Bismillahirahmanirahim
Dalam posting kali ini i.allah admin akan berkongsi beberapa perbahasan berikut:
1.
Kenapa Perlu Membaca Tafsir?
2.
Kitab-Kitab Tafsir Pilihan Yang Beredar
Sepanjang Zaman.
3.
Kenapa Tafsir Ibnu Katsir
4.
Siapakah Ibnu katsir?
5.
Pujian Ulama Terhadap Ibnu Katsir.
6.
Pujian Ulama Terhadap Tafsir Ibnu Katsir.
7.
Di Atas Pantai Karya Seorang Mufassir.
·
Kelebihan Tafsir Ibnu Katsir.
·
Kekurangan Tafsir Ibnu Katsir.
8.
Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir Yang Beredar Buat
Masa Sekarang.
9.
Perbandingan Tafsir Ibnu Katsir.
· Apa yang telah dilakukan dalam edisi ringkasan ini?
· Apa yang telah dilakukan dalam edisi ringkasan ini?
10.
Kesimpulan.
1.
Kenapa Perlu Membaca Dan Memahami
Al-Quran?
Sesungguhnya
Allah s.w.t telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi segenap
manusia.Tidaklah ia diturunkan hanya untuk menjadi perhiasan di rak-rak almari
yang berada dirumah,tidaklah juga Al-Quran diturunkan hanya dibaca pada
waktu-waktu tertentu ataupun pada pertemuan-pertemuan tertentu.Tidaklah juga
Al-Quran hanya dibaca dan diambil untuk kepentingan peribadi seperti
diniagakan.Dan tidaklah Al-Quran diturunkan hanya dijadikan tulisan kemudian
menjadi hiasan-hiasan di dinding rumah dengan sesuatu kepercayaan.
Sesungguhnya
Allah s.w.t. menurunkan telah menurunkan
Al-Quran sebagai petunjuk kepada orang yang bertaqwa,pembeza antara yang benar
dan salah,cahaya yang menerangi segenap manusia,roh kehidupan dan kunci
kemuliaan.
Sesungguhnya dengan
tuntuan Al-Qur’an, kita tidak akan menyimpang, lidah orang-orang yang
lemah tidak menjadi tumpul
dan para ulama tidak merasa kenyang untuk menimba ilmu-ilmu langit dariNya.
Barangsiapa
yang berkata berdasarkan
Al-Qur’an, maka dia berkata benar. Barangsiapa mengamalkannya, maka dia pasti akan berjaya dan
mendapatkan pahala yang berlipat dan tidak disangka-sangka.
Sesungguhnya
telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah dan sebuah Kitab
(Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah
menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang
mengikut keredhaan-Nya, dan (dengan al-Qur’an Allah) keluarkan mereka dari
gelap-gelita kepada cahayayang terang-benderang dengan izin-Nya; dan (dengan
al-Qur’an Allah) menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. [al-Maidah 5:15-16]
Wahai umat
manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat
pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk
keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10:57]
Dengan pengaruh Al-Quran tamadun
arab yang tidak mempunyai apa-apa duduk ditengah padang pasir yang hanya
dikelilingi oleh sahara,tetapi sejarah telah mencatatkan dengan tinta emas
seketika dahulu suatu ummat berada ditengah-tengah peradaban besar dunia yang
dibangun dalam hitungan abad,tiba-tiba dalam waktu yang singkat dapat bangkit
dan mengungguli negara-negara yang berkuasa seperti Rom dan Parsi.
Marilah kita sama-sama hari ini
membuat azam yang baru untuk memahami Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai
perlembagaan dan sekaligus petunjuk dalam kehidupan kita.Tidak usah mengatakan
bahawa esokkan baru ingin mula membaacanya,memahaminya dan mentaddabur imaknanya.Hidup
ini adalah pilihan maka segala sesuatu yang telah terjadi dan sedang terjadi
mahupun yang akan terjadi adalah hasil daripada pilihan kita.Jadi ayuh jadikan
pilihan kita untuk berada di bawah Naungan Al-Quran.
