UMMAH TALK
TAJUK:MENCABAR KELAZIMAN DIRI
PENYAMPAI:UST ASYAARI
PENCATIT:MUHD FAIZ BIN KAMARULZAMAN
(Dibawah adalah kata-kata yang disampaikan oleh ustaz.Dimana
kata-kata yang bertanda [ ] adalah komentar dan pengajaran ringkas dari saya.)
CABARAN NO 1:JANGAN SEMPITKAT KEFAHAMAN SPRITUAL
·
Allah mahu diriNya didekati dengan ilmu bukan
dengan satu perkara yang miracle.Tetapi dengan melakukan kajian apa yang
terdapat disebaliknya.
·
Sebagai contoh kita sering menjadikan keajaiban
seperti kalimah Allah di atas langit sebagai satu-satunya cara kita untuk
merasa ketakjuban.Bila-bila perkara sebegitu terjadi baru kita rasa takut dan
kagum kepada Rabbullalamin.Ia bukan salah tetapi jika perkara itu tidak
didasari oleh ilmu maka ia tidak kekal lama.
Ayat diatas menunjukan betapa pentingnya ilmu sebelum kita
beramal.Sebagaimana Allah sebut dalam
alquran
·
wur ß#ø)s? $tB }§øs9 y7s9 ¾ÏmÎ/ íOù=Ïæ 4 ¨bÎ) yìôJ¡¡9$# u|Çt7ø9$#ur y#xsàÿø9$#ur @ä. y7Í´¯»s9'ré& tb%x. çm÷Ytã Zwqä«ó¡tB ÇÌÏÈ
36. dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,
semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.(al-israa:36)
·
Apabila kita merenungi alam semesta ini mungkin
akan terfikir Allah boleh melakukan sesuatu dengan segera, hanya degan kun fa
ya kuun maka akan terjadilah.Tetapi Allah membuat alam ini dengan enam
hari.Satu proses yang lama padahal Allah blh melakukan dengan instant?
·
Surah Al-Furqan ayat 59:
"Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari (masa)"[2]
"Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari (masa)"[2]
·
Allah melakukan ia agar kita berfikir setiap
kejadian yang diciptakan olehNYA.
·
Melihat bagaimana allah menjadikan gunung-gunung
dan bukit bukau. Bagaimana allah mengangkat langit tanpa tiang.Bagaimana
burung-burung berterbangan tanpa pemandu arah.Bagaiman proses bayi dilahirkan dari
setitik air mani sehingga menjadi bayi.Bagaimana Allah menjadi bulan dan bintang.[3]
·
cÎ) Îû È,ù=yz ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur É#»n=ÏF÷z$#ur È@ø©9$# Í$pk¨]9$#ur ;M»tUy Í<'rT[{ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÉÈ
190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat
Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Ali-Imran 190)
·
Lihatlat Ibn Firnas[4]
seorang cendiakawan islam apabila beliau menghubungkan ilmu spritual dengan ilmu dunia.Beliau merupakan insan yang
berjaya untuk terbang dengan berbekal pengalaman
dan sebuah peluncur yang dihasilkannya daripada buluh, bulu helang dan
fabrik.Semua ini adalah hasil penelitian beliau terhadap bagaimana allah
menciptakan burung.
·
Hendaklah penelitian kita,penglihatan dilihat
dengan mata hati.
·
Antara fenomena yang kerap berlaku ialah kita
tidak pernah merasakan kenikmatan dalam beramal.Solat yang dilakukan tidak
pernah mencegah kita dari perkara yang mungkar.Kenapa?
·
Kita tidak selalu mempersoalkan kenapa?untuk
setiap ibdah yang dilakukan menyebabkan kita amalan yang kita lakukan tidak
diserap kedalam jantung hati.[5]
·
Tetapi para ulama Allah mengangkat darjat mereka dalam al-quran
·
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya
hanyalah ulama.
(Surah Faathir: Ayat
28).[6]
·
Tiada guna jika kita mempunya sijil-sijil
ataupun PHD dalam pengajian islam jika kata-kata kita tidak menunjukkan kita
takutkan Allah.
