ALAM SEMESTA MULA BERBICARA
bismillahirrahmanirrahim
Segala pujian bagi Allah SWT.Pemilik sekalian alam dan
selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahli
keluarganya,sahabat-sahabat r’’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan
ikhlas hinggalah ke hari kiamat..
Merasa senang atas kesenangan
adalah senang
Merasa susah atas kesusahan adalah senang
Merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar.
Merasa susah atas kesusahan adalah senang
Merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar.
Begitulah kata-kata seorang tokoh intelektual yang kukagumi
yang sering bermain dibenakku ini ..Itulah perkara yang Allah boleh campakkan
kedalam hidup setiap insan sehingga kadang kala insan itu tidak boleh buat
apa-apa iaitu dukacita.~DR MAZA
Warna kegelapan datang menyapa dalam segala penjuru dalam
pelbagai rona.Apakah diri ini mampu untuk menanggung derita ini?
Tak terawali dari
sebuah niat
Tak terakhiri dari sebuah harap
Seketika kudapati jasad
Dalam konkongan sahara jiwa
Wahai kaki yang melangkah hendak kemana kamu?
Hujan berterusan mebasahi tubuh..
Cerita kehidupan yang dahulu ku fikir fantasi
Kini telah menjadi realiti...
Apakah ini awal penderitaan?
Apakah ini akhir perjalanan?
Tak terakhiri dari sebuah harap
Seketika kudapati jasad
Dalam konkongan sahara jiwa
Wahai kaki yang melangkah hendak kemana kamu?
Hujan berterusan mebasahi tubuh..
Cerita kehidupan yang dahulu ku fikir fantasi
Kini telah menjadi realiti...
Apakah ini awal penderitaan?
Apakah ini akhir perjalanan?
Terbenam hilang tanpa
arah
Melangkah mencari sebuah misbah[1]
Fatamorga hanya bekal yang tak kunjung nyata
Berharap ia akhir perjalanan tapi ternyata itu bukanlah jalan orang beriman.
Melangkah mencari sebuah misbah[1]
Fatamorga hanya bekal yang tak kunjung nyata
Berharap ia akhir perjalanan tapi ternyata itu bukanlah jalan orang beriman.
Hamba-Mu Rasa Berputus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika
Tanpa ku sedari dalam
asyik lamunan keresahan aku telah rebah ketanah lalu airmata mula membasahi
wajah..Plakk bahu aku ditepuk(Geng kenapa dengan ag ni ade problem ka?Nak kata
ag putus cinta sejak dari kecik lagi aku kawan dengan ag tak pernah pun ag
pikir pasal cinta ni..hmm heran aq sat ag okey sat ag tak okey?)aku tersentak
disapa oleh sahabatku..soalan yang datang bertubi-tubi bagai tembakan
peluru,aku tidak mampu menjawabnya hanya dengan senyuman yang dapat ku hiasi di
wajah ini.
Aku mula bermonolog
dengan jiwaku......
Wahai Jiwa mengapakah kesedihan remaja itu hanya sebatas
cinta?Kenapakah cinta yang difahami remaja sekarang begitu sempit sebatas
jantina?Apakah cinta mereka itu hanya sekadar fatarmogana yang berpaksi kepada
fisikal semata?Apakah mereka benar-benar mengerti cinta sejati?Wahai jiwa aku
tidak mengerti apa itu cinta?
Aku lihat, sungguh dunia sekelilingku telah mencermarkannya,
dengan penuh noda-noda kekotoran melalui nyanyian para penyanyi,melalui
gambaran murahan yang ditayangkan dikaca tv,melalui lagu-lagu erotisme oleh
para pelakunya sebagai bentuk ekspresi perasaan...Wahai jiwa apakah engkau
mengerti apa itu cinta?
Arghh.. aku kebingungan memikirkannya,mungkin kata cinta itu
merupakan kata yang terdengar di telinga dan terasa di hati tetapi tidak mudah
difahami oleh orang?Apakah cinta itu memiliki makna yang dalam,indah dan agung
sehingga tiada kata-kata yang mampu melukiskan keindahan dan
keagungannya.Hakikat cinta tidak dapat ditemukan,selain dengan segenap
kesungguhan pengamatan dan penjiwaan sebagaimana yang dikata oleh ibn hazm?
Cinta mengapa engkau begitu sulit hendak difahami..sungguhku
tahu engkau begitu tinggi nilainya tidaklah layak engkau dikotori..Cinta engkau
sebuah kata yang sentiasa diperjuangkan oleh para nabi dan rasul agar tertanam
subur dalam jiwa umat manusia.Bila sudah bersentuhan dengannya,perasaan
orang-orang beriman pun akan bergetar dibuatnya.Lisan-lisan ahli ibadah pun
tidak akan bosan untuk selalu menyebutnya..
