Tuesday 3 July 2012

Muqadimah Blog



بسم الله الرحمن الرحيم


إن الحمد لله نحمده و نستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و سيئات أعما لنا من يهده الله فلا مضلَّ له ومن يضْلل فلا هاديه له, و أشهد أن لا َّاله إلا الله و حده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله. 
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران: 102) 
ياَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم من نَّفسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنهَا زَوجَهَا وَبَثَّ مِنهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا (النساء: 1) 
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيداً يُصلِح لَكُم اَعمَالَكُم وَيَغفِر لَكُم ذُنُوبَكُم وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَد فَاز فوزا عظيما (الأحزاب:70). 

أمِّا بعد
: 

Sebenar-benar kalam ialah kalam Allah (Al-Quran) dan sebaik-baik pertunjuk ialah pertunjuk Muhammad Salallahualaihiwasalam dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka tanpa berdasar pertunjuk Allah dan rasul,dan setiap perkara yang direka tanpa pertunjuk Allah dan rasul ialah bid'ah. Dan setiap bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu di neraka.


Tanggal 3 Julai merupakan kali pertama belajar untuk blogging agar dapat melatih diri untuk berani memberi pendapat,menulis sambil berdakwah.

Dalam blog ini saya membahagikan kepada beberapa perbahasan antaranya:

  1. Islam:disini i,allah saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar menulis dalam pelbagai bidang  khususnya bidang yang saya minati seperti aliran pemikiran,hadis,adab,fiqh,aqidah dan sebagainya .
  2. Motivasi:dalam bab ini saya akan berkongsi mengenai motivasi islam dan juga barat berdasarkan pembacaan saya seperti Muhammad Ghazali Rhm,Dr.Aidh Al-Qarni Hfz,Dr.Muhammad Al Arifi Hfz,Stephen Covey,Dale Carnegie dan sebagainya.
  3. Bisnes:topik ini hanya berdasarkan minat saya terhadap usahawan jadi i.allah jika terdapat artikel-artikel,atau pembacaan terhadap buku usahawan yang menarik saya akan berkongsi.
  4. Galeri Buku:I.alllah dalam topik ini saya akan memuatkan komentar-komentar terhadap buku-buku yang dibaca.
  5. Coretan Hidup:Topik ini diwujudkan hanyalah untuk merakamkan curhat hati ataupun luahan perasaan i,allah walaupun ia hanya luahan perasaan tapi saya akan membahaskan dengan ilmiah.
  6. Belajar Bahasa Arab:secara jujur saya hanyalah baru memulai belajar bahasa arab.I.allah pembelajaran saya dapati saya akan share.(Jangan tanya saya bahasa arab saya tidak tahu apa-apa).
  7. Video Ilmiah:dalam section ini saya akan berkongsi ceramah yang berdurasi 10 minit lebih atau kurang kemudian saya akan menulis point-point penting yang saya dapat.
"Jika terdapat buah fikiran saya yang telah menyanggahi al-quran dan hadis sebagaimana yang difahami oleh 3 kurun awal,maka saya meminta agar menegur saya dengan cara yang berhemah dan meninggalkan  pendapat saya kemungkinan buah fikiran yang dilontarkan adalah disebabkan saya  tidak dapat mencerna apa yang difahami oleh penulis kitab atau kekeliruan saya sendiri..Tegurlah kerana saya hanya seorang penuntut ilmu yang ingin terus belajar"


" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "

No comments:

Post a Comment