·
Cara kamu melihat menentukan bagaimana kamu
dapat.
·
13 tahun Rasulullah berdakwah mengubah cara
fikir manusia terhadao persepsi mereka dalam menilai kehidupan.
·
Kita harus melihat setiap perkara dari sudut
yang berbeza.
CABARAN NO 2:JANGAN BERADA DALAM ZON
SELESA.
·
Kita harus ingat dunia hari ini akan dimenangi oleh orang yang melakukan
sesuatu perkara dengan minat.[7]
(Ustaz
membawakan beberapa contoh tokoh-tokoh yang gagal dalam peperikasaan kemudian
mereka melakukan sesuatu perkara yang mereka minat sehingga menjadikan mereka
seorang yang hebat.)
(Ustaz
juga menceritakan kesilapan beliau kerana mempelajari sesuatu perkara yang
tidak beliau minati dan akhirnya beliau telah membuang masa mereka selama
beberapa tahun.Tetapi alhamdulillah beliau akhirnya menyedari minata dan
potensi beliau dalam bidang Training Consultant.)
·
Anda mesti melakukan sesuatu yang anda minat.
·
Bagaimana Kita nak mengetahui bakat kita?
·
Jika kita nak mencari bakat yang terpendam
maka kita hendaklah mencuba sesuatu yang baru keluar dari ruang selesa
anda.Seperti sesuatu yang mencabar,speaker corner,mendaki gunung dan
sebagainya.Disitulah kita akan dapat mengenali potensi kita.
·
Dalam membangunkan bakat kita,tentulah
pelabagai carabaran dan tekanan akan kita hadapi.Hendaklah kita menghadapi
tekanan itu dengan cara positif.[10]
·
Antara cara yang dapat mengurangkan tekanan
ialah dengan senyuman.
·
Tiada hari yang lebih indah melainkan apabila
anda senyum dan orang disekitar anda membalas senyuman anda.[11]
CABARAN 3:POTENSI TERPENDAM
·
Kemenangan hanya dimiliki bagi mereka yang
perjuangkan apa yang mereka minati.
·
(Ustaz memaparkan video derek raymond)
·
Untuk membangunkan potensi diri kita mungkin
ada beberapa cara yang kita boleh lakukan seperti:- melihat di cermin setiap
pagi dan mengatakan “Hari ini lebih baik daripada semalam”.
·
Step-step untuk melakukan perubahan
·
1.Vision
Make vision become clear.Apa yang perlu kita lakukan adalah menulis apa yang ingin kita jadi.
Make vision become clear.Apa yang perlu kita lakukan adalah menulis apa yang ingin kita jadi.
·
2.Stregth
Mengenal apa kekuatan yang ada pada kamu.
·
3.Peluang
Merebut
peluang yang ada di depan mata.
·
4.Phrases
Menulis kata-kata hikmah yang boleh membuatkan kamu sentiasa motivasi.Seperti “Allah akan membantu saya dalam setiap keadaan yang akan saya hadapi.”
Menulis kata-kata hikmah yang boleh membuatkan kamu sentiasa motivasi.Seperti “Allah akan membantu saya dalam setiap keadaan yang akan saya hadapi.”
“Islam
tidak akan bangkt jika mahasiswa islam tidak cemerlang dalam pelajaran yang
diikutinya.”
