya. Ia mengetahui yang shahih dan dha’if”.
Guru-guru mahupun sahabat beliau mengetahui, bahwa beliau bukan sahaja ulama yang berkaliber dalam bidang tafsir, juga hadits dan sejarah. Sehinggakan al-Dzahabi, tidak ketinggalan memberikan sanjungan kepada Ibnu Katsir, “Ibnu Katsir adalah seorang mufti, muhaddits, juga ulama yang faqih dan kapabel dalam tafsir”.
Ibnu hubaib yang menyebutnya sebagai, “ pemimpin para ahli tafsir, menyimak, menghimpun dan menulis buku. Fatwa-fatwa dan ucapannya banyak didengar hamper diseluruh pelosok. Ibnu katsir banyak tersohor karena kecermatan dan tulisannya. Ia merupakan pakar dalam bidang sejarah, hadist dan tafsir.
Para ulama sepakat akan keluhuran ilmu Ibnu katsir, terutama dalam bidang Al-quran. Seorang murid ibnu katsir mengatakan. “ dari ulama yang ada di zaman ini, Ibnu katsir merupakan orang yang terbaik dalam mengahafal hadits dan yang paling mahir dalam meneliti tingkat kebenaran dan kapasitas rawi suatu hadits.
Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata bahwa beliau adalah seorang yang disibukkan dengan hadits, menelaah matan-matan dan rijal-rijal (perawinya), ingatannya sangat kuat, pandai membahas, kehidupannya dipenuhi dengan menulis kitab, dan setelah wafatnya kita dapat mengambil manfaat yang sangat banyak dari karya-karyanya.
Ahli sejarah yang terkenal dengan nama Abul Mahasin Jamaluddin Yusuf Ibnu Saifuddin yang terkenal dengan nama Ibnu Taghri Bardi berkata dalam kitabnya al-Manhalush Shaafii wal Mustaufa ba’ dal Woofi,
“Beliau adalah syaikh imam al-’ Allamah’ Imaduddin Abul Fida’, ulama yang banyak berkarya) terus bekerja, meraup ilmu dan menulis, pakar dalam bidang fiqih, tafsir dan hadis.Beliau mengumpulkan, mengarang, mengajar, menyampaikan hadis dan menulis. Beliau memiliki penelaahan yang luas dalam ilmu hadis, tafsir, fiqih, bahasa Arab dan ilmu-ilmu lainnya. Beliau mengeluarkan fatwa dan mengajar hingga beliau wafat, semoga Allah merahmati beliau. Beliau dikenal sebagai uiama yang memiliki hafalan yang kuat dan tulisan yang bagus. Ia telah mencapai puncak dalam ilmu sejarah, hadis dan tafsir.

      Salah seorang muridnya, Syihabuddin bin Hajj berkata, "Beliau adalah seorang yang paling kuat hafalannya yang pernah aku temui tentang matan (isi) hadits, dan paling mengetahui cacat hadits serta keadaan para perawinya."

6.Pujian Ulama Terhadap Tafsir Ibnu Katsir.
Kitab beliau dalam bidang tafsir yaitu Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim menjadi kitab tafsir terbesar dan tershahih sepanjang masa, bahkan hingga saat ini, di samping kitab tafsir Muhammad bin Jarir ath-Thabari.

Muhammad Nasib ar-Rifa’i(peringkas tafsir ibnu katsir I.allah akan dibabahaskan dibawah dalam perbandingan cetakan.) saat memberi pengantar buku Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir ini: “Buku ini memudahkan kita dalam memahami berbagai tujuan Allah, sehingga makna-maknanya yang tinggi menjadi rendah, mudah untuk dipetik dan berada dalam jangkauan mayoritas pencari ilmu, termasuk jangkauan para pemula.”
Imam asy-Syaukani -pakar ilmu Tafsir- mengatakan bahwa Tafsir Ibnu Katsir adalah salah satu kitab tafsir terbaik, jika dibolehkan, bisa dikatakan sebagai tafsir terbaik, dari kitab-kitab tafsir yang ada.

Imam as-Suyuthi menilai tafsirnya menakjubkan, belum ada ulama yang menandinginya. 

Syeikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dalam bukunya "al-‘Ilmu" menganjurkan penuntut ilmu membaca Tafsir al-Qur’anil ‘Azhim atau yang lebih dikenal dengan Tafsir Ibnu Katsir.

Kata Syeikh Abdul Malik bin Muhammad al Qasim : "Tafsir Ibnu Kathir yang ada di hadapan kita, berapa jumlah umat Islam yang membacanya? Kelupaan telah melipatnya. Debu telah menyelimutinya di sisi para pemilik perpustakaan. Adapun mereka (para Salaf), mereka adalah orang-orang yang bersungguh-sungguh dan sabar. [ruj : Waratsatul Anbiya']

Rasyid Ridha berkomentar “ Tafsir ini merupakan tafsir paling masyhur yang memberian perhatian besar pada riwayat-riwayat dari para mufassir salaf, menjelaskan mana-mana ayat dan hukumnya, menjauhi pembahasan masalah I’rab dan cabang-cabang balaghah yang pada umumnya dibicarakan secara panjang lebar oleh kebanyakan mufassirin, menghindar dari pembicaraan yang melebar pada ilmu-ilmu lain yang tidak diperlukan dalam memahami al-Qur’an secara umum atau hukum dan nasihat-nasihatnya secara khusus.”

 Imam  Suyuthi (w.911) berkata mengenai tafsir ibnu katsir, “lam yu-laf ‘alâ namthihi mitsluhu“( belum pernah ada kitab tafsir yang semisal dengannya).

Kata Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah:

"Saya sendiri bersesuaian dengan fitrah keilmuan dan pengetahuan saya berkaitan kitab-kitab dan khazanah peninggalan sejarah Islam yang agung, sebenarnya tidak gemar meringkaskan kitab-kitab atau melakukan perubahan di dalamnya. Akan tetapi saya dihadapkan dengan keperluan dan kepentingan yang mendesak untuk mendekatkan corak pemahaman tafsir kepada para pembaca di peringkat menengah yang memiliki wawasan ilmu, yang mana mereka masih tidak mampu menela'ah dan menyerap ilmu-ilmu pengetahuan yang bermanfaat secara benar lagi mendalam, dan mereka yang belum benar-benar mengerti tentang istilah-istilah yang diguna-pakai oleh para ulama dalam disiplin ilmu. Demikian juga untuk para penuntut ilmu Islam di pelbagai penjuru alam Islami. Untuk itu, saya pun merasa amat perlu melakukannya." (Mukaddimah 'Umdatut Tasir 'an Al-Hafiz Ibn Katsir)

Syaikh Muhammad Shalih al-Uthaimin :Kitab Tafsir al-Qur’an al-Azhim, karya Ibnu Kathir. Ini adalah kitab yang bagus dalam masalah tafsir dengan athar (riwayat), bermanfaat dan aman, tetapi kandungan i’rab dan balagahnya sedikit.

Syaikh Al Albani -Dalam bidang tafsir hendaklah ia biasakan membaca kitab Tafsir al-Qur'an al-Azhimkarya Al-Hafiz Ibnu Kathir, meskipun pada bahagian-bahagian tertentu terdapat perbahasan yang panjang, namun kitab ini adalah kitab tafsir yang paling sahih di zaman ini.