Tetapi aku masih belum memahami wahai jiwa..arghh mengapa
aku memikirkan hal ini?aku sudah kehilang separuh dari hatiku..Aku mesti
mecarinya kembali agar aku bisa menghirup ketenangan kembali..Di mana aku ingin
mencarimu wahai hati..sesungguhnya hati ini telah kontang dan ia perlukan percikan kebahagiaan..aku
mesti melakukan kembara untuk mencarinya..
“Ya Allah,periharalah hambaMu ini dalam mengecapi kemanisan hidayah”
“Ya Allah,periharalah hambaMu ini dalam mengecapi kemanisan hidayah”
Mengapalah lima huruf ini sering membingungkan diri ini?Alangkah
indahnya lima huruf ini hanya sebatas angka ataupun hanya sebatas puzzle..Mengapa begitu sulit untuk aku merungkainya?Mengapa begitu dalam
rahsianya?
Surah Faatir. Ayat 038.
Sesungguhnya
Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia
mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
Lima huruf ini,tak pernah lepas dari kehidupan seharian insan,bahkan tiada sehelah nafas pun terlewat tanpa “lima huruf ini”,masih melekat erat pada tiap-tiap jiwa.Lima huruf inilah telah melahirkan beragam erti,beribu makna,berjuta misteri dan penafsiran yang tiada hingga,sebanyak nyawa yang pernah menyandangnya,sepanjang zaman yang telah dilewatinya.Lima huruf, adalah kumpulan kisah indah.Limah huruf adalah lanjutan kisah derita dan susah terkadang menyembabkan tumpahan darah.Lima huruf adalah titian perjalanan yang sungguh tak mudah.Lima huruf,yang pada hakikatnya hanyalah untuk ibadah..Lima huruf itu adalah HIDUP…
Hidup memang benar-benar penuh hal tak terduga,
Kadang-kadang begitu sulit untuk dipercaya,
Yang tak jarang memaksa kita untuk menerima realita,
Bahawa itu memang benar terjadi adanya..
Kadang-kadang begitu sulit untuk dipercaya,
Yang tak jarang memaksa kita untuk menerima realita,
Bahawa itu memang benar terjadi adanya..
Alangkah begitu besarnya peranan lima huruf ini..Tetapi aku
cuba merenungi disekitarku,hidup di zaman ini bukanlah sesuatu yang mudah.Manusia
mula sudah kehilangan jiwa mereka,mereka kehilangan arah tuju yang sepatutnya
mereka tempuhi.Mereka sudah tidak ketahui bagaimana untuk sampai kepada
kebenaran yang hakiki sesuai dengan keinginan Allah dan Rasul-Nya.Sungguh
kerana begitu tebalnya kabut kebathilan,ia telah menghalangi cahaya kebenaran.
Wahai jiwa, apakah engkau sedang berada di zaman yang serba
terbalik ini? Dimana sang pengkhianat diangkat menjadi Hero.Yang bercakap jujur dan benar dianggap sebagai
pendusta.Orang-orang yang tidak amanah mula ditabalkan dengan pelbagai
mahkota.Sementara orang yang amanah ditinggalkan dilembah desa.
Hidup di zaman ini sudah tidak merasa ketenteramannya penuh
dengan mehna.Keraguan dan kekacauan mula menghiasai dunia.Para –para orang
besar sibuk melakukan pelabagai makar, sudah tidak dipedulikan lagi darah,air
mata dan keringat rakyat yang penting poketnya dipenuhi dengan harta.Begitulah
telah kaya para pendusta..
Inilah zaman dimana manusia sudah tidak memandangkan
kekayaan jiwa
bagi mereka hidup dengan kekayaan material sebagai tujuan utama
Inilah zaman dimana para pejuang kebenaran dicemuh dan dihina
Yang pandai menghadirkan perasaan dengan cerita ditabalkan dengan pelabagai singgahsana.
Inilah zaman manusia sudah tidak bertuhankan Rabb Alam Semesta
Mereka mula bertuhankan harta dan wang,Apakah mereka lupa sesungguhnya ALLAH ITU MAHA KAYA!!
Inilah zaman dimana segelintir golongan agamawan sudah tidak jujur dengan agama
Mereka menghalunasi manusia dengan menggunakan agama demi kepentingan peribadi mereka,
Inilah zaman sebahagian manusia mula menampakkan kesolehan dengan pakaian agama
Pada hakikatnya merekalah golongan yang sering menghamburkan para manusia dengan berita dusta
Inilah zaman manusia hanya sibuk dengan kepentingan dirinya sahaja,
Mereka sudah melupai manusia yang hidup didalam lembah kehidupan dengan penuh derita
Inilah zaman orang baik yang membela rakyat Palestin yang dibunuh saban hari dituduh sebagai teroris,
Sementara yang membunuh dianggap sebagai penegak keadilan.
Inilah zaman nafsi-nafsi siapa lu siapa gua..