[1] Al-Imam al-Bukhari telah meletakkan tajuk untuk ayat ini dengan katanya:
"Bab: berilmu sebelum berkata-kata dan
beramal"
Dalam
mengulas hal ini, Ibn Hajar telah menukilkan perkataan Ibn al-Munayyir bahawa:
beliau (al-Bukhari)
memaksudkan
bahawasanya ilmu adalah suatu syarat
sahnya suatu perkataan atau perbuatan itu. Kedua-duanya tidak diambilkira
melainkan dengan ilmu. Ia mendahului keduanya; lantaran ilmu mensahihkan niat
sedangkan niat pula mensahihkan amalan.~rujuk fathul bari
[2]Syed Qutb dalam kitab Tafsir Fi Zilal Quran
menyatakan: “tidak syak lagi,
yang dimaksudkan dengan enam hari dalam ayat ini adalah hari yang ditetapkan
oleh Allah, Dia saja yang mengetahui kadar masanya. Ia bukan hari-hari yang
dihitung oleh manusia”
[3]
“Carilah bahagia di dalam rimba
dan belukar,dilurah dan di bukit-bukit,di kebun dan di kayu-kayu,di daun yang
hijau dan bunga yang mekar,di danau dan sungai yang mengalir.Carilah bahagia
pada Sang Suria,yang terbit pagi dan terbenam petang,pada awan yang sedang
berarak dan berkumpul,pada burung-burung yang sedang hinggap dan sedang terbang,pada bintang-bintang yang sedang
berkelip-kelip,dan yang tetap di tempatnya.Carilah bahagia di kebun bunga di
dekat rumahmu,di bandarnya yang baru dibangunkan di barisan tanamannya yang
baru diatur.Carilah di pinggir sungai sambil bermenung,di puncak-puncak bukit
yang didaki dengan payah,ke dalam lurah yang dituruni.Carilah ketika
mendengarkan akiran air tengah malam,pada bunyi angin sepoi-sepoi basah,pada
persentuhan daun kayu ditengah sawah.Dalam semua saya sebutkan itu tersimpanlah
bahagia sejati yang indah mulia,murni,sakti,yang menyuruh akal
menjalar,menyuruh perasaan menjalar ke dalam keindahan,menghidupkan hati yang
telah mati,mendatangkan ketenteraman yang sejati di dalam lapangan haya”t~Sayid Musthafa Luthfi(‘Majdulin)
[4] Ibn Firnas dikenali sebagai Abbas
bin Firnas.Salah seorang ahli fizik, Kimia dan Astronomi yang pernah membuat
eksperimen menggabungkan bahan-bahan tanah dan batu lalu terhasil kaca.
[5]
Agama ini dibina berdasarkan hujah dan
dalil.Jangan kita hanya menghafal pandangan-pandangan agama tanpa memikirkannya
semula secara hujah dan rasional.
Prof.Muhammad Qutb: “Pelajar agama telah
bertukar menjadi para penghafal bukannya pemikir.Seseorang pelajar kelihatan
berilmu hanya dengan kadar apa yang dia hafal daripada teks,syarah dan nota
kaki.Namun dia tidak dapat berfikir untuk dirinya dan tidak juga dapat berfikir
secara sendiri.Maka para ulama kehilangan
keaslian ilmu,jadilah mereka golongan taklid yang hanya memetik daripada
orang lain.
[6] Ibnu Mas'ud r.a. berkata, "Takut
kepada Allah SWT merupakan sebuah ilmu (pengetahuan) dan lalai dari Allah
merupakan kebodohan."~rujuk Miftah Saadah(Ibn Qayyim menyenaraikan lebih
daripada 100 kelebihan menuntut ilmu dan kata-kata diatas berada pada kelebihan
21).
[7]
Mengapa perlu minat?Dengan minatlah kita dapat membangunkan potensi dan
kekuatan dalam diri setiap muslim.Kekuatan yang akan dapat menyingkap dan
mendorong sesorang muslim untuk melakukan banyak hal.
Insan akan menjadi seorang
yang luar biasa apabila dia melkakukan sesuatu yang dia minati.Sejarah telah
membuktikan betapa ramai tokoh-tokoh yang lahir bagaikan cendawan yang tumbuh
selepas hujan apabila mereka melakukan sesuatu yang mereka minati.