7.Di Atas Pantai Karya Seorang Mufassir

Kelebihan Tafsir Ibnu Katsir
1.Sebagaimana telah diterangkan method yang digunakan dalam menafsirkan ayat alquran.
2. Beliauu memberikan perhatian yang mendalam terhadap apa yang telah ditafsir oleh mufassir salaf dan menjelaskan makna-makna dan hukumnya.
3.Perhatian yang sangat besar dengan penafsiran antara Al-quran dengan Al-quran.
4.Merupakan tafsir yang paling banyak memuat atau memaparkan ayat-ayat yang bersesuaian maknanya, kemudian diikuti dengan penafsiran ayat dengan hadist marfu’ yang ada relevansinya dengan ayat yang sedang ditafsirkan serta menjelaskan apa yang dijadikan hujjah dari ayat tersebut. Kemudian diikuti pula dengan atsar para sahabat dan pendapa tabiin dan ulama’ salaf.
5.Disertakan selalu peringatan akan cerita-cerita Israilliyat yang tertolak (mungkar) yang banyak tersebar di dalam tafsir-tafsir bil ma’tsur. Baik peringatan itu secara global atau mendetail.
6.Bersandar pada riwayat-riwayat dari sabda Nabi S.A.W para sahabat dan tabiin.
7.Keluasan sanad-sanad dan sabda-sabda yang diriwayatkan serta tarjihnya akan riwayat-riwayat tersebut.
8.Penguasaan terhadap ayat-ayat nasikh mansukh, serta serta pengusaannya terhadap sahahih dan sakimnya jalan –jalan riwayat.
9.Penjelasaanya dalam segi i’rab, dan istimbatnya tentang hukum-hukum syar’ie dan ayat-ayat Al-quran.
10.Tidak mengandung permusuhan, golongan dan mazdhab. Mengajak pada persatuan dan mencari kebenaran bersama.


Kekurangan Tafsir Ibnu Katsir
1.       Kurang membahas masalah I’rab dan ketatabahasaan dalam menafsirkan aat-ayat dalam Al-Qur’an.

2.       Terdapatnya sejumlah Isroilliyat, sekalipun ia mengingatkanya, namun tanpa penegasan dan penyelidikan

(Dalam membahas kelebihan dan kekurangan Tafsir Ibnu Katsir saya banyak mengambil manfaat dari artikel yang ditulis oleh Mukhtar Zaini Dahlan.)

8.Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir Yang Beredar Buat Masa Sekarang
I.allah di sini saya akan nyatakan beberapa buah  terjemahan kitab Tafsir Ibnu Katsir yang telah tersebar pada masa kini kesemuanya dalam bahasa indonesia yang boleh difahami.


1) Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i adalah edisi terjemahan bagi kitab Lubaab Tafsir min Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan tahqiq dan peringkasannya oleh Dr.'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh hafizahullah.Hadir dalam 10 jilid bagi edisi ekonomi dan 6 jilid edisi lux.

2.Mukhtashar (Ringkasan) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Darus Sunnah adalah edisi terjemahan bagi 'Umdatut Tafsir 'an Al-Hafiz Ibnu Katsir yang diusahakan oleh Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah.Hadir baru dalam beberapa jilid belum selesai diterjemahkan secara lengkap.

3) Sahih Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Ibnu Kathir. Hadir dalam 9 jilid. Ini merupakan terjemahan bagi kitab Misbahul Munir fi Tahdzib Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan oleh sekumpulan ilmuan yang diketuai oleh Syeikh Al-Mubarakfuri.
4) Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir terbitan Gema Insani Press. Hadir dalam 4 jilid tebal. Edisi ini merupakan terjemahan bagi kitab Taisir al-'Aliy al-Qadir li Ikhtisar Tafsir Ibn Katsir yang diusahakan oleh Syeikh Nasib Al-Rifa'i hafizahullah.

5) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Pustaka Algesindo.Merupakan terjemahan lengkap dari teks asli tanpa tahqiq,ta’aliq dan sebagainya.Ia diterjemahkan dari kitab yang asli.Hadir dalam 30  jilid dan dalam bentuk buku yang kecil.Terjemahan ini tidak sangat dianjurkan.


6)Tafsir Ibnu Katsir terbitan Victoria Agency.Terjemahan ini merupakan terjemahan yang sering di lihat di Malaysia suatu ketika dulu.Tetapi terjemahan ini sangat-sangat tidak dianjurkan.(i.allah akan diterangkan mengapa untuk terjamahan no.5 dan no.6)

9.Perbandingan Terjemahan Penerbit Kitab Tafsir Ibnu Katsir.
Sebelum saya memulakan membuat perbandingan keatas 4 buah jenis kitab Tafsir Ibnu Katsir dari no.1 sehingga no.4,eloklah saya menyatakan sebabnya mengapa saya tidak menganjurkan terjemahan no.5 dan no.6.

5) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Pustaka Algesindo.Merupakan terjemahan lengkap dari teks asli tanpa tahqiq,ta’aliq dan sebagainya.Ia diterjemahkan dari kitab yang asli.Hadir dalam 30 jilid dan dalam bentuk buku yang kecil.Terjemahan ini tidak sangat dianjurkan.


               1)Sebab yang paling utama saya tidak memilih tafsir ini adalah disebabkan tafsir ini hadir dalam versi asal iaitu tanpa tahqiq(penelitian terhadap sesuatu hadis) dan takrij(mengeluarkan dan memisahkan antara hadits yang shohih, hasan dhoif dan palsu atau mungkar dalam suatu kitab kumpulan hadits).Sebagaimana yang telah terdapat dalam kitab ibnu katsir yang asli,ibnu katsir telah membawa hadis-hadis dengan sanad-sanad sekali yang merupakan sesuatu yang tidak penting bagi mereka yang hanya ingin mendapat manfaat bukan untuk mengkaji.Ibnu Katsir juga telah membawa hadis-hadis yang shahih dan dhaif disamping juga isralliyat.(i.allah hal ini akan diterangkan dengan lebih jelas dalam tajuk yang berikutnya.)
2)Susunan Bab yang tidak teratur ,justeru ia mempersulitkan untuk bagi mereka yang ingin membaca.
3)Terdapat isralliyat(kisah-kisah bani Israel) walaupun Ibnu Katsir tegas dalam hal ini.
4)Terjemahan bahasa Indonesia yang agak pekat sehingga menyebabkan sebahagian penduduk Malaysia sukar untuk memahami.
5)Telah hadir edisi ebook secara percuma.Oleh itu para pembaca dapat memabaca sedikit terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.Anda boleh dapatkan di link berikut(salah satunya dan boleh di search di google):
http://www.ahmadzainuddin.com/id/component/content/article/36-ut/126-free-download-kitab-terjemahan-tafsir-ibnu-katsir-gratis-

6)Tafsir Ibnu Katsir terbitan Victoria Agency.Terjemahan ini merupakan terjemahan yang sering di lihat di Malaysia suatu ketika dulu.Tetapi terjemahan ini sangat-sangat tidak dianjurkan.
1)Sebenarnya alasannya lebih kurang sama sebagaimana alasan tidak memilih terjemahan no.5 akan tetapi yang paling tidak menyenangkan ialah kualiti terjemahan yang dipersembahkan.Seolah-olah ia menjadi seakan kitab penterjemah,banyak ayat-ayat yang bukan berasal dari Ibnu Katsir telah ditambah.(Hal ini diperkatakan oleh guru saya  tetapi cukuplah alasan tiada tahqiq,tahkrij dan taa’liq terhadap kitab ini untuk tidak memilih terjemahan versi ini.)

·        Apa yang telah dilakukan dalam edisi ringkasan ini?

1.Setiap hadis atau riwayat/atsar diberikan rujukan/nota kaki. Hadis-hadisnya ditakhrij bagi memudahkan rujukkan dan memberi keyakinan kepada pembaca
2.Hadis-hadis yang tidak sahih (dhoif atau maudhu') dikeluarkan dari kitab ini(sebahagian edisi terjemahan hanya mencantumkan dlm 6% tetapi dinyatakan ia adalah hadis lemah). Dan dibiarkan hanya hadis/riwayat yang sahih dan hasan sahaja, serta riwayat-riwayat yang maqbul (diterima).
3..Menafsirkan lafadz-lafadz yang ditulis dalam kitab ini yang sulit difahami maksudnya oleh para penuntut ilmu.
4.Menghilangkan israiliyat, cerrta, dan kisah yang tidak benar dan tidak berkaitan dengan maksud dari ayat al-Qur-an.
5.. Adapun ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat di sela-sela tafsir telah diberi harakat sesuai dengan mushaf dan diberi tanda kurung, khusus untuk ayat-ayat al-Qur’an yang diambil dari mushaf yang telah diprogram dalam komputer.
6..Pada bagian atas halaman dicantumkan nama surat dan nombornya serta nombor ayat untuk memudahkan rujukan.
7.Meletakkan bab bagi setiap ayat yang ditafsirkan agar mudah bagi para pemabaca untuk mencarinya.
8.Menghilangkan nama-nama rijal sanad (perawi-perawi hadits) kecuali nama teratas dari paling bawah, misalnya Abu Hurairah dan al-Bukhari. Dan mungkin membiarkan sebagian sanad karena susunannya tidak dapat untuk dihilangkan.
9. Menghilangkan hadits yang biasanya diulang berkali-kali, yang saya anggap pengulangan itu tidak membawa banyak manfaat
10.Memberi nota kaki bagi sebahagian ayat yang memerlukan rincian yang lebih mendalam.
(Kesemua 10 point ini berlaku kepada keempat-empat jenis ringkasan Tafsir Ibnu Katsir.)