Mereka sudah tidak mengendahkan orang yang hidup disekitar mereka..
Inilah zaman dimana wanita kebanyakan bersifat lebih mempamerkan dirinya.
Inilah zaman dimana tambah terbenam matahari,tambah kecohlah di jalan raya dan di kedai kopi,
Inilah zaman hati orang tidak merasa tenteram lagi di rumahnya.
Inilah zaman dimana orang-orang menari tersenyum-senyum utk menyembunyikan jiwa yang meratap,
Inilah zaman manusia mula melepaskan dirinya daripada ikatan dan belenggu kepercayaan dan agama,
YA Allah ZAMAN INI manusia sudah meninggalkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH..mereka meninggalkan ISLAM....apakah mereka sudah lupa dengan kata Seorang khalifah yang cukup wara’ UMAR r.a
bagi mereka hidup dengan kekayaan material sebagai tujuan utama
Inilah zaman dimana para pejuang kebenaran dicemuh dan dihina
Yang pandai menghadirkan perasaan dengan cerita ditabalkan dengan pelabagai singgahsana.
Inilah zaman manusia sudah tidak bertuhankan Rabb Alam Semesta
Mereka mula bertuhankan harta dan wang,Apakah mereka lupa sesungguhnya ALLAH ITU MAHA KAYA!!
Inilah zaman dimana segelintir golongan agamawan sudah tidak jujur dengan agama
Mereka menghalunasi manusia dengan menggunakan agama demi kepentingan peribadi mereka,
Inilah zaman sebahagian manusia mula menampakkan kesolehan dengan pakaian agama
Pada hakikatnya merekalah golongan yang sering menghamburkan para manusia dengan berita dusta
Inilah zaman manusia hanya sibuk dengan kepentingan dirinya sahaja,
Mereka sudah melupai manusia yang hidup didalam lembah kehidupan dengan penuh derita
Inilah zaman orang baik yang membela rakyat Palestin yang dibunuh saban hari dituduh sebagai teroris,
Sementara yang membunuh dianggap sebagai penegak keadilan.
Inilah zaman nafsi-nafsi siapa lu siapa gua..
Mereka sudah tidak mengendahkan orang yang hidup disekitar mereka..
Inilah zaman dimana wanita kebanyakan bersifat lebih mempamerkan dirinya.
Inilah zaman dimana tambah terbenam matahari,tambah kecohlah di jalan raya dan di kedai kopi,
Inilah zaman hati orang tidak merasa tenteram lagi di rumahnya.
Inilah zaman dimana orang-orang menari tersenyum-senyum utk menyembunyikan jiwa yang meratap,
Inilah zaman manusia mula melepaskan dirinya daripada ikatan dan belenggu kepercayaan dan agama,
YA Allah ZAMAN INI manusia sudah meninggalkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH..mereka meninggalkan ISLAM....apakah mereka sudah lupa dengan kata Seorang khalifah yang cukup wara’ UMAR r.a
Kita adalah
umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berikan kemuliaan dengan Islam, maka
bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam maka Allah akan tetap
menjadikannya sebagai kehinaan.”
Begitulah hidup dizaman ini ia penuh dengan
kegelisahan,ketakutan dan tekanan jiwa.Sungguh hidup dizaman ini ibarat sebuah
sampan yang berada ditengah lautan.Badai yang datang bertiup kencang,dayung ada
hanya dapat menggantungkan harapan.Dipukul ombak secara bertubi-tubi.Jika mampu
menahan ombak yang pertama,ombak berikutnya datang untuk membinasakannya...
Dunia
ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Ya Allah ke mana harus aku bawa diri ini agar aku bisa
meneguk sedikit air ketenangan agar ia
bisa merawat luka di dalam jiwa ini.Ya Allah aku telah silap dalam
perhitunganku,aku menyangka bahawa keindahan dan kemanisan hari-hari yang telah
ku tempuhi akan terus diwarisi tanpa siapa yang dapat menghalangi.Maafkanlah
hambaMu ini Ya Rabb..Kini aku telah tersedar daripada lamunan yang menghiasi
mimpi bahawa hari-hari yang akan dilalui tidak semestinya menjejaki
warna-warna pelangi yang indah,ceria dan
bahagia.
Kini duka mula
menggantikan tawa,derita mula menggantikan hari-hari bahagia.Ternyata aku telah
alpa akan nikmatMu,aku tidak pernah bersyukur terhadap kurniaan yang terbentang
di hadapan mata.Wahai jiwa!Apakah aku ini termasuk dalam golongan yang bertuhan kerana emosi?Apabila aku gembira aku
melupakanNYA,apabila aku senggsara aku mula mencariNYA.