2.Kitab-Kitab Tafsir Pilihan Yang Beredar Sepanjang Zaman.
Tiada cara lain untuk memahami
Al-Quran melainkan harus melalui perantara tafsir-tafsir yang dikarang oleh
para ulama.Setiap tafsir yang dikarang oleh para ulama mempunyai kelebihan dan
fokus-fokus yang tersendiri.
Tidaklah tafsir yang tidak saya senaraikan adalah tafsir yang
tidak bagus.Sekali-kali tidak,kerana untuk membanding-bandingkan tafsir yang
mana bagus dan tidak bagus bukanlah menjadi tugas saya kerana saya tidak
memiliki ilmu dalam hal ini melainkan sangat sedikit,akan tetapi antara tafsir
yang dianjurkan para ulama dan para penuntut ilmu(saya fokuskan hanya untuk 20
jenis tafsir) untuk membacanya.
Juteru janganlah kita sempitkan pemikiran dan skop pembacaan
kita,sebagaimana yang dikata al-Qaradawi
hafizahullah: "Kita mengambil
khazanah lama yang masih utuh dan juga tidak meninggalkan perkara2 baru yang
bermanfaat".
Berikut dibawah adalah
tafsir-tafsir yang telah menjadi haruman wangian oleh para penuntut ilmu
sehinggakan dipuji oleh para-para ulama
dalam karya-karya mereka.
1.Tafsir at-Thabari (w. 310 H)
2. Tafsir al-Baghawi (w.516 H)
3. Tafsir al-Zamakhsyari (w. 538 H) - dari aspek
Balaghah
4. Tafsir Al-Qurthubi (w. 671 H)
5. Tafsir Ibnu Kathir (w. 774 H)
6. Tafsir Al-Durr al-Manthur li As-Suyuthi (w. 911 H)
7. Tafsir Fathul Qadir li Asy-Syaukani (w. 1250 H)
8. Tafsir As-Sa'di li Syeikh Abdurrahman
As-Sa'di -(w. 1376 H)
9. Tafsir Adhwa' al-Bayan li Asy-Syinqithi (w. 1393 H)
10.Tafsir Al-Aisar li Al-Jazairi
11. Tafsir al-Qur’an al-Hakim
al-mushtahar bi ism Tafsir al-Manar (w. 1366 H)
12. Tafsir
Ruhul Ma’ani -Muhammad al-Alusi al-Baghdadi –dari aspek I’rab Al-Quran
13. Tafsir Fi Zilalil Qur’an
14. Tafsir Al-Jawaahir fi Tafsiril Qur’an - Syeikh Tantawi
Jauhari
16. Tafsir Al- Maraghi
17. Tafsir Al-Azhar
–Buya Hamka-Sesuai untuk penduduk Nusantara
18. Tafsir Ibnu Abi Haatim
19. Ahkamul Qur’an, Ibnul Araby
20. Tafsir
Fat-hul Bayan (Siddiq Hasan Khan)
(Kesemua Tafsir-Tafsir diatas telah siap diterjemahkan
dalam bahasa Indonesia kecuali no2,3,6,11,12,14(tafsir ini belum diterjemahkan
sebatas pengetahuan penulis)no 15.Belum siap diterjemahkan(dalam Bahasa
Melayu)..no 18 dan no.20.)
(10 Jenis Kitab Tafsir diatas adalah sebagaimana yang dicadangkan oleh moderator arkib.alfikrah.net sekali gus merupakan guru kami.)