·         Perbandingan Tafsir Ibnu Katsir
Saya tidak akan membuat perbandingan secara mendalam kerana saya belum memiliki kesemua kitab tafsir tersebut.Saya hanya dapat perbandingan sebatas maklumat saya dapati dan pembacaan saya sekadar melihat-lihat sahaja kesemua kitab dibawah ini kecuali yang penerbit Pustaka Imam Syafi’I kerana saya telah memiliki 2 tahun lepas.Kesemua penerbit dibawah adalah penerbit yang telah terkenal dengan kualiti terjemahan mereka dan editting.

1)      Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i adalah edisi terjemahan bagi kitab Lubaab Tafsir min Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan tahqiq dan peringkasannya oleh Dr.'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh hafizahullah.Hadir dalam 10 jilid bagi edisi ekonomi dan 6 jilid edisi lux.


 

·         Kelebihan terbitan ini ialah kerana kualiti yang dipersembahkan baik dari segi terjemahan,editor,kertas,kulit buku dan sebagainya.Penerbit Imam Syafi’I telah lama terkenal akan kualiti yang dipersembahkan(hal ini tidak bermakna terbitan lain adalah tidak bagus,tidak,Cuma branding yang dibina terbitan ini lebih terserlah.)
·         Terjemahan ini lebih mendekati terjemahannya yang asli,kerana ayat-ayat yang ditulis oleh Ibnu Katsir dikekalkan.Justeru ia lebih mendekati kepada keaslian kitab.
·         Bahasa yang dipersembahkan adalah bahasa yang cukup baik seakan-akan ia adalah Bahasa Melayu.Saya rating 9.1 untuk bahasa.
·         Kitab ini juga telah disarankan dan sering dibawa oleh Ust.Zahazan suatu ketika tahun 2010 ketika beliau beri ceramah.(begitu juga dengan Shahih Tafsir Ibnu Katsir.)
·         Kekurangan kitab ini ialah boleh dikatakan terlalu ringkas jika dibandingkan kesemua empat-empat kitab.Penafsiran yang telah di tafsir tidak akan ditafsir lagi.(pentahqiq akan menyatakan bahawa ayat sekian-sekian telah di tafsir surah sekian-sekian,tidak diberitahu ayat keberapa.Walau bagaimanapun saya masih menyukai tafsir terbitan ini.)
·         Muqaddimah Ibnu Katsir dalam kitab ini telah dibuang.
·         Penyusunan bab kitab ini bagi saya ia sudah cukup amat baik akan tetapi Shahih Ibnu Katsir lebih baik kerana ia lebih ditujukan kepada orang awam.
·         Siapa yang sesuai  untuk memiliki kitab ini?Kitab ini lebih sesuai kepada mereka yang penuntut ilmu yang mementingkan keaslian kitab sebenar kerana perbahasan-perbahasan khilafiah tidak dibuang seperti penafsiran yang terdapat disurah An-Najm ayat 32 .
·         Selain itu ia juga seusai untuk dijadikan sumber rujukan yang kuat.
·         Tafsir terbitan ini juga telah dipuji oleh Ketua Majlis Ulama Indonesia
"Tafsir bil Ma'tsur terbaik? Tentu Tafsir Ibnu Katsir. Terjemahannya yang Terbaik? Hemat saya, karya tim Pustaka Imam Asy-Syafi'i terjemahannya bebas, luwes, pas, namun tetap loyal pada isi dan subtansi." (Prof. Dr. Roem Rowi, MA. Ketua MUI Jawa Timur, th. 2000-2005)
·         Kitab ini juga telah hadir versi ebook(belum lengkap) mungkin para pembaca boleh membaca terlebih dahulu.
http://www.scribd.com/doc/465273/Tafsir-Ibnu-Katsir-I-1200

2.Mukhtashar (Ringkasan) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Darus Sunnah adalah edisi terjemahan bagi 'Umdatut Tafsir 'an Al-Hafiz Ibnu Katsir yang diusahakan oleh Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah.Hadir baru dalam beberapa jilid belum selesai diterjemahkan secara lengkap.