Di waktu mengenang
rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini
Begitulah hidup,kadangkala
tawa dan bahagia tidak dapat menemuiMu wahai Rabb..Tetapi kini ku tahu
sengsara telah membawa diri ku ini dari satu episod ke satu episod untuk
kembali kedataran hidayahMu.Sengsara itu boleh menjelma dalam pelabgai rona
warna.Jika hari ini kita dapati seorang insan yang hidupnya diliputi kemewahan
tetapi ternyata hidupnya tidak sebahagia manusia-manusia yang hanya kais pagi
sahaja kerana sengsara telah mencabut kenikmatan yang diperolehinya.
Aku membuka mataku dengan perlahan,walaupun masih belum jelas
tetapi tetap terasa berat.Perlahan-lahan pandangan samar bertukar jelas.Udara
sejuk yang menyelinap masuk ke dalam tubuh terasa seperti hendak membekukan
aliran darah.Mata melilau kosong antara lautan bintang yan bertaburan jauh
diangkasa.Ternyata malam sudah datang menyapa sementara harapan sudah tiada..
Kembara mencari hati ini mesti diteruskan.Keesokan paginya
aku telah tekad untuk pulang ke kampung halamanku dengan harapan aku bisa
ketemui hatiku disana.Jam telah menunjukkan 9.00 a.m sebentar lagi kapal yang
hendak aku naiki akan mula belayar..
Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang sengsara
Apakah akan ada lagi tawa
Tuk hapuskan semua sepi di hati ?
Tinggalkan cerita tentang sengsara
Apakah akan ada lagi tawa
Tuk hapuskan semua sepi di hati ?
Wahai Tuhan,janganlah kau cabut nyawaku di saat aku sedang mencariMu.Inilah harapan kudusku
terhadapmu.
Wahai Jiwa,
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau
Sedih pilu hanya engkau yang tahu
Berjuang di rantau
Sedih pilu hanya engkau yang tahu
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Plushh!!bunyi ombak yang memukul kapal ,ternyata aku sudah
berada diatas kapal tanpa ku sedari.Ombak berdebur,kapal hanya laksana sebuah
sabut dihempaskan gelombang.Entah di manalah tanah tepinya lautan
itu.Pulau-pulau berserak dikelilingi karang aneka wana.Rasa kecil diri ini
dihadapan laut,Dan laut pun kecil di hadapan sesuatu.Terlompatlah dari mulut
Allahhu Akbar!
Aku mula memalingkan wajah kearah luar ternyata aku melihat
sesuatu yang mengagumkan sebuah bangunan yang cukup indah dan unik.Melihatnya
laksana melihat sebuah arkitekture sebuah mahligai yang mewah indah
berseri,penuh dengan serba kebesarannya;jika dilihat dari luar,yakinlah manusia
akan kepandaian dan kepintaran pembuatnya.JIka dimasuki ke dalam,tampaklah
kepakaran penyusunnya.Segala manusia yang lalu lintas di hadapannya pasti akan
memuji akan keindahannya itu.Segala manusia yang masuk ke dalamnya pasti akan
kagum melihat susunannya yang elok dan rapi,gabungan di antara indah dan mulia.
Yang mengetahui benar akan kebagusan bentuknya,ialah seorang
arkitek.Yang mengerti benar akan susunannya yang bermutu seni yang tinggi,ialah seorang seniman.Yang
sanggup merangkumkan kata pujaan dan menyanyikannya dengan susunan kata-kata
nan indah,ialah seorang
pujangga.Semuanya sepakat mengatakan, “Ia indah!”
Jiwaku mula terdetak adakah ada apa-apa didalamnya?Wahai
jiwa ingatlah perkara yang hendak kau cari adalah perkara rahsia.Mencarinya
bukanlah dengan mata,bukan dengan telinga dan bukanlah dengan mantera.Tetapi
bersihkanlah lebih dahulu jiwamu,didiklah ia dan latihlah ia sehingga ia
menjadi halus laksana kilat kaca..
Tanpaku sedari aku sudah sampai ke destinasi yang
dituju.Begitulah rentang waktu yang
tidak pernah berhenti dari putarannya,terasa begitu singkat rasa hidup
ini..Allah berfirman dalama surah al-mukminun:
112. Allah bertanya lagi (kepada
mereka Yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"
113.
mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian
dari sehari; maka Bertanyalah kepada golongan (malaikat) Yang menjaga urusan
menghitung
114.
Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa
sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
Kini ku sudah sampai sebuah
tempat yang jauh dari hiruk-piruk manusia.Sungguh perasaan ini ibarat garam
kehidupan.Dengan perasaanlah manusia merenung,mencari ketenangan dalam pergolakan.Menampakan
bahagia dalam sengsara.Menampak jernihnya masa depan dalam keruhnya yang sekarang.Imbangan nada tinggi melengking
dengan nada rendah mengendur,apakah ini muzik kehidupan?