Secara ringkas method tafsir terbahagi kepada dua:
{Tafsir Bil Ma'thur
Menafsir al-Qur'an dengan dengan bersandarkan
kepada hadis-hadis, Tabi'in dan Tabi'in-tabi'in. Dalam jenis ini, Tafsir Jami'ul Bayan oleh al-tabari dianggap yang
teragung di mana ianya memuatkan segala kata-kata Sahabat dan Tabi'in beserta
dengan sanadnya sekali. Dan yang terdekat dengan Tafsir al-tabari ialah tafsir Ibnu Kathir.
Tafsir Bil ra'yi
Pentafsiran al-Qur'an dengan mengunakan akal
fikiran. Ada dua jenis tafsiran ini. Pertama, Tafsir
Bil Ra'yi al-Mamduh al-Maqbul yang
masih dapat diterima kerana menurut kaedah-kaedahnya yang betul. Dan kedua, Tafsir Bil Ra'yi al-Mazmum
al-Mardud yang tertolak
kerana unsur rasionalismenya yang ekstrim dan menurut hawa nafsu.}2
Di atas merupakan antara
tafsir-tafsir yang dianjurkan para ulama.Mungkin terdetik dalam hati “fuhh
banyaknya nak kena baca”.Zaman sekarang
merupakan zaman yang penuh dengan kesibukan mungkin kita boleh membahagikan 3
tahap pembacaan dalam membaca tafsir.Di bawah merupakan hanya pendapat peripadi
saya bagi yang kesuntukan masa tetapi hendak mendapat ilmu secara maksimum.
Pembacaan
Kitab Tafsir Peringkat Permulaan:
Mungkin
ada 6 jenis tafsir yang boleh kita buat pilihan untuk baca untuk peringkat yang
pertama.
1.Tafsir
Ibnu Katsir(Mukthasar).
2.Tafisr As-Sa’di.
3.Tafsir Al-Aisar.
4.Tafsir Al-Azhar.
5.Tafsir Muyassar(banyak pengarang antara yang dianjurkan antaranya
Dr.Aidh’Alqarni dan sebagainya.)
6.Tafsir Jalalain
(Kesemua enam-enam tafsir ini telah siap diterjemahkan )
·
Bagi diri saya,saya lebih selesa
untuk memilih Tafsir Ibnu Katsir diantara 6 buah tafsir diatas.
·
(Hal ini tidak bermakna tafsir
yang selebihnya adalah tidak bagus.Tidak!!Tafsir diatas memang bagus sekali
dibaca.Saya telah melihat(meneliti) dan membaca sedikit sebanyak sebahagian
tafsir diatas dan ia sangat baik sekali,malah sebahagian tafsir-tafsir berikut
menjadi rujukan dunia bagi penuntut ilmu dan para ulama.)
·
Bacalah kesemuanya jika anda
mampu.Ini hanya bagi mereka yang
terpaksa membuat pilihan atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan.
·
Cadangan saya mungkin bagi yang
pertama kali hendak mendalami ilmu agama mungkin no.5 Tafsir Muyassar atau no.6
Tafsir Jalalain adalah yang terbaik kerana ia mudah dan dengan penerangan yang
ringkas kita dapat memahaminya.Selain itu,ia tidak berjilid-jilid dalam tempoh
yang singkat kita sudah dapat menamatkan pembacaan.
·
Bagi Tafsir Muyassar Aidh Al-Qarni
ia ditulis dengan bahasa yang agak santai dan sedap dibaca sebagaimana hampir
kepada corak penulisan pada buku beliau La.Tahzan.Edisi terjemahan dihadirkan
dalam 4 jilid.Mungkin ini tidak akan membosakan bagi mereka yang baru hendak
membaca kitab tafsir.
·
Untuk Tafsir Jalalain ia merupakan
tafsir yang sangat ringkas dan merupakan tafsir yang famous digunakan oleh kebanyakkan
pondok.Tafsir ini dihadirkan dalam 2 jilid.Hal ini mungkin dapat dihabiskan
pembacaan dalam masa yang singkat.
