Sunday 11 November 2012

UMMAH TALK :MENCABAR KELAZIMAN DIRI

UMMAH TALK
TAJUK:MENCABAR KELAZIMAN DIRI
PENYAMPAI:UST ASYAARI
PENCATIT:MUHD FAIZ BIN KAMARULZAMAN

(Dibawah adalah kata-kata yang disampaikan oleh ustaz.Dimana kata-kata yang bertanda [ ] adalah komentar dan pengajaran ringkas dari saya.)



CABARAN NO 1:JANGAN SEMPITKAT KEFAHAMAN SPRITUAL
·         Allah mahu diriNya didekati dengan ilmu bukan dengan satu perkara yang miracle.Tetapi dengan melakukan kajian apa yang terdapat disebaliknya.

·         Sebagai contoh kita sering menjadikan keajaiban seperti kalimah Allah di atas langit sebagai satu-satunya cara kita untuk merasa ketakjuban.Bila-bila perkara sebegitu terjadi baru kita rasa takut dan kagum kepada Rabbullalamin.Ia bukan salah tetapi jika perkara itu tidak didasari oleh ilmu maka ia tidak kekal lama.

·         Firman Allah S.W.T: Mafhumnya: "Ketahuilah bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah".[1]

Ayat diatas menunjukan betapa pentingnya ilmu sebelum kita beramal.Sebagaimana Allah sebut dalam
alquran

·         Ÿwur ß#ø)s? $tB }§øŠs9 y7s9 ¾ÏmÎ/ íOù=Ïæ 4 ¨bÎ) yìôJ¡¡9$# uŽ|Çt7ø9$#ur yŠ#xsàÿø9$#ur @ä. y7Í´¯»s9'ré& tb%x. çm÷Ytã Zwqä«ó¡tB ÇÌÏÈ  
36. dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.(al-israa:36)

·         Apabila kita merenungi alam semesta ini mungkin akan terfikir Allah boleh melakukan sesuatu dengan segera, hanya degan kun fa ya kuun maka akan terjadilah.Tetapi Allah membuat alam ini dengan enam hari.Satu proses yang lama padahal Allah blh melakukan dengan instant?

·         Surah Al-Furqan ayat 59: 

"Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari (masa)"[2]
·         Allah melakukan ia agar kita berfikir setiap kejadian yang diciptakan olehNYA.

·         Melihat bagaimana allah menjadikan gunung-gunung dan bukit bukau. Bagaimana allah mengangkat langit tanpa tiang.Bagaimana burung-burung berterbangan tanpa pemandu arah.Bagaiman proses bayi dilahirkan dari setitik air mani sehingga menjadi bayi.Bagaimana Allah menjadi bulan dan bintang.[3]

·         žcÎ) Îû È,ù=yz ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur É#»n=ÏF÷z$#ur È@øŠ©9$# Í$pk¨]9$#ur ;M»tƒUy Í<'rT[{ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÉÈ  
190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Ali-Imran 190)

·         Lihatlat Ibn Firnas[4] seorang cendiakawan islam apabila beliau menghubungkan ilmu spritual  dengan ilmu dunia.Beliau merupakan insan yang berjaya untuk terbang dengan berbekal pengalaman dan sebuah peluncur yang dihasilkannya daripada buluh, bulu helang dan fabrik.Semua ini adalah hasil penelitian beliau terhadap bagaimana allah menciptakan burung.


·         Hendaklah penelitian kita,penglihatan dilihat dengan mata hati.

·         Antara fenomena yang kerap berlaku ialah kita tidak pernah merasakan kenikmatan dalam beramal.Solat yang dilakukan tidak pernah mencegah kita dari perkara yang mungkar.Kenapa?

·         Kita tidak selalu mempersoalkan kenapa?untuk setiap ibdah yang dilakukan menyebabkan kita amalan yang kita lakukan tidak diserap kedalam jantung hati.[5]

·         Tetapi para ulama Allah  mengangkat darjat mereka dalam al-quran

·         Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.
(Surah Faathir: Ayat 28).[6]


·         Tiada guna jika kita mempunya sijil-sijil ataupun PHD dalam pengajian islam jika kata-kata kita tidak menunjukkan kita takutkan Allah.

·         Cara kamu melihat menentukan bagaimana kamu dapat.

·         13 tahun Rasulullah berdakwah mengubah cara fikir manusia terhadao persepsi mereka dalam menilai kehidupan.

·         Kita harus melihat setiap perkara dari sudut yang berbeza.

CABARAN NO 2:JANGAN BERADA DALAM ZON SELESA.

·         Kita harus ingat dunia hari  ini akan dimenangi oleh orang yang melakukan sesuatu perkara dengan minat.[7]

(Ustaz membawakan beberapa contoh tokoh-tokoh yang gagal dalam peperikasaan kemudian mereka melakukan sesuatu perkara yang mereka minat sehingga menjadikan mereka seorang yang hebat.)

·         Jangan terlambat untuk merangka vision untuk 10 tahun akan datang.[8]

(Ustaz juga menceritakan kesilapan beliau kerana mempelajari sesuatu perkara yang tidak beliau minati dan akhirnya beliau telah membuang masa mereka selama beberapa tahun.Tetapi alhamdulillah beliau akhirnya menyedari minata dan potensi beliau dalam bidang Training Consultant.)

·         Apa yang perlu kita lakukan adalah bisneskan potensi dan bakat anda.[9]

·         Anda mesti melakukan sesuatu yang anda minat.

·         Bagaimana Kita nak mengetahui bakat kita?

·         Jika kita nak mencari bakat yang terpendam maka kita hendaklah mencuba sesuatu yang baru keluar dari ruang selesa anda.Seperti sesuatu yang mencabar,speaker corner,mendaki gunung dan sebagainya.Disitulah kita akan dapat mengenali potensi kita.

·         Dalam membangunkan bakat kita,tentulah pelabagai carabaran dan tekanan akan kita hadapi.Hendaklah kita menghadapi tekanan itu dengan cara positif.[10]

·         Antara cara yang dapat mengurangkan tekanan ialah dengan senyuman.

·         Tiada hari yang lebih indah melainkan apabila anda senyum dan orang disekitar anda membalas senyuman anda.[11]

·         Senyum bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan senyum.[12]

CABARAN 3:POTENSI TERPENDAM

·         Kemenangan hanya dimiliki bagi mereka yang perjuangkan apa yang mereka minati.

·         Siapa yang tidak berputus asa dia akan  menjadi juara.[13]

·         (Ustaz memaparkan video derek raymond)



·         Untuk membangunkan potensi diri kita mungkin ada beberapa cara yang kita boleh lakukan seperti:- melihat di cermin setiap pagi dan mengatakan “Hari ini lebih baik daripada semalam”.

·         Step-step untuk melakukan perubahan

·         1.Vision
Make vision become clear.Apa yang perlu kita lakukan adalah menulis apa yang ingin kita jadi.

·         2.Stregth
              Mengenal apa kekuatan yang ada pada kamu.

·         3.Peluang
Merebut peluang yang ada di depan mata.

·         4.Phrases
Menulis kata-kata hikmah yang boleh membuatkan kamu sentiasa motivasi.Seperti “Allah akan membantu saya dalam setiap keadaan yang akan saya hadapi.”

“Islam tidak akan bangkt jika mahasiswa islam tidak cemerlang dalam pelajaran yang diikutinya.”








[1] Al-Imam al-Bukhari telah meletakkan tajuk untuk ayat ini dengan katanya: "Bab: berilmu sebelum berkata-kata dan
beramal"

Dalam mengulas hal ini, Ibn Hajar telah menukilkan perkataan Ibn al-Munayyir bahawa: beliau (al-Bukhari)
memaksudkan bahawasanya ilmu adalah suatu syarat sahnya suatu perkataan atau perbuatan itu. Kedua-duanya tidak diambilkira melainkan dengan ilmu. Ia mendahului keduanya; lantaran ilmu mensahihkan niat sedangkan niat pula mensahihkan amalan.~rujuk fathul bari

[2]Syed Qutb dalam kitab Tafsir Fi Zilal Quran menyatakan: “tidak syak lagi, yang dimaksudkan dengan enam hari dalam ayat ini adalah hari yang ditetapkan oleh Allah, Dia saja yang mengetahui kadar masanya. Ia bukan hari-hari yang dihitung oleh manusia”

[3] “Carilah bahagia di dalam rimba dan belukar,dilurah dan di bukit-bukit,di kebun dan di kayu-kayu,di daun yang hijau dan bunga yang mekar,di danau dan sungai yang mengalir.Carilah bahagia pada Sang Suria,yang terbit pagi dan terbenam petang,pada awan yang sedang berarak dan berkumpul,pada burung-burung yang sedang hinggap dan sedang  terbang,pada bintang-bintang yang sedang berkelip-kelip,dan yang tetap di tempatnya.Carilah bahagia di kebun bunga di dekat rumahmu,di bandarnya yang baru dibangunkan di barisan tanamannya yang baru diatur.Carilah di pinggir sungai sambil bermenung,di puncak-puncak bukit yang didaki dengan payah,ke dalam lurah yang dituruni.Carilah ketika mendengarkan akiran air tengah malam,pada bunyi angin sepoi-sepoi basah,pada persentuhan daun kayu ditengah sawah.Dalam semua saya sebutkan itu tersimpanlah bahagia sejati yang indah mulia,murni,sakti,yang menyuruh akal menjalar,menyuruh perasaan menjalar ke dalam keindahan,menghidupkan hati yang telah mati,mendatangkan ketenteraman yang sejati di dalam lapangan haya”t~Sayid Musthafa Luthfi(‘Majdulin)

[4] Ibn Firnas dikenali sebagai Abbas bin Firnas.Salah seorang ahli fizik, Kimia dan Astronomi yang pernah membuat eksperimen menggabungkan bahan-bahan tanah dan batu lalu terhasil kaca.
[5] Agama ini dibina berdasarkan hujah dan dalil.Jangan kita hanya menghafal pandangan-pandangan agama tanpa memikirkannya semula secara hujah dan rasional.
Prof.Muhammad Qutb: “Pelajar agama telah bertukar menjadi para penghafal bukannya pemikir.Seseorang pelajar kelihatan berilmu hanya dengan kadar apa yang dia hafal daripada teks,syarah dan nota kaki.Namun dia tidak dapat berfikir untuk dirinya dan tidak juga dapat berfikir secara sendiri.Maka para ulama kehilangan  keaslian ilmu,jadilah mereka golongan taklid yang hanya memetik daripada orang lain.

[6] Ibnu Mas'ud r.a. berkata, "Takut kepada Allah SWT merupakan sebuah ilmu (pengetahuan) dan lalai dari Allah merupakan kebodohan."~rujuk Miftah Saadah(Ibn Qayyim menyenaraikan lebih daripada 100 kelebihan menuntut ilmu dan kata-kata diatas berada pada kelebihan 21).

[7] Mengapa perlu minat?Dengan minatlah kita dapat membangunkan potensi dan kekuatan dalam diri setiap muslim.Kekuatan yang akan dapat menyingkap dan mendorong sesorang muslim untuk melakukan banyak hal.

Insan akan menjadi seorang yang luar biasa apabila dia melkakukan sesuatu yang dia minati.Sejarah telah membuktikan betapa ramai tokoh-tokoh yang lahir bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan apabila mereka melakukan sesuatu yang mereka minati.

Sebab itu kita dapat melihat betapa ramai mahasiswa apabila mereka graduasi akan timbullah percakapan alangkah indahnya dah grad,abez dah satu azab.Hal ini kebanyakan adalah disebabkan mereka belajar dan melakukan bukan sesuatu yang mereka minati.Bukan ingin menyalahkan mahasiswa tersebut tetapi ini mungkin berpunca kepada sistem pendidikan yang menindas jiwa pelajar.Mereka terpaksa ditempatkan pada pengajian yang tidak mereka sukai yang akhirnya impian yang hendak melahirkan graduasi yang memberi sumbangan n all that tinggal fantasi.Rata-rata mahasiswa terpaksa mengakui yang mereka minat walaupun bercanggah dalam hati sanubari mereka.Konklusinya hanya melahirkan pelajar yang minda trendy!!

Inilah Sistem Pendidikan yang dicanang untuk melingkupkan umat islam pada hari ini.

[8] Dengan ada vision ataupun saya tafsirkan disini sebagai kemahuan kita dapat mencapai cita-cita yang kita impikan.Orang-orang yang cerdas mereka melintasi jalan yang panjang disertai dengan semangat,kemahuan yang kuat,cita-cita yang tinggi,tujuan yang murni dan niat yang ikhlas.Justeru dengan tekad yang membaja dan cinta yang mendalam,kesulitan itu dapat disingkirkan dan perjalanan menjadi mudah dilalui.

Sebagaimana dalam sebuah syair Al-Barudi berkata,

“Bangkitlah dan capai singgasana kemuliaan nan menjulang,
sebagaimana burung helang yang hanya memilih ketinggian angkasa,
Tinggalkan perkara yang remeh agar ia menyingkir darimu.
Pada kedalaman laut,air tampak mengalir lemah.
Para lelaki pemberani akan mencapai angan dan cita-citanya,
Namun orang yg lemah jiwanya,hanya duduk termangu.”~disaring daripada kitab al-iman waiqazhu al-quwaa alkhafiyah.

[9] Jadilah insan yang tapak kakinya berpijak diatas tanah,namun obesesi dan citanya menggantung tinggi diatas bintang kejora.”~Dr.Taufiq Yusuf
[10] Ibnu Jauzi berkata,”Barangsiapa yang mendapat cubaan lalu dia ingin menghilangkannya,maka anggaplah cubaan tersebut sebagai musibah yang ringan,bayangkanlah pahalanya dan renungilah musibah yang lebih besar daripada itu.Dengan cara ini dia mampu segera menghilangkan fikian buruk dalam dirinya.
[11] “Senyummu kepada saudaramu merupakan sedekah, engkau memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari kemungkaran juga sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah, engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan batu, duri, dan tulang dari jalan merupakan sedekah, dan engkau menuangkan air dari embermu ke ember saudaramu juga sedekah.” (HR. At-Tirmizi no. 1956 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah)
                                                 
[12] Imam Ibnu Uyainah rahimahullah berkata,”Senyuman adalah magnet kuat untuk meraih rasa cinta. Sedangkan perbuatan baik adalah sesuatu yang mudah, berwajah ceria dan pembicaraan yang lembut.” ~rujuk tahzib al-akhlaq al-jahizh

[13] Masalah atau musibah apa pun yang kta alami,akan mempengaruhi kehidupan kita.Adapaun orang2 yang telah menghasilkan karya yang banyak dalam kehiduapnnya,sentiasa memandang bahwa masalah adalah satu tahapan yang nescaya dilalui dan hanya bersifat sementara.



" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "

No comments:

Post a Comment