Kepenatan mula dirasai,aku perlu
mencari tempat untuk aku rehat seketika sebelum tiba di kampung.Berjalanlah
diri ini diatas pasir pantai,terasa begitu sukar untuk ku rentasi.Mulalah diri
ini terpikir bagaimana para penjuang dahulu merentasi sahara yang sekitarnya
penuh dengan debu-debuan?
Akhirnya jumpa juga dengan sebatang pohon untuk ku
bersandar.Allhamdulillah.Duduklah aku sebentar dan mata pun mula terpaut pada
sebuah pondok usang yang entah berpenghuni ataupun tidak..Aku hanya mampu
melihat bekasnya sahaja tetapi orangnya sudah tiada lagi.
Begitulah hidup manusia hanya
ibarat hitungan hari apabila cukuplah masa dia pun akan pergi.Dan alam ini
masihlah tetap baharu dan tidak berubah,kerna yang menjaganya tidak pernah mati
dan tidak akan mati,kekal selama-lamanya.Luas binaan alam yang luas tiada
bertepi,binaan loteng langitnya,hamparan buminya,sehingga tersedia buat didiami
oleh makhluk.Begitulah alam yang dijadikan Allah sentiasa baru dan indah.
Surah AlBaqarah. Ayat
022.
Dialah yang menjadikan bumi ini
untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai
bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu
dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki
bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal
kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Kini aku bukan membaca buku-buku ataupun nota kuliah tetapi kini ku dikehendaki membaca kehidupan!!!Tidaklah dapat ku membaca kehidupan ini jika aku masih belum membaca dengan hati nurani .Jika dahulu wahai jiwa engkau membaca dengan jendela ilmu tetapi tidak diresap ke dalam hati,maka hari ini bacalah alam ini melalui jendela seni dan resapilah ia dalam hati.
Dengan perasaan seni yang halus itulah akan mengetar di hati dan
menyebabkan inspirasi itu tumbuh dengan sendirinya.Lihatlah wahai mata dengan
pandangan seni!!Bacalah wahai hati dengan penuh irama cinta!! Cinta
itu lebih mendalam daripada sekadar perasaan suka atau gembira. Cinta itulah yang
telah membina seluruh rangkaian hidup di maya pada. Tidakkah engkau lihat,
tanpa cinta tiada agama, tiada keluarga, tiada negara, tiada kehidupan dalam
ertikata yang sebenar.
Wahai jiwa carilah seni yang
mengabungkan di antara rasa keindahan
dengan rasa kesempurnaan dan rasa kemuliaan .Seni yang bernilai tinggi
telah menyebabkan seniman tersungkur di bawah cerpu telapak kaki budi dan etika dengan
kebenaran.Seni yang tinggi nilainya membawa si seniman fana yang hilang kembali
ke datarannya.
Mata ini mula melirik dengan
suasana sekeliling,memerhatikan lautan dengan ombaknya yang bergulung dengan
menghadirkan bunyi yang begitu menenangkan,bukit-bukit dengan warnanya yang
kehijaun.Hembusan bayu pantai menyebabkan pokok-pokok besar mula
menari,pohon-pohon bambu yang ada disekitar mula bergeser antara satu sama lain.Burung-burung
mengembangkan kepaknya terbang dari satu dahan ke satu dahan sambil berkicauan
menghasilkan alunan irama yang mengindahkan.Dedaunan mula mengalirkan air mata
enbunnya yang begitu jernih sehingga menyejukkan mata-mata yang memandang.Wahai
jiwa,apakah ini irama muzik kehidupan?
Kebun-kebun bunga yang tumbuh
mekar menghiasi seri alam dengan berbagai warna bunga,berbagai warna pohon dan buah.Di dekat pohon manggis tumbuh
rambutan,di dekat cengkih tumbuhnya durian padahal tanah setumpuk itu
juga,padahal buahnya terdapat perbezaan.
Lebah-lebah yang berterbangan
mula menyerikan bunga-bunga yang tumbuh mekar tetapi ia menimbulkan
madu.Bunga-bunga itu juga diseri kupu-kupu,padahal dia menimbulkan
sutera.Keindahan bunga yang mekar benar-benar telah menerbitkan rasa tenteram
dalam jiwa apabila melihat rona warnanya yang indah pilihan,merah jambu,merah,hijau,hijau
kekuningan,ungu dan sebagainya yang tak
kuasa tangan manusia menirunya.
Sekuntum bungaan yang
lihat,baunya yang dicium,jambangannya
yang dipelihara dengan perasaan halus mempunyai rahsia-rahsia yang amat
mendalam dan menunjukkan kehalusan ciptaan Tuhan yang menitahkan adanya
ia.Apakah keindahan ini yang ku rasakan?Bunga yang telah kekurangan air,yang
mulai tunduk laksana berhati sedih,yang berserak jatuh ke bumi,terpijak-pijak,menyedarkan
perasaan halus menumbuhkan redha dan cinta dalam hati,terasa hendak berkenalan
dengan pengarang dan pengubahnya.Wahai jiwa,alangkah cantik dan jelitanya
bunga-bungaan ,alangkah halus perasaan yang dibawanya,sehingga ia dijadikan
sebagai alamat kasih!