·
Bagi yang sudah selalu mengikuti
pengajian kelas-kelas agama di surau dan sebagainya mungkin no.2 Tafsir
As-Sa’di atau no.4 Tafsir Al-Azhar
adalah paling sesuai kerana ia tidak terlalu ringkas dan tidak terlalu
panjang malah bahasa yang digunakan kedua-dua tafsir berikut adalah bahasa yang
agak santai dan mudah untuk dicerna .
·
No 2. Dianjurkan bagi mereka yang
hendak merasa seolah-olah hidup di alam al-quran yang diturunkan dizaman
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat
kerana method yang digunakan adalah tafsir bil ma'tsur(sebagaimana yang telah
diterangkan).Tafsir ini akan membawa ke alam mufassir.(i.allah akan diadkan
tulisan asing untuk membahas tafsir ini.)
·
Manakala bagi mereka no4. Bagi
mereka yang hendak merasai alam al-quran yang sedang berada di sekeliling
mereka tafsir ini adalah tafsir yang baik kerana tafsir ini telas ditulis oleh
ulama nusantara iaitu Hamka.Hamka menggabungkan kedua-dua method diatas bil
matsur dan bil ra’yi.Huraian yang dibawa hamka mudah difahami kerana bahasa
kita sendiri dan bahasa yang digunakan agak falsafah mungkin menjadi daya tarik
bagi mereka yang hendak mendalami falsafah dengan kaedah yang benar.
·
Untuk mereka yang telah terbiasa
mengikuti kelas pengajian dan telah biasa membaca kitab-kitab para ulama
mungkin mereka boleh memilih no 1. Tafsir Ibnu Katsir atau no. 3 Tafsir
Al-Aisar.
·
Tafsir Ibnu Katsir merupakan
tafsir telah merentasi zaman.Ia dicatat dengan tinta emas seolah-seolah ia
menjadi mutiara sepanjang zaman,kilaunnya telah menyinari zaman sehingga
seolah-olah menjadi suatu bacaaan wajib bagi mereka yang kehausan ilmu.(I,allah
telah ditulis artikel untuk membahas Tafsir ini.).Method yang digunakan adalah
method tafsir bil mat’sur.Satu-satunya tafsir yang paling lama telah melebihi 7
abad diantara 6 tafsir yang dianjurkan.Bahasa yang digunakan dengan bahasa yang
ilmiah.
·
Tafsir Al-Aisar tidak kurang
hebatnya,merupakan tafsir yang mengikuti
method tafsir ibnu katsir iaitu bil matsur.Hanya memasukkan hadis yang bertaraf
hasan dan juga shahih.Ditulis oleh ulama besar ketika ini.Tafsir ini telah
menjadi rujukan buat abad ini.Boleh lihat lebih lanjut disini..3
(Mungkin setakat ini penulisan serba
ringkas untuk pembacaan kitab tafsir peringkat permulaan.)
3.Kenapa Tafsir Ibnu
Katsir
Saya
hanya paparkan beberapa sebab mengapa saya memilih Tafsir Ibnu Katsir:
Pertama:Method yang digunakan Ibnu Katsir ialah tafsir
bil matsur iaitu:
1.
Tafsir Al-quran tarhadap tafsir
Al-quran itu sendiri.
2.
Menggunakan sunnah yang merupakan
penjelas Al-quran, bilamana tidak ditemukan ayat lain yang menjelaskan. Ibnu
katsir menjelaskan bahwa imam Syafi’i pernah mengatakan,” setiap hukum yang
ditetapkan rasulullah merupakan hasil pemahaman terhadap Al-quran.
3.
Perkataan para As-shahabah, bila
dalam Al-quran dan sunnah tidak ditemukan pembahasannya. Karena para sahabat
mengetahui banyak sebab-sebab ayat itu diturunkan dan kondisi pada waktu itu.
4.
Pendapat para tabiin bila dalam Al-quran, sunnah dan perkataan
para sahabat tidak ditemui tafsiranya.