·         Ringkasan ini sememangnya telah menjadi idaman saya dan para penuntut ilmu yang lain.Sayangnya ketika itu kitab ini masih belum diterjemah, ia mula diterjemahkan pada akhir bulan 2011.
·         Ringkasan ini telah dilakukan oleh seorang ulama yang cukup hebat iaitu pentahqiq dan syarah kepada Musnad Imam Ahmad yang terdiri daripada pulahan jilid iaitu Syaikh Ahmad Syakir r.h.m
·         Syaikh Ahmad Syakir rhm merupakan ahlu hadis yang cukup hebat(sebenarnya kesemua 4 ringkasan ini telah dilakukan oleh ulama hadis yang cukup hebat ).Cuma saya lebih menyukai takhrij hadis yang dipersembahkan oleh Syaikh Ahmad Syakir rhm.
·         Jika anda seorang yang sangat meminati bidang hadis maka ringkasan ini yang harus ada miliki kerana
·          Penulisan teks dan tahqiq yang lengkap; menuliskan semua hadits-hadits yang shahih dan semua ayat-ayat yang menjadi syahid (pendukung); menyebutkan perawi hadits dengan dilengkapi sumber hadits; menjelaskan kekeliruan-kekeliruan yang ada, baik yang berhubungan dengan nama orang, peristiwa, dan lainnya; serta hanya mencantumkan hadits-hadits yang shahih saja.
·         Bahasa yang dipersembahkan adalah agak keindon-indoan tetapi tidak terlalu pekat dan boleh difahami.Bahasa yang digunakan baik sekali jika saya boleh rating saya rating 8.9 dari segi bahasa.
·         Cuma jumlah jilid ringkasan yang dipersembahkan agak banyak ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk habis kerana Syaikh Ahmad Syakir rhm banyak membuat tambahan ilmiah bagi menjelaskan lagi hal-hal yang samar.
·         Syaikh Muhammad bin Khali hafizahullah mencadangkan juga ringkasan tafsir Ibnu Kathir, Umdah at-Tafasir karangan Syeikh Ahmad Syakir.
·         Para ulama menyatakan bahawa tahqiq dan muktashar (ringkasan) Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah ke atas Tafsir Ibnu Katsir ini sebagai antara tahqiq dan mukhtashar terbaik setakat ini berbanding edisi-edisi lainnya. Beliau memastikan hanya hadis-hadis atau riwayat-riwayat yang sahih dan hasan sahaja yang dipersembahkan oleh edisi ini. Walaupun demikian tidak setiap hadis yang dhaif (lemah) dikeluarkan apabila di sana ada keperluan bagi menjelaskan tarjih asal milik al-hafiz Ibnu Katsir dan bagi mehilangkan syubhat.
·         Siapa yang patut miliki kitab ini?Kitab ini seharusnya dimiliki bagi mereka penuntut ilmu yang meminati bidang hadis dan mementingkan keaslian kitab yang asal maka ini adalah pilihan terbaik antara semua(bagi pendapat saya).

3) Sahih Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Ibnu Kathir. Hadir dalam 9 jilid. Ini merupakan terjemahan bagi kitab Misbahul Munir fi Tahdzib Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan oleh sekumpulan ilmuan yang diketuai oleh Syeikh Al-Mubarakfuri rhm.