Wahai jiwa,Mengapakah bunga yang
baru mekar menghadapkan wajahnya kepada cahaya matahari?Apakah hubungan
bunga-bunga itu dengan cinta insan?
Perasaan apakah ini???Adakah alam
semesta mula berbicara??
Alangkah banyaknya keindahan
dalam alam ini.Bertambah direnung,dilihat,bertambah jelas kesatuan pokok dalam
berbagai ranting.Kesatuan hulu dalam berbagai hilir.Alangkah miskinnya hidup
ini,kalau mata terkembang,tapi tak melihat.Telinga terdandang,tetapi tidak
mendengar.
Wahai jiwa,pandanglah langit
bagaimana ia diangkatkan,pandanglah gunung bagaimana ia dipancangkan dan
pandanglah bumi bagaimana ia dihamparkan..
Surah Ali'Imran. Ayat
191.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa
mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami!
Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab
Neraka.
Apabila berdiri di atas bukit dan
merenung ke bawah,kelihatan lembah dan sungai yang mengalir dengan
tenangnya.Suria memancarkan sinar,burung-burung bernyanyi keriangan,ayam
berkokok dan air sungai mengalir menuju lautan.Apabila berdiri di tepi lautan
yang luas itu,berjumpalah pula dengan hijaunya laut dengan hijaunya
langit.Kapal dan bahtera berlayar laksana sabut kecil di antara ombak dan
gelombang yang bergulung-gulung di atas pasir yang putih,terasalah kecilnya
diri dihadapan kebesaran alam.Mata mula memandang ke dasarnya melihat ikan-ikan
berenang dengan bahagianya.Tersimpan begitu banyaknya rahsia di dasar lautan
yang tidak mampu diterokai.Kemudian berlayarlah lagi dengan bahtera yang ada
terlihat pulau yang kecil-kecil,laksana diserakkan di hadapan mata.Didongakkan
kepala ke arah sang suria melihat
pancaran yang panas itu kearah
lautan sehingga menjadi wap.Dan wap diangkat oleh awan ke langit.Setelah
menjadi satu gumpulan mendung ia pun turun ke bumi dengan air mata iaitu
hujan.Dari hujan mengalir sungai.Dibasahi bumi yang kering sehingga
subur.Dibasahi akar-akar kayu,maka mekarlah bunga.
"
Allah, Dialah yang mengirim angin (tahap
pertama), lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit
menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal (tahap kedua);
lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya (tahap ketiga), maka apabila
hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka
menjadi gembira." (Surat ar-Rum: 48).
Tanpa ku sedari air mata mula mengalir dan membasahi
tubuhku.Melihat diri ini berasa begitu kerdil kepada Sang Pencipta.Wahai air
mata, mengalir sepuasmu kerana ketakjubanmu kepada Sang Pencipta..
Menangislah wahai
mata,
Mutiara meriwayatkan cinta,
antara hamba dan Tuhannya,
sendumu meriwayat duka,
jiwa hamba memanggil Pencipta,
Mutiara meriwayatkan cinta,
antara hamba dan Tuhannya,
sendumu meriwayat duka,
jiwa hamba memanggil Pencipta,
Aku mula mengusap airmata dengan tangan ..Terlihatlah akan aku seekor burung yang begitu cantik bertenggek
di dahan.Aku mula memerhatikannya dari awal sehingga ia mulai lesap dari
pandanganku.
Alangkah ajaibnya burung ciptaanMU ya rabbi..burung yang
mampu terbang ribuan kilometer serta berupaya
mengekalkan tenaga dan keupayaan dirinya sepanjang perjalanan.Jika
dilihat kepada diri ku ni,masih memerlukan kelengkapan seperti peta,bekalan makanan,pakaian
dan sebagainya.Tetapi engkau tidak wahai burung?Engkau merentasi benua tanpa
semua itu tanpa perlu peta dan GPS tetapi kau tahu jalan pulangmu dan kau tidak
ada akal jika dibandingku.Sungguh Allah SWT telah menjagamu,Maha Suci Engkau Ya
Rabb.
\
Patutkah mereka menutup mata dan
tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung Yang terbang di atas
mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan
menutupkan sayapnya? tidak ada Yang menahannya (daripada jatuh) melainkan
(kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta
mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.( Surah Al-Mulk:19)
Habisnya perenunganku terhadap
burung tadi,aku mula mendongakkan kepalaku keatas menatap lurus berusaha
menembus hamparan awan dan langit semampuku.Mataku terus menatap tajam menembus
langit biru,Namun,semakin lama aku menatap,aku merasa semakin tidak mampu
menembus cakerawala biru yang terdampar perkasa di atasku,mata terasa letih...,letih,dan letih.Aku terbuai
dalam lamunan keindahan langit.Fikiranku mengandaikan sekiranya aku dapat
menjelajahi angkasa.Mataku yang menatap semakin berkedip kerana letih dan sakit
melihat keagungan langit.
