Monday 9 July 2012

FAEDAH MEMPELAJARI SIRAH

PENCERAMAH:USTAZ SALMAN ALI
TAJUK:FAEDAH MEMPELAJARI SIRAH
Pencatit:MUHAMMAD FAIZ



1)Ilmu sirah adalah satu ilmu yang tidak boleh dipisahkan dengan hadis.

2)Pada zaman awal islam,penulisan sirah mengikut kaedah penulisan hadis.Sepertimana dengan Thabari-kumpulkan sirah dengan sanad.

3)Cuma bezanya dalam hadis setiap perkataan nabi saw mempunyai kesan yang besar.Jika kita salah meriwayatkan hadis maka kita akan salah dalam hukum hakam agama.Maka ini akan menjerumuskan terciptanya benda baru dalam agama.

Ancaman rasulullah:
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 107 dan Muslim no. 3)

4)Berbeza dengan sirah para ulama melonggarkan syarat dalam mengkaji kekuatan sanad kerana tujuan sirah adalah hendak memahami cerita.Pada zaman terkemudian sebahagian para ulama hazafkan(menghilangkan) sanad agar menjadi mudah untuk membacanya.

Faedah Pertama mempelajari sirah:Untuk  mendapatkan ketenangan


-Sebagaimana kita baca sirah.Dimana ketika nabi berada di mekah siti khadijah r.a meninggal dunia dan nabi juga diberi tekanan dimana bani hasyim pulaukan nabi.Kemudian orang yang menjaga abu talib meninggal dunia.Maka pada ketika itu allah menurunkan surah yusuf untuk menceritakan bahawa tekanan yang dihadapi sudah dilalui oleh nabi yang terdahulu.Sebagaiman allah menyebutkan dalam surah yusuf ayat 3:



Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan) nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui.


Allah menceritakan bagaimana sejarah nabi yusuf pada awal surah;
Didalam kisah Nabi Yusuf a.s ini, Allah s.w.t. menonjolkan akibat yang baik daripada kesabaran, dan bahwa kesenangan itu datangnya sesudah penderitaan. Allah menguji Nabi Ya'qub a.s. dengan kehilangan puteranya Yusuf a.s. dan penglihatannya, dan menguji ketabahan dan kesabaran Yusuf a.s. dengan dipisahkan dari ibu bapanya, dibuang ke dalam sumur, dan diperdagangkan sebagai budak. Kemudian Allah s.w.t menguji imannya dengan godaan wanita cantik lagi bangsawan dan akhirnya dimasukkan kedalam penjara. Kemudian Allah s.w.t. melepaskan Yusuf a.s. dan ayahnya dari segala penderitaan dan cobaan itu; menghimpunkan mereka kembali; mangembalikan penglihatan Ya'qub a.s. dan menghidupkan lagi cinta kasih antara mereka dengan Yusuf a.s
(intisari tafsir al-quran)

Kemudian allah menutupi surah yusuf dengan kejayaan nabi yusuf dan allah menceritakan doa yusuf ketika berjaya:

Doa Yusuf a.s.

*رَبِّ قَدۡ ءَاتَيۡتَنِى مِنَ ٱلۡمُلۡكِ وَعَلَّمۡتَنِى مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِ‌ۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِىِّۦ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ تَوَفَّنِى مُسۡلِمً۬ا وَأَلۡحِقۡنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ (١٠١)


..Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.(yusuf:101)

Kepentingan surah yusuf-Apabila nabi membaca surah yusuf ia memberi kekuatan kepada nabi.Ayat ini menceritakan jika ketika kamu merasa lemah kini maka nabi terdahulu juga menempuhi hal yang sama.

-Ketika dakwah nabi mendapat tentangan,dakwah nabi didustakan kemudian allah menurunkan surah al-an’aam ayat 34:

وَلَقَدۡ كُذِّبَتۡ رُسُلٌ۬ مِّن قَبۡلِكَ فَصَبَرُواْ عَلَىٰ مَا كُذِّبُواْ وَأُوذُواْ حَتَّىٰٓ أَتَٮٰهُمۡ نَصۡرُنَا‌ۚ وَلَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ وَلَقَدۡ جَآءَكَ مِن نَّبَإِىْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٣٤

Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Allah kepada mereka. Tak ada seorangpun yang dapat merobah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul-rasul itu.

Hal ini merupakan hiburan bagi nabi dan dorongan untuk bersabar atas tindakan kaumnya yang mendustakannya,dan Allah memerintahkan beliau untuk bersabar,sebagaimana sabar-sabarnya Uulul ‘Azmi dari kalangan para rasul.Allah pun menjanjikan pertolongan dan keberuntungan baginya sebagaimana para Uulul ‘Azmi itu telah diberi pertolongan sehingga mereka memperoleh kesudahan yang baik.(tafsir ibnu katsir-pis)

-Jadi tunjuan kita belajar sirah adalah sama sebagaimana nabi belajar tarikh ialah untuk mencari ketenangan.

-Sebagaimana berlaku kepada para pendakwah,dakwah kita (para pendakwah) dibantah disebabkan satu  bercakap suatu benda yang tidak dapat diterima oleh orang,penjelasan kita ditolak,kemudian kadang-kadang kita menceritakan benda yang lain tetapi orang memanupulasikan percakapan kita dengan membuat cerita lain sebagaiman a yang berlaku kepada pejuang sunnah.


-Maka dengan sebab itu penting nya sirah.Sirah mengajar kita bahawa kita bukan orang yang pertama menerima dakwaan seperti itu.Jika hari ni kita dilabel dengan  macam-macam tetapi apabila kita membaca sirah kita akan mengetahui bukan kita orang pertama yang dilabel.

-Dengan belajar sirah kita akan berasa bahawa bukan kita yang seorang –orang duduk disini tetapi masih ada orang lain yang bersama kita,diuji dengan ujian yang sama.


Faedah Kedua:sirah mengajarkan kita taddaruj iaitu peringkat berdakwah.

-Bagaimana cara nabi berdakwah?Bagaimana nabi memulakan dakwah?Apa benda yang perlu didahulukan dan dikemudiankan?Dimana kita perlu berlembut dan di mana kita perlu berkasar?apa benda perlu kita bertegas?
Cth:

وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَوۡلَا نُزِّلَ عَلَيۡهِ ٱلۡقُرۡءَانُ جُمۡلَةً۬ وَٲحِدَةً۬‌ۚ ڪَذَٲلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِۦ فُؤَادَكَ‌ۖ وَرَتَّلۡنَـٰهُ تَرۡتِيلاً۬ (٣٢)

   
Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?"; demikianlah[1066] supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar).( Al Furqaan:32)

[1066]. Maksudnya: Al Quran itu tidak diturunkan sekaligus, tetapi diturunkan secara berangsur-angsur agar dengan cara demikian hati nabi Muhammad s.a.w menjadi kuat dan tetap.

-Begitulah dalam dakwah kita harus teguhkan hati mereka dahulu.Justeru sirah mengajar  kita bagaimana ingin memulakan dakwah.


Faedah Ketiga:Sirah menceritakan ancaman yang berulang-berulang.

-Ancaman yang datang pada nabi-nabi terdahulu berlaku kepada rasulullah dan ancaman yang berlaku kepada rasulullah berlaku juga kepada kita,cuma bentuknya berbeza tetapi caranya sama.

Cth:
-Bila ada kekuatan tetapi musuh memberi ancaman apa yang perlu kita lakukan?Maka kita harus meneliti sirah nabi di madinah.

Oleh sebab itu sirah membuka minda kita mengajar dan kita melihat situasi dimana kita berada apa perlu kita lakukan sebagai contoh  jika kita dalam negara islam kemudian bila para musuh cuba mencabar islam maka kita harus kembali kepada sirah nabi di madinah.Oleh itu kita harus meletakkan ia pada tempat yang sesuai kerana pada masa itu islam  merupakan agama yang kuat  jadi jika kita merujuk sirah di mekah maka ia menjadi kesalahan kerana tidak tepat.

Faedah keempat:Sirah mengajar jika memberi  gambaran yang tepat terhadap islam

-Jika kita hendak berdakwah maka kita harus balik kepada sirah dengan melihat gambaran islam yang hendak dibawa dengan  melihat gambaran yang nabi beritahu kepada orang.
-Dengan mempelajari sirah kita dapat kenal gambaran yang perlu kita beri tentang islam.

رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً۬ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ وَٱغۡفِرۡ لَنَا رَبَّنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٥)
  
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”(Al Mumtahanah:5)

Oleh itu kita hendaklah memberi gambaran yang sebenar terhadap islam agar jangan disebabkan kita ia menjadi satu fitnah.

Faedah Kelima:Sirah mengajar kita hukum aqidah,fiqah dan juga akhlak.
kita dapat melihat jenis khurafat apa yang harus dicantas dahulu dan caranya.
Cth dalam fiqh:

Iaitu sabda Rasulullah SAW “Janganlah salah seorang  kalian mengejarkan solat asar hingga  tiba di bani quraizah”(HR.Bukhari (7/313)

Dalam hal ini kita dapat mengambil ikhtibar bahawa kita boleh melewatkan solat jika dalam keadaan perang(sila buka kitab zaadul maad jilid 1 dalam bab bani quraizah melanggar perjanjian.)

Faedah Keenam:Sirah mengajarkan kita bagaimana hendak memindahkan satu budaya kesatu       budaya yang lain.

-Sirah lah yang merupakan satu budaya yang harus diberi dan dijadikan contoh pada generasi yang akan datang.

-Budayalah yang menyebabkan suatu masyarakat menjadi kuat.

Faedah fadhilatul ustaz:Bagaimana membuat menguatkan bangsa?
1)Membuat sebuah filem yang menceritakan para sahabat untuk ditonton oleh anak-anak .
Kesilapan hari ini ialah kita menceritakan kisah dogeng  yang tidak membawa manfaat seperti “sang kancil dengan buaya”dan dll..Seharusnya kita menceritakan kepada anak2 kisah para sahabah dan sejarah islam.

-Oleh itu kita harus bijak dalam mengambil sejarah..

Faedah Ketujuh:Sirah mengajar kita membentuk masyarakat yang ideal.

Kemuncak kegemilangan islam adalah zaman Rasulullah SAW.
BIla belajar sirah kita akan sematkan dalama jiwa kita, yang kita hendak kejar adalah apa yang dibuat oleh Rasulullah SAW.Inilah merupakan cita-cita kita yang paling utama.
Sirah membuka minda kita,masyarakat jenis apa yang kita hendak bentuk..sosial yang bagaimana hendak dibentuk,ekonomi bagaimana hendak dibentuk.Oleh itu harus melihat bagaimana masyarakat yang pada zaman Rasulullah SAW.



12 December 2010

Kitab yang digunakan : (Raheeq Makhtum)
Ebook boleh dapatkan disini:Raheeq Makhtum
Syaikh Syafiyurrahman al-Mubarakfuri





" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "

No comments:

Post a Comment