·         Dari segi penyusunan bab maka bagi saya kitab terbitan ini adalah paling terbaik antara semua.
·         Setiap perbahasan (penafsiran) diberikan dan dipisahkan (dibezakan) dengan perletakkan tajuk bagi tujuan memudahkan pemahaman dan pencarian.
·         Antara kekuatan terbitan ini ialah catatan nota kaki yang baik.
·         Corak penyampaiannya begitu mudah dan mesra pembaca dan mudah difahami.
·         Bahasa yang digunakan mendekati kepada bahasa melayu sebagaimana terbitan Pustaka Imam Syafi’I maka dengan itu saya menilai bahasanya 9.2.
·         Syeikh Syafiyyurahman al-Mubarakpuri(seorang ulama hadis yang cukup hebat pemilik kitab tuhfatul awadzi-syarah sunan tirmidzi) telah memipin satu tim iaitu Tim Rabithah Alam al-Islami dalam melakukan ringkasan ini.
·         Sebagaimana yang ditegaskan bahawa method yang digunakan dalam meringkaskan tafsir ini adalah untuk dipersembahkan kepada orang awam.Maka terdapat beberapa tempat yang dibuang penafsiran Ibnu Katsir sepertimana yang penafsiran dalam surah An-Najm ayat 32.
·         Kerana apa yg dibuang oleh  Syaikh al-Mubarakfoori rhm adalah sesuatu yang baik .Hal ini kerana sebahagaian tempat Ibn Kathir  hanya memuatkan memuatkan qaul madzhabnya sahaja iaitu al-Syafi’I dalam sebahagian penafisirannya padahal hal ni perlu kepada perbahasan lebih jauh dengan melihat kepada kitab-kitab fiqh. Maka apa yang dilakukan oleh Syaikh  al-Mubarakfoori dengan membuangnya,supaya tafsir Ibn Kathir kembali kepada landasan asal, bebas dari pengaruh madzhab

·         Siapa yang patut memiliki terbitan ini?Terbitan ini harus dimiliki bagi mereka yang ingin kitab tafsir yang mesra pembaca khususnya orang awam atau bagi mereka yang baru ingin mula membaca tafsir kerana ia lebih ringkas, dan setiap perbahasan dibahagikan mengikut tajuk oleh mudah bagi mereka yang ingin faham.(Strongly suggest bagi mereka yang hendak miliki tafsir.)Tamabahan kitab ini juga telah ada indeks al-quran yang khusus.Anda dapat lihat disini

4) Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir terbitan Gema Insani Press. Hadir dalam 4 jilid tebal. Edisi ini merupakan terjemahan bagi kitab Taisir al-'Aliy al-Qadir li Ikhtisar Tafsir Ibn Katsir yang diusahakan oleh Syeikh Nasib Al-Rifa'i hafizahullah.




 ·        Kitab ini telah diringkaskan oleh Muhammad Nasib ar-Rifa’I hafizahullah (seorang ulama asal Suriah) meringkas kitab tafsir itu menjadi hanya empat jilid saja. Kemudian Penerbit GEMA INSANItelah menerjemahkan dan menerbitkan keempat jilid lengkap kitab Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir itu.

·        Sebagaimana yang dikatakan oleh penerbit:"(Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir ini) spirit maknanya masih utuh tanpa cacat, dalam bentuk susunan yang jelas sehingga dapat dipahami oleh cendekia, pelajar, pemula dalam mencari ilmu, bahkan oleh masyarakat awam, jika mereka membacanya atau dibacakan kepada mereka."
·        Tafsir terbitan ini saya kurang pengetahuan dalam hal ini namun dengan melihat sepintas lalu tafsir terbinan ini mudah untuk dicerna.
·        Bahasa yang digunakan mudah difahami akan tetapi ia lebih keakan-akan  bahasa indonesia.Setelah membaca sedikit maka rating saya bagi bahasa adalah 8.7.
·        Dari segi penyusunan bab dan font yang dipersembahkan mungkin ia agak tidak mesra bagi sebahagian pembaca.
·        Walaupun begitu tafir terbitan ini telah mendapat pujian daripada banyak ulama seperti Syaikh Abdul Aziz bin Baz rhm,Dr.Aidh Al-Qarni dan sebagainya.
·        Kitab ini juga telah ada di google book,eloklah terlebih dahulu anda membaca sedikit sebelum anda membuat keputusan.
·        Siapa yang patut miliki kitab ini?Terbitan ini mungkin tidak begitu sesuai bagi mereka yang baru untuk membaca tafsir tetapi ia mungkin satu pilihan yang baik bagi penuntu ilmu. 