Kesimpulannya:
Dalam
memehami Al-Qur'an, seseorang wajib merujuk kepada kaedah-kaedah penafsiran
Al-Qur'an yang benar dan selamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para
ulama generasi awal dari kalangan salaf yang terdiri dari para pembesar
sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in dan para ulama yang mengikuti mereka dengan
baik. Al-Qur'an tidak boleh dan tidak akan dapat difahami hanya berbekalkan
logika dan perasaan. Sebaliknya, Al-Qur'an wajib difahami dengan berpandukan
hadis-hadis Nabi yang sahih dan fatwa-fatwa para sahabat yang mana mereka
menyaksikan sendiri turunnya ayat-ayat Al-Qur'an di masa mereka.
Tidak ada lagi bentuk-bentuk agama
selain dari apa yang difahami dan disampaikan oleh mereka. Kerana apa yang
difahami dan diamalkan oleh mereka dari agama Islam, sudah sangat-sangat
memadai dan itulah yang terbaik. Kerana apa yang diamalkan oleh mereka, itulah
yang mendapat restu dan pembenaran secara langsung daripada Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam. Dan bentuk-bentuk amalan (sandaran beragama) selain dari
itu, maka ia adalah suatu yang asing lagi tertolak disebabkan agama ini telah
pun sempurna dan mencukupi sebagaimana yang difahami oleh golongan terbaik
bernama sahabat.
‘Abdullah
B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:
مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُسْتَنًّا
فَلْيَسْتَنَّ بِمَنْ قَدْ مَاتَ فَإِنَّ الْحَيَّ لَا تُؤْمَنُ عَلَيْهِ
الْفِتْنَةُ أُولَئِكَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَبَرُّ هَذِهِ الْأُمَّةِ قُلُوبًا وَأَعْمَقُهَا عِلْمًا وَأَقَلُّهَا
تَكَلُّفًا قَوْمٌ اخْتَارَهُمْ اللَّهُ لِصُحْبَةِ نَبِيِّهِ وَإِقَامَةِ دِينِهِ
فَاعْرِفُوا لَهُمْ حَقَّهُمْ وَتَمَسَّكُوا بِهَدْيِهِمْ؛ فَإِنَّهُمْ كَانُوا
عَلَى الْهُدَى الْمُسْتَقِيمِ
“Sesiapa di antara kamu mengikuti
sunnah (bimbingan), maka ikutilah jejak bimbingan orang yang telah wafat kerana
orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para sahabat
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik
hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa
terbeban dengan syari’at). Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk
berdampingan dengan Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan
dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka, dan ambillah akhlak serta agama mereka
kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus.” (Ibnu
‘Abdil Bar, Jaami’ al-‘Ilm wa Fadhlihi, m/s. 368. Ibnu Taimiyyah, Majmu’
al-Fatawa, 3/126, 4/138, 4/158, 11/368, 11/573. Ibn al-Qayyim, I’lam
al-Muwaqqi’in, 2/202-203)
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ
الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ
تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ
“Sebaik-baik manusia adalah pada
kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka.
Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari, 9/133, no. 2458)
Di dalam Al-Qur'an, Allah
mengiktiraf dan menyeru kita semua agar mengikuti jejak-jejak mereka. Maksud
firman Allah Ta'ala:
“Orang-orang
yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari
golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan
baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah
menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka
kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9:
100)
Kedua
:Ibnu Katsir merupakan seorang huffaz.Beliau telah mengusai ilmu hadis baik
dari segi sanad mahupun matan.Beliau dapat membezakan yang mana hadis lemah dan
tulen.
Ketiga:Perhatian
besar para ulama dan penuntut ilmu terhadap karya ini sehinggakan begitu banyak
tahqiq(tahqiq yang menjadi pilihan adalah tahqiq oleh Muhaddist Abu Ishaq Al
Huwaini hafizahullah) dan muktasar yang dilakukan.
4.Siapakah Ibnu katsir?
Sebelum
membahaskan kenapa saya memilih Tafsir Ibnu Katsir,eloklah kita mengenali
peribadi yang menjadi mutiara-mutiara yang menyinari alam ini.Sehingga namanya
dicatit dalam lembaran sejarah.Jika para bangsawan hanya diabdikan di sepanjang
nama lorong,jalan ataupun sebagai nama sekolah.Tetapi!! Saksikanlah bahawa
mereka para ulama yang ikhlas menuntut ilmu dan menyampaikannya hanya
mengharapkan keredhaan Allah,nama mereka diabdikan sepanjang zaman,sering
disebutkan oleh penuntu ilmu dan didoakan oleh mereka dengan
rahimahullahutaala.
Perjalanan
Hidup Ibnu Katsir
Ibnu Katsir ataupun Abul Fidâ
‘Imaduddin Isma’il bin Syeh Abi Haffsh Syihabuddin
Umar bin Katsir bin Dla`i ibn Katsir bin Zarâ` al-Qursyi al-Damsyiqi. Ia di
lahirkan di kampung Mijdal, daerah Bashrah sebelah timur kota Damaskus, pada
tahun 700 H. Ayahnya berasal dari Bashrah, sementara ibunya berasal dari
Mijdal. Ayahnya bernama Syihabuddin Abu Hafsh Umar ibn
Katsir. Ia adalah ulama yang faqih serta berpengaruh di daerahnya. Ia juga
terkenal dengan ahli ceramah. Hal ini sebagaimana di ungkapkan Ibnu Katsir
dalam kitab tarikhnya (al-Bidâyah wa al-Nihâyah). Ayahnya lahir sekitar tahun
640 H, dan ia wafat pada bulan Jumadil ‘Ula 703 H. di daerah Mijdal, ketika
Ibnu Katsir berusia tiga tahun, dan dikuburkan di sana.
Ibnu
Katsir telah belajar kepada dua Syaikh Besar di Damaskus, iaitu Syaikh
Burhanuddin Ibrahim Abdurrahman al-Fazzari (w. 729) terkenal dengan ibnu
al-Farkah, tentang fiqh syafi’I,kemudian belajar ilmu ushul fiqh
ibn Hâjib kepada syaikh Kamaluddin bin Qodi Syuhbah.
Ibnu Katsir juga sangat
tertarik terhadap ilmu hadits. Bakatnya dalam bidang keilmuan yang cukup rumit
itu terasah dengan baik ketika ia belajar kepada Jamaluddin al-Mizzi, ahli
hadits kenamaan di Syiria yang belakangan menjadi mertuanya. Selain itu juga
berguru kepada Al-Wani, yang memberinya ijazah sanad-sanad hadits dari ulama
Hijaz. Selain itu, ia juga sempat belajar kepada Syaikhul Islam Ibnu Taymiyyah
dan muridnya Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah.
Karena keahlian dalam
dua ilmu tersebut, dalal usia tiga puluhan Ibnu Katsir telah memperoleh
kedudukan yang mulai di tengah kaumnya. Tahun 1348, ia diminta menggantikan
gurunya, Az-Zahabi, untuk mengajar di Turba Umm Salih. Tujuh tahun kemudian,
1355, ia bahkan diangkat menjadi kepala Dar al-Hadis al-Asyrafiyah, sebuah
madrasah khusus ilmu-ilmu Hadits yang baru saja ditinggal wafat Hakim Taqiuddin
As-Subki.
Genap usia tujuh puluh
empat tahun akhirnya ulama ini wafat, tepatnya pada hari Kamis, 26 Sya’ban 774
H. Ia di kuburkan di pemakaman shufiyah Damaskus, disisi makam guru yang sangat
dicintai dan dihormatinya yaitu Ibnu Taimiyah
5.Pujian Ulama
Terhadap Ibnu Katsir.