Sebab itu kita dapat melihat
betapa ramai mahasiswa apabila mereka graduasi akan timbullah percakapan
alangkah indahnya dah grad,abez dah satu azab.Hal ini kebanyakan adalah
disebabkan mereka belajar dan melakukan bukan sesuatu yang mereka minati.Bukan
ingin menyalahkan mahasiswa tersebut tetapi ini mungkin berpunca kepada sistem
pendidikan yang menindas jiwa pelajar.Mereka terpaksa ditempatkan pada
pengajian yang tidak mereka sukai yang akhirnya impian yang hendak melahirkan
graduasi yang memberi sumbangan n all that tinggal fantasi.Rata-rata mahasiswa
terpaksa mengakui yang mereka minat walaupun bercanggah dalam hati sanubari
mereka.Konklusinya hanya melahirkan pelajar yang minda trendy!!
Inilah Sistem Pendidikan yang
dicanang untuk melingkupkan umat islam pada hari ini.
[8]
Dengan ada vision ataupun saya tafsirkan disini sebagai kemahuan kita dapat
mencapai cita-cita yang kita impikan.Orang-orang yang cerdas mereka melintasi
jalan yang panjang disertai dengan semangat,kemahuan yang kuat,cita-cita yang
tinggi,tujuan yang murni dan niat yang ikhlas.Justeru dengan tekad yang membaja
dan cinta yang mendalam,kesulitan itu dapat disingkirkan dan perjalanan menjadi
mudah dilalui.
Sebagaimana dalam sebuah syair Al-Barudi berkata,
“Bangkitlah dan capai singgasana kemuliaan nan menjulang,
sebagaimana burung helang yang hanya memilih ketinggian angkasa,
Tinggalkan perkara yang remeh agar ia menyingkir darimu.
Pada kedalaman laut,air tampak mengalir lemah.
Para lelaki pemberani akan mencapai angan dan cita-citanya,
Namun orang yg lemah jiwanya,hanya duduk termangu.”~disaring daripada kitab al-iman waiqazhu al-quwaa alkhafiyah.
“Bangkitlah dan capai singgasana kemuliaan nan menjulang,
sebagaimana burung helang yang hanya memilih ketinggian angkasa,
Tinggalkan perkara yang remeh agar ia menyingkir darimu.
Pada kedalaman laut,air tampak mengalir lemah.
Para lelaki pemberani akan mencapai angan dan cita-citanya,
Namun orang yg lemah jiwanya,hanya duduk termangu.”~disaring daripada kitab al-iman waiqazhu al-quwaa alkhafiyah.
[9] Jadilah
insan yang tapak kakinya berpijak diatas tanah,namun obesesi dan citanya
menggantung tinggi diatas bintang kejora.”~Dr.Taufiq Yusuf
[10]
Ibnu Jauzi berkata,”Barangsiapa yang
mendapat cubaan lalu dia ingin menghilangkannya,maka anggaplah cubaan tersebut
sebagai musibah yang ringan,bayangkanlah pahalanya dan renungilah musibah yang
lebih besar daripada itu.Dengan cara ini dia mampu segera menghilangkan fikian
buruk dalam dirinya.
[11] “Senyummu kepada saudaramu
merupakan sedekah, engkau memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari kemungkaran
juga sedekah, engkau menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat juga sedekah,
engkau menuntun orang yang berpenglihatan kabur juga sedekah, menyingkirkan
batu, duri, dan tulang dari jalan merupakan sedekah, dan engkau menuangkan air
dari embermu ke ember saudaramu juga sedekah.” (HR. At-Tirmizi no.
1956 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah)
[12] Imam Ibnu Uyainah
rahimahullah berkata,”Senyuman adalah magnet kuat untuk meraih rasa cinta.
Sedangkan perbuatan baik adalah sesuatu yang mudah, berwajah ceria dan
pembicaraan yang lembut.” ~rujuk
tahzib al-akhlaq al-jahizh
[13]
Masalah atau musibah apa pun yang kta alami,akan mempengaruhi kehidupan kita.Adapaun
orang2 yang telah menghasilkan karya yang banyak dalam kehiduapnnya,sentiasa
memandang bahwa masalah adalah satu tahapan yang nescaya dilalui dan hanya
bersifat sementara.
No comments:
Post a Comment