“Di luar sana,menurut para ahli
astronomi,terdapat planet-planet dan juga bintang-bintang yang jauh lebih besar
berjuta-juta kali dari bumi.Namun,mataku tak mampu melihat bintang yang terlalu
besar itu,kerana terletak begitu jauh.Kalau sekarang aku berada di salah satu
planet yang berhampiran dengan bumi,dapatkah aku melihat manusia dan bangunan-bangunan
pencakar langit yang didirikan di bumi ini?Tidak...,aku tak akan mampu.Manusia
dan segala kesombongan dan keangkuhannya akan lenyap dari pandanganku.Jangankan
manusia,bumi tempat berpijak ini pun akan lenyap dari pandanganku..Lenyap tak
bererti.Ke mana mereka?Tak lain kerana hilang,lenyap dan lebur dari
pandanganku.Lebur dalam dakapan langit tak bertepi ini...”
“Diameter alam semesta ini menurut para ahli astronomi dianggarkan sehingga 30 juta tahun cahaya.Cahaya sahaja yang mempunyai kelajuan 300,000,000 meter jarak yang dapat ditempuh dalam satu detik.Jadi berapa jarak yang dapat ditempuh cahaya bila memerlukan waktu sekitar 30 juta tahun!!!
Sementara fikiran terkesima dengan keluasan alam semesta,aku mula bertanya aku dimana??}
Berkurun terukir
sejarah alpa,
manusia dihanyut indah
yang fana,
terlupa pada fitrah
wujudnya,
hanya ditaraf hamba.
Tenggelam pada bisikan
dunia,
tak sedar langkah
mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut
sengketa,
rebut fatamorgana.
Surah AtTalaq. Ayat
012.
Allah yang
menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti
itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan
bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap
meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
|
Airmataku mula mengalir lagi..aku sudah tidak mampu Ya
Allah..Wahai jiwa, Jangan putus asa dalam memohon keampunan kepada allah
(#qãã÷$# öNä3/u %Yæ|Øn@ ºpuøÿäzur 4 ¼çm¯RÎ) w =Ïtä úïÏtF÷èßJø9$# ÇÎÎÈ
Berdoalah kepada
Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. (Surah
al-A’raaf, 7: 55)
Tuhanku, ampunilah hambaMu ini.Sesungguhnya aku sangat
kerdil dihadapanMu..Tidaklah layak aku untuk sombong di muka bumi.. Tuhanku ampunkanlah segala
dosaku,Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu, Tuhanku Kau pimpinlah diri ini,Yang mendamba
cintaMu,Aku lemah aku jahil,Tanpa pimpinan dariMu.. Ya
Allah, aku berlindung dengan redhaMu daripada marahMu.. aku berlindung dengan
'afiatMu (kesejahteraanMu) daripada hukumanMu.. dan aku berlindung denganMu
daripada tindakanMu.. tiada dapatlah aku ini untuk menghitung pujian
kepadaMu..Engkau itu wahai Allah sepertimana yang Engkau puji diriMu... Ya
Allah, perkenankanlah... (HR Muslim)
Wajah dunia sudah bertukar rupa tidak sangka aku
tinggal di sini begitu lama,rehat sekejap kemudian kembali bersandar di pohon
ini..Siang mula hendak menutup tirainya,malam mula untuk menjelma..Kini aku
sudah menemui cebisan hatiku yang telah
hilang..Rasa begitu sayu untuk ku tinggalkan tempat ini.Disinilah aku menemui
keindahan yang cukup berharga lebih berharga daripada 1000 tahun usiaku
dihabiskan mengumpul harta.Alangkah kersangnya hidup itu,kalau kerja pagi
petang,siang malam,hanya menghitung membilang,membagi,membuat
kali-kali.Memperinci ilmu pasti pada alam,tetapi tak meresapkan keindahan yang
ada dalam alam.
“Matahari telah menyebarkan cahaya menerangi bumi
dan memberi rasa kedamaian untuk semua makhluk.Sama ada sedar atau
tidak,matahari penuh dengan sikap
memberi tanpa mengharapkan balasan.Seluruh penjuru alam semesta menunggu
kehadiran sang suria untuk mengawal aktiviti seharian mereka.Matahari akan
terus membakar dirinya sendiri sebagai pengorbanan pada alam ini agar sinar
cahayanya selalu memberi semangat pada kehidupan makhluk bumi.Entah sampai
bila,sang suria akan terus menyeksa diri dengan
membakar dirinya sendiri.Sedangkan matahari semakin hari semakin tua,tidak ada
kenikmatan dirasainya seperti makhluk alam ini menikmati cahayanya setiap
waktu.Setiap hari,dia akan membakar diri sehingga ia akan hancur dan lenyap di
sebalik pengorbanan yang tiada balasan.
Ketika itu,makhluk alam akan
menyedari bahawa sang suria amat bererti dalam hidup mereka.Tanpa cahayanya
bumi akan gelap gelita.Bahkan,kemungkinan segala peradabannya akan hancur dan
lenyap.Ini adalah sebuah cinta yang tidak pernah dibayangkan dan terhakis.
Namun,lain maknannya bagi matahari,membakar diri adalah suatu bentuk pengabdian yang sempurna kepada Sang Pencipta.Walaupun dia tahu dengan membakar diri akan turut memusnahkan dirinya tetapi tidak ada yang paling indah bagi dirinya berbanding dengan kemusnahan dan kembali kepada Sang Penentu Takdir.Ini menggambarkan sebuah kepatuhan pengabdian yang tidak mungkin tergambar oleh kata-kata.Kebahagiaan bagi sang suria di kala setiap bahagian dirinya dibakar dan menjadi cahaya yang menyinari setiap makhluk-Nya.”
Namun,lain maknannya bagi matahari,membakar diri adalah suatu bentuk pengabdian yang sempurna kepada Sang Pencipta.Walaupun dia tahu dengan membakar diri akan turut memusnahkan dirinya tetapi tidak ada yang paling indah bagi dirinya berbanding dengan kemusnahan dan kembali kepada Sang Penentu Takdir.Ini menggambarkan sebuah kepatuhan pengabdian yang tidak mungkin tergambar oleh kata-kata.Kebahagiaan bagi sang suria di kala setiap bahagian dirinya dibakar dan menjadi cahaya yang menyinari setiap makhluk-Nya.”
Bagi matahari,mengenali Sang Kuasa degan mendapati keindahan-Nya
dan diizinkan untuk menyintaiNya sudah lebih daripada cukup sebagai alasan
untuknya.Membakar diri sehingga tiba waktunya ia akan berakhir dengan
kehancuran dan lenyap serta kembali dalam keagungan Sang Maha Kuasa,}“
cÎ) Îû È,ù=yz ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur É#»n=ÏF÷z$#ur È@ø©9$# Í$pk¨]9$#ur ;M»tUy Í<'rT[{ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÉÈ tûïÏ%©!$# tbrãä.õt ©!$# $VJ»uÏ% #Yqãèè%ur 4n?tãur öNÎgÎ/qãZã_ tbrã¤6xÿtGtur Îû È,ù=yz ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚöF{$#ur $uZ/u $tB |Mø)n=yz #x»yd WxÏÜ»t/ y7oY»ysö6ß $oYÉ)sù z>#xtã Í$¨Z9$# ÇÊÒÊÈ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,
dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan,
dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
(Iaitu)
orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka
peliharalah Kami dari azab neraka.(QS.Ali
Imran:190-191)
“Carilah bahagia di
dalam rimba dan belukar,dilurah dan di bukit-bukit,di kebun dan di kayu-kayu,di
daun yang hijau dan bunga yang mekar,di danau dan sungai yang mengalir.Carilah
bahagia pada Sang Suria,yang terbit pagi dan terbenam petang,pada awan yang
sedang berarak dan berkumpul,pada burung-burung yang sedang hinggap dan
sedang terbang,pada bintang-bintang yang
sedang berkelip-kelip,dan yang tetap di tempatnya.Carilah bahagia di kebun
bunga di dekat rumahmu,di bandarnya yang baru dibangunkan di barisan tanamannya
yang baru diatur.Carilah di pinggir sungai sambil bermenung,di puncak-puncak
bukit yang didaki dengan payah,ke dalam lurah yang dituruni.Carilah ketika
mendengarkan akiran air tengah malam,pada bunyi angin sepoi-sepoi basah,pada
persentuhan daun kayu ditengah sawah.Dalam semua saya sebutkan itu tersimpanlah
bahagia sejati yang indah mulia,murni,sakti,yang menyuruh akal
menjalar,menyuruh perasaan menjalar ke dalam keindahan,menghidupkan hati yang
telah mati,mendatangkan ketenteraman yang sejati di dalam lapangan haya”t~Sayid Musthafa Luthfi(‘Majdulin)
Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu
semaikan segala hiasan indah cintaMu
ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku~UNIC Jalan Pulangku
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku~UNIC Jalan Pulangku
Wallahu’alam.
Ditulis dan habis 24 MEI 2012
Rujukan:
Ceramah Dr.Asri.
Pelajaran Agama islam~hamka
Artikel berkenaan Bing Bang dan kajian hubble
Dll...
Pelajaran Agama islam~hamka
Artikel berkenaan Bing Bang dan kajian hubble
Dll...
Bersambung......
Read more...