10.Kesimpulan

Perbandingan yang saya lakukan hanya sebatas pengetahuan yang sangat sedikit.Walaupun perkara yang dilakukan ini mungkin telah menyanggahi adab sebagai penuntut ilmu kerana dengan membataskan diri dengan kitab-kitab atau buku-buku  tertentu dan meletakkan kelebihan pada sesetengahnya yang lain adalah sesuatu perbuatan yang tidak adil.Tetapi apa yang saya lakukan adalah disebabkan dilema yang saya rasai ketika dahulu.Dalam keadaan tidak mengetahui kitab apa yang harus saya miliki demi memahami Al-Quran.Alhamdulillah setelah hampir sebulan pencarian dengan bantuan sahabat-sahabat dan laman-laman web seperti arkib.alfikrah saya telah didedahkan kitab-kitab yang patut dimiliki.

Sebagai saranan bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk memiliki tafsir Al-Quran tetapi masih ingin memahmi Al-Quran.I.allah buku yang ditulis oleh seorang faqih zaman ini Ibnu Utsaimin rhm adalah kitab yang paling baik untuk anda miliki iaitu tafsir Juz Amma oleh pustaka At-Tibyan.( Kitab ini amat bagus untuk dibaca bersama keluarga untuk dijadikan rutin harian dan ia juga amat baik bagi mereka yang tidak mampu hendak membaca kitab tebal-tebal maka mungkin anda dapat mulai dengan kitab ini sebagai permulaan.)


Sekarang terletak keatas pundak bahu kita sama ada kita ingin memahami Al-Quran atau tidak.Ayuh sama-sama kita menyelami lautan hikmah yang berada di dalam Al-Quran sebuah kitab yang telah merentasi zaman.,tidak pernah merasa bosan untuk membacanya,menjadi penawar bagi segala duka.Sumber Tertinggi manusia yang berada di muka bumi.Ingatlah dalam mengharungi kehidupan kita akan sentiasa menumui jalan yang penuh onak dan duri.Kita akan dihalang oleh berbagai kesulitan,sebab itulah kehidupan yang tidak ada susah bukanlah hidup namanya.Kadang-kadang jiwa ini mula merana merasa terancam maka timbullah putus asa dalam diri.Inilah menjadi pentanda kematian hati.Jadi apa yang akan menuntun jiwa kita ini?Di mana lagi sumber telaga itu dapat dicari,kalau bukan dengan agama?

Kata Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam bukunya Miftah Dar as-Sa'adah :


"Tidak ada sesuatu pun yang lebih bermanfaat bagi hati melebihi Al-Qur'an apabila dibaca dengan bertadabbur dan tafakkur. Membaca dengan bertadabbur dan tafakkur adalah puncak kedudukan orang yang berusaha, beramal dan yang mengetahui. Dengan cara itu akan melahirkan kecintaan, kerinduan, takut, harapan, taubat, tawakal, redha, syukur, sabar dan sifat-sifat lain yang dapat menghidupkan matinya hati. Membaca dengan tadabbur dan tafakkur juga dapat menjauhkan seseorang dari semua sifat dan perbuatan tercela yang merusak hati.



Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : ”Perumpamaan orang-orang mukmin yang membaca Al-Qur’an seperti buah Utrujjah baunya wangi dan rasanya enak, dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma, tidak ada baunya namun rasanya manis, dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an seperti Raihanah baunya wangi dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah Handzolah, ia tidak ada baunya dan rasanya pahit” (Muttafaq ’alaihi)



Dan Rasulullah SAW bersabda : ”Bacalah Al-Qur’an, kerana ia datang pada hari Kiamat , menjadi pemberi syafaat bagi pembacanya” (H/R Muslim)


I.allah akan dibahaskan tentang tafsir-tafsir yang lain.WaLlahu a`lam.

MUHAMMAD FAIZ
10 JULAI 2012.






Read more...
" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "