Wednesday 4 July 2012

SYARAH HADIS QUDSI “LARANGAN BERLAKU ZALIM”

TAJUK           :     SYARAH HADIS QUDSI “LARANGAN BERLAKU ZALIM”
PENYAMPAI:    USTAZ SALMAN ALI
TARIKH      :    17 MEI 2012 (KHAMIS)
TEMPAT    :MASJID JAMEK JELUTONG
TAA’LIQ/KOMENTAR TAMBAHAN:  MUHAMMAD FAIZ
Boleh dibaca di http://lenterasebuahkehidupan.blogspot.com/2012/07/taaliqkomentar-ringkas-syarah-hadis.html

Note:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ الْغِفَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فِيْمَا يَرْوِيْهِ عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنَّهُ قَالَ : يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلىَ نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّماً، فَلاَ تَظَالَمُوا . يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ  ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ، فَاسْتَهْدُوْنِي أَهْدِكُمْ . يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُوْنِي أَطْعِمْكُمْ . يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُوْنِي أَكْسُكُمْ . يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُوْنَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَناَ أَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعاً، فَاسْتَغْفِرُوْنِي أَغْفِرْ لَكُمْ، يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّوْنِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُوْنِي . يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئاً . يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئاً . يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيْدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُوْنِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ وَاحِدٍ مَسْأَلَتَهُ   مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلاَّ كَمَا يَنْقُصُ الْمَخِيْطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ .   يَا عِبَادِي إِنَّمَا هِيَ أَعَمَالُكُمْ أُحْصِيْهَا لَكُمْ ثُمَّ أُوْفِيْكُمْ إِيَّاهَا فَمَنْ    وَجَدَ خَيْراً فَلْيَحْمَدِ اللهَ وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلاَ يَلُوْمَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ .

[رواه مسلم]



Terjemahan Hadith

Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:

  1. 1.    Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
  2. 2.    Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.
  3. 3.    Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.
  4. 4.    Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.
  5. 5.    Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.
  6. Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.
  7. Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.
  8. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
  9. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
10.  Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.
11.  Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)[1]


Pendahuluan:

  • Hadis qudsi ialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya.[2]
Isi-isi penting:

Terjemahan matan hadis “Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
  • Kita harus ingat bahawa Allah sekali-kali tidak akan melakukan kezaliman kepada hamba-hambanya. 
  • Zalim adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. 
  • [Zalim adalah suatu sifat keji yang diharamkan Allah SWT ke atas diriNya dan ke atas hamba-hambaNya.Barangsiapa yang melakukan kezaliman bererti dia telah melampaui batasan yang digariskan oleh Allah SWT.]
  • Allah mengharamkan kezaliman terhadap hamba-hambaNya dan melarang mereka saling menzalimi sesama mereka.
  • [ Kezaliman terbahagi kepada dua bahagian:

1.Kezaliman seorang hamba terhadap diri sendiri iaitu sama ada dengan melakukan syirik kemudian diikuti dengan maksiat-maksiat.

Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".(Luqman:13)

2.Kezaliman seorang hamba terhadap orang lain.Sebagaimana disebutkan oleh Nabi s.a.w 
   bersabda pada haji wada’


“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Barang siapa yang di sisinya ada hak-hak saudaranya yang dia ambil (madzlamah) baik berupa harta benda atau kehormatan yang dilanggar,maka hendaklah minta kehalalannya darinya pada hari ini sebelum datangnya waktu tidak ada dinar dan dirham yang  berguna dan yang ada hanya amal-amal kebaikan dn kejahatan.( Riwayat al-Bukhari) ][3]

  • [Ini beza antara islam dengan agama-agama lain.Dalam islam terdapat prinsip keadilan dan kezaliman,jika tidak ada kedua-dua ini maka prinsip manusia sama seperti binatang.]
  • Sabda nabi SAW :
 Ertinya : "Seorang muslim bersaudara dengan seorang muslim lain, tidak boleh dia menzaliminya, tidak boleh membiarkannya teraniaya dan tidak boleh menghinanya".(HR.Bukhari)
  • [Saudara ialah tanpa kita melihat kepada apa mazhab kamu,bangsa kamu,tempat tinggal kamu,kedudukan kamu,parti politik kamu,tanpa melihat apa pun.]
  • [Nama kata muslim kamu bersaudara maka ada tanggungjawab yang perlu dipikul.

1.Tidak boleh menzalimi saudara kamu yang lain.
2.Kamu juga tida boleh menyerahkan saudara kamu untuk dizalimi oleh orang lain.(Tidak boleh bantu orang lain untuk berbuat zalim keatas saudara kamu).]
  • [Islam mengajarkan kita satu prinsip sebagai yang difirman oleh Allah s.w.t. dalam surah al-hujurat ayat 9
 Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
  • Ayat diatas menunjukkan berperang sesuatu perkara yang besar dan perintah diatas lebih-lebih lagi ditekankan apabila mencakup pergaduhan,mencerca dan sebagainya.]

Terjemahan matan hadis Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.

  • Semua manusia asalnya tidak tahu jalan kebenaran melainkan diberi petunjuk oleh Allah swt.
  • Hidayah yang bererti petunjuk terbahagi kepada dua:

1.Hidayah al-irshad wa al-bayan iaitu hidayah yang diturunkan Allah dengan diturunkannya Al-Quran dan diutusnya Rasulullah saw kepada seluruh manusia.[4]

- Hidayah ini hanya dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul sahaja.

2.Hidayah Taufiq Wa Khalqi hidayah ini hanya dimiliki oleh Allah.[5]

  • Hidayah taufiq adalah hidayah yang hanya dapat diberikan oleh Allah swt untuk memastikan seseorang hamba itu berada diatas kebenaran. 

  • Hidayah dan kebenaran itu tidaklah diukur dengan bilangan manusia yang mengikuti seseorang itu[6] 

  • Bagi mereka(manusia sekarang) hidayah itu akan didapati apabila mereka mengikut pendakwah yang memiliki ramai pendengar.(hal ini adalah kekeliruan).

  • Jumlah bukan penentu kebenaran.Lihatlah Nabi Nuh a.s yang telah melakukan dakwah hampir seribu tahun namun hanya sedikit yang sudi menerima.[7]

  • Jika kita lihat dahulu di Tanah Arab  mereka sering mengerumuni ceramah-ceramah para qusas(para pencerita) sehingga di majlis para qusas terdiri begitu ramai pendengar kerana mereka seronok kerana dalam majlis itu dihiasi dengan lawak jenaka,kisah-kisah sedih sehingga mealirkan air mata,kisah-kisah motivasi.[8]

  • Dan ketika itu majlis-majlis ahli hadis sudah ditinggalkan sehingga menyebabkan sedikit yang mendengarnya.Kerana yang dibacakan hanya kalam-kalam Allah,hadis-hadis nabi dan perkataan-perkataan para ulama salafussoleh.

  • Hal ini menjerumuskan kepada suatu pemikiran bahawa jika majlis itu ramai orang maka hidayah dan juga kebenaran disampai ada berada dengan ramainya orang yang menghadiri.

  • Bilangan pengikut seseorang pendakwah atau sebagainya bukanlah menjadi perkiraan kejayaan seorang dakwah.[9]
  • [Kesimpulan ustaz:Doa yang sering nabi saw sebut:

 “Ya Allah! Tuhan Jibril, Mikail dan Israfil, wahai pencipta langit dan bumi, wahai Yang menciptakan langit dan bumi, wahai Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan nyata. Engkau Yang menjatuhkan hukum (untuk memutuskan) apa yang mereka (orang-orang Kristen dan Yahudi) pertentangkan. Tunjukkanlah aku pada kebenaran apa yang di pertentangkan dengan seizin dari-Mu, sesungguhnya Engkau menunjukkan pada jalan yang lurus bagi orang yang Engkau kehendaki”. (HR. Muslim).]

Terjemahan matan hadis Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan).(Huud:6)

  • Kita harus ingat yang menentukan rezeki kita itu adalah Allah.

  • Nikmat yang kita ada bukanlah bergantung kepada kedudukan kita,pangkat kita mahupun wang yang kita ada.

  • Kita dapat lihat ramai orang-orang kaya makan makanan yang mahal,hidangan yang begitu indah tetapi rasanya tidaklah sama.Kadang-kadang  makanan murah yang kita makan lebih nikmat daripada makanan orang kaya.[10]

  • Dan kita juga harus sedar bahawa senangnya kita,bahagianya kita adalah ditentukan oleh Allah.[11]

  • Janganlah kita menghambakan diri kita kepada harta.Jika kita faham tujuan hidup kita maka semuanya akan menjadi mudah.

  • Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada hatinya, memudahkan urusannya dan dunia (yang hina ini) akan datang kepadanya (dengan sendirinya),Dan barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan (rasa) fakir kepadanya, mempersulit urusannya dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya.( HR At-Tirmidzi) 
  • Janganlah kita menjadi orang yang hidupnya diikat dengan manusia kerana hidupnya hanyalah dipenuhi oleh kepura-puraan.

  • Lihatlah orang politik sentiasa memikirkan manusia apabila hendak melakukan sesuatu.Jika orang kampong menyukai orang politik yang berkopia maka dia pun akan mula memakai kopia demi kepentingan peribadi.Jika orang kampong perlukan beras maka dia pun akan cepat-cepat sedekahkan beras..begitulah hidup orang-orang yang dipenuhi kepura-puraan.

  • Zahirnya kita melihat dia seolah bahagia tetapi batinnya sentiasa dipenuhi keresahan.

  • Faedah tambahan dari ustaz berkenaan sedekah:

Sedekah terbahagi kepada dua: pertama,sedekah secara sembunyi kedua sedekah secara terang-terangan.Maka disini setiap keadaan terbahagi kepada pro dan kontra.
Allah telah berfirman: “Jika kamu menampakkan sedekah itu, maka itu pun baik juga. Tetapi jika kamu menyembunyikan sedekah itu dan kamu memberikannya kepada orang-orang fakir, itu adalah lebih utama.” (al-Baqarah:271)

Sabda Rasulullah SAW: Orang yang membaca al-Quran yang kuat sama seperti orang sedekah secara terang. Dan orang yang memperlahankan samalah seperti yang sembunyi dalam sedekah.
 Sembunyikan sedekah lebih afdal bersandarkan ayat ini kerana ia lebih jauh daripada berlakunya riak dan membawa kepada penzahiran yang boleh mendatangkan maslahat yang berat seperti manusia mengikut dan bercontoh dalam sedekah..

Hal ini dapat dilihat dalam 2 keadaan pertama sedekah secara sembunyi iaitu kita bubuh rm100 dalam sampul kemudian kita letakkan dirumah yang kita hendak sedekahkan.Hal ini dapat menghidarkan kita daripada sifat riak dan sebagainya
Dari sudut sedekah secara terang-terangan hal ini bergantung kepada niat jika kita sedekah secara terangan untuk menggalakkan orang disekiling kita bersedekah maka ia sangat dianjurkan.Contoh kita tengah minum di kedai kopi berasama kawan-kawan kita kemudian ada orang mintak sedekah maka dalam keadaan ini sedekah secara terang-terangan adalah digalakkan kerana ia dapat mendorong sahabat kita untuk turut bersedekah.

Kesimpulan:[ Sayyid Qutub berkata: “Ayat ini mengandungi dua keadaan sedekah dan setiap keadaan disesuaikan dengan cara penangannya dan kedua-duanya diberi kepujian pada tempat masing-masing dan kedua-keduanya dijanjikan dengan penghapusan dosa.”]
  • Sangat dikecewakan kita lihat bagi masyarakat sekarang didepan mata mereka hanya ada harta.Bagi mereka hartalah segala-galanya.[12]
  • Ustaz juga menceritakan perbezaan kehidupan orang yang menjadikan harta matlamat utama dan orang yang menjadikan Allah sebagai matlamat utama.(minta maaf kerana tidak dicatat)
  • Disamping itu ustaz juga ada menyentuh hal-hal perkhahwinan dengan membuat analogi dan membentangkan mentaliti masyarakat kita yang melihat faktor wang atau harta sebagai asas atau ciri-ciri utama untuk melangsungkan perkahwinan.[13]
  • Kalaulah kita masih dengan mentaliti apabila hendak kawin harta yang menjadi ukuran bukan keimanan maka secara tidak langsung kita telah merosakkan masyarakat dan hal ini telah membuka ruang zina.(terdapat banyak hujah  dan cerita kehidupan yang dikemukan tetapi didapat dipaparkan)
Terjemahan matan hadis Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.

  • Pakaian merupakan salah satu perkara yang ditekan oleh nabi s.a.w.Jika kita lihat dalam bab berpakaian nabi menfokuskan 3 etika pakian yang penting:

(1)Aurat mesti kena jaga.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).(Al-A’raf:26)

  • Dalam hal ini ustaz menyatakan batas-batas aurat lelaki iaitu mengikut jumhur ulama  ialah antara pusat dengan lutut[14].Dan juga ditegaskan terdapatnya khilaf adakah pusat dan lutut termasuk aurat[15].Dan pendapat yang paling baik ialah pendapat jumhur ulama.

(2)Pakaian yang dipakai tidak boleh mendatangkan kesombongan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah saw bersabda:

“Allah tidak akan memandang kepada orang yang menjulurkan kainya dengan sombong pada Hari Kiamat”(Hadis Riwayat al-Bukhari)

  • Dalam hal ini ustaz telah membicarakan dengan agak panjang jadi dapat disimpulkan ialah 2 perkara:
  • 1.Isbal dikalangan kaum lelaki(melabuhkan pakaian melebihi buku lali).
  • 2.Syuhrah(pakaian untuk mencari populariti).
  • Dengan melihat situasi pada zaman nabi s.a.w dan ditanah arab ketika dahulu. Apabila orang pakai pakaian labuh(seluar,jubah dan sebagainya) sehingga menheret pakain semasa berjalan atau isbal(pakiannya melebihi buku lali[16])ia dianggap sombong. Pada zaman itu apabila setengah orang yang pakai begitu ia dianggap sombong kerana apabila pelaku itu memakai pakaian sebegitu dia merasakan diri dia lain daripada yang lain sehingga timbul sifat megah dan sombong. dalam dirinya.
  • Maka dalam hal ini hukumnya haram.
  • Kita lihat illah/alasan hukum ialah kesombongan.Tetapi hukum berubah mengikut zaman dan tempat[17]. 
  • Pada zaman sekarang(khususnya di Malaysia) melabuhkan pakaian sudah tidak melambangkan suatu kesombongan jadi pendapat yang dipilih adalah harus jika tiada kesombongan dan haram bila ada kesombongan.Jika kita melihat di tanah arab pada zaman sekarang faktor2 yang menyebabkan kesombongan ialah  
1)Biji tasbih-zaman sekarang ditanah arab mereka saling berlumba-lumba membeli biji tasbih  
                    sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk bersaing dengan orang ramai.  


2)Pen-ditanah arab zaman sekarang pen juga  menjadi salah satu fakto,ramai yang diantara 
            mereka beli pen yang mahal-mahal bukan tujuan untuk diguna tetapi untuk disarungkan
          dalam poket baju kemudian ditayangkan kepada orang ramai.  
3)Jam atau boleh jadi baju dan macam sehingga kita kelihatan ganjil dan sebagainya[18]  

  • Tetapi pada zaman sekarang di budaya Malaysia ialah gelang tangan menjadi suatu lambang kesombongan iaitu mereka akan berusaha menghabiskan wang ringgit untuk dipamerkan.
  • Semua hal ini berbalik kepada niat masing-masing jika kita mampu dan kitu suka hal itu tidak mengapa.
  • Tamat untuk point ke-2[19]
(3)Tasyabbuh iaitu pakaian yang menyerupai lelaki atau wanita dan juga syiar-syiar agama lain.

  • Bab ini berbeza mengikut budaya.Dalam fiqh budaya member kesan yang besar.
 Sabda Rasulullah SAW: Daripada Ibn Anas r.a :
Rasulullah SAWmelaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yangmenyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari)                 
  • Boleh atau tidak perempuan pakai seluar jeans?
  • Jika mengikut keadaan di Malaysia ia adalah diperbolehkan kerana ia telah menjadi budaya tapi jika di Negara arab adalah tidak boleh kerana di budaya sana jeans hanya untuk lelaki maka tidak dibolehkan.
  • Begitu juga pakaian baju batik bagi lelaki jika di Malaysia ia tidak mengapa kerana budaya Malaysia lelaki memakai baju batik tetapi jika di Negara arab maka orang ramai akan cop ini pakaian perempuan maka tidak boleh.
  • Berkenaan pakaian syiar-syiar agama contoh kita pergi solat selalu pakai jubah putih kemudian kita rasa bosan kita tukar pakai jubah hitam paderi maka hukum haram tidak dibenarkan.
Terjemahan matan hadis Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.

  • Semua kita melakukan dosa . 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
  • كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.
Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.[20]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

"Sesungguhnya ada seorang hamba yang berbuat dosa lalu berdoa, 'TUHANku, aku telah berbuat dosa, kerana itu ampunilah aku.' TUHANnya lalu berkata, 'Apakah hamba KU tahu bahawa ia mempunyai TUHAN yang mengampuni dosa dan meminta tanggungjawabnya? AKU telah mengampuni hamba KU.' Ia lalu menjalani hidupnya lalu berbuat dosa. Ia pun berdoa, 'TUHANku, aku melakukan dosa lagi. Kerana itulah, ampunilah aku.' TUHANnya lalu berkata, 'Apakah hamba KU tahu bahawa ia mempunyai TUHAN yang mengampuni dosa dan meminta tanggungjawabnya? AKU telah mengampuni hamba KU.' Ia lalu menjalani hidupnya dan berbuat dosa lagi. Ia pun berdoa, 'TUHANku! Aku berbuat dosa lagi. Kerana itu ampunilah aku.' TUHANnya lalu berkata, 'Apakah hamba KU tahu bahawa ia mempunyai TUHAN yang mengampuni dosa dan meminta tanggungjawabnya? AKU telah mengampuni hamba KU.' (HR. Al-Bukhari)

  • Hadis diatas menunjukkan adalah disebabkan  nilai perasaan menyesal seseorang hamba. 
  • Apabila kita melakukan dosa hendaklah kita cepat-cepat melakukan taubat nasuha. 
Dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).(Ali Imran:135)

  • Nabi saw bersabda: 
“Demi Allah,Allah lebih penyayang kepada hamba-hambaNya daripada seorang ibu kepada bayinya.”(HR.Bukhari daripada Umar bin Khaththab).][21]

PENUTUP:

  • Dari Abu ad-Darda` radiallahuanhu, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."(Tirmizi dan Abu Daud) 
  • Para ulama mengatakan ilmu ialah perkataan Allah dan perkataan Rasulnya.[21] 

KESIMPULAN:
Sepertimana yang dikatakan.
“Imam Malik dengan kata-katanya yang mahsyur ketika berada di samping kubur Rasulullah SAW, “Setiap pendapat boleh diterima dan ditolak kecuali pendapat pemilik kubur ini (Rasulullah SAW).”

“Minta maaf dan mohon ditegur jika terdapat sebarang penyelewengan ilmiah,diri ini hanya mahu mencari kebenaran tegurlah diri ini.”
~Tulisan ini adalah berdasarkan 2 ceramah ustaz di 2 buah masjid.Video dibawah ada dibahas sedikit tentang hadis ini.





                                          Wallahu’alam
                                            18 MEI 2012


" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "

No comments:

Post a Comment