Pengakuan muridnya sendiri mengatakan, “Ibnu Katsir
adalah ulama yang mengetahui matan hadits, serta takhrij rijalnya. Ia
mengetahui yang shahih dan dha’if”.
Guru-guru mahupun sahabat beliau
mengetahui, bahwa beliau bukan sahaja ulama yang berkaliber dalam bidang
tafsir, juga hadits dan sejarah. Sehinggakan al-Dzahabi, tidak ketinggalan memberikan sanjungan kepada Ibnu Katsir, “Ibnu Katsir adalah seorang mufti, muhaddits, juga ulama yang faqih dan
kapabel dalam tafsir”.
Ibnu hubaib
yang menyebutnya sebagai, “ pemimpin para
ahli tafsir, menyimak, menghimpun dan menulis buku. Fatwa-fatwa dan ucapannya
banyak didengar hamper diseluruh pelosok. Ibnu katsir banyak tersohor karena
kecermatan dan tulisannya. Ia merupakan pakar dalam bidang sejarah, hadist dan
tafsir.
Para ulama sepakat akan keluhuran ilmu Ibnu katsir, terutama
dalam bidang Al-quran. Seorang murid ibnu katsir mengatakan. “ dari ulama yang
ada di zaman ini, Ibnu katsir merupakan orang yang terbaik dalam mengahafal
hadits dan yang paling mahir dalam meneliti tingkat kebenaran dan kapasitas rawi
suatu hadits.
Hafizh
Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata bahwa beliau adalah seorang yang disibukkan dengan
hadits, menelaah matan-matan dan rijal-rijal (perawinya), ingatannya sangat
kuat, pandai membahas, kehidupannya dipenuhi dengan menulis kitab, dan setelah
wafatnya kita dapat mengambil manfaat yang sangat banyak dari karya-karyanya.
Ahli sejarah yang
terkenal dengan nama Abul Mahasin Jamaluddin Yusuf Ibnu Saifuddin yang terkenal
dengan nama Ibnu Taghri Bardi
berkata dalam kitabnya al-Manhalush Shaafii wal Mustaufa ba’ dal Woofi,
“Beliau adalah syaikh
imam al-’ Allamah’ Imaduddin Abul Fida’, ulama yang banyak berkarya) terus
bekerja, meraup ilmu dan menulis, pakar dalam bidang fiqih, tafsir dan
hadis.Beliau mengumpulkan, mengarang, mengajar, menyampaikan hadis dan menulis.
Beliau memiliki penelaahan yang luas dalam ilmu hadis, tafsir, fiqih, bahasa
Arab dan ilmu-ilmu lainnya. Beliau mengeluarkan fatwa dan mengajar hingga
beliau wafat, semoga Allah merahmati beliau. Beliau dikenal sebagai uiama yang
memiliki hafalan yang kuat dan tulisan yang bagus. Ia telah mencapai puncak dalam
ilmu sejarah, hadis dan tafsir.
Salah
seorang muridnya, Syihabuddin
bin Hajj berkata, "Beliau
adalah seorang yang paling kuat hafalannya yang pernah aku temui tentang matan
(isi) hadits, dan paling mengetahui cacat hadits serta keadaan para perawinya."
6.Pujian
Ulama Terhadap Tafsir Ibnu Katsir.
Kitab beliau dalam
bidang tafsir yaitu Tafsir
al-Qur’an al-‘Azhim menjadi
kitab tafsir terbesar dan tershahih sepanjang masa, bahkan hingga saat ini, di
samping kitab tafsir Muhammad
bin Jarir ath-Thabari.
Muhammad Nasib
ar-Rifa’i(peringkas
tafsir ibnu katsir I.allah akan dibabahaskan dibawah dalam perbandingan
cetakan.) saat memberi pengantar buku Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir ini: “Buku
ini memudahkan kita dalam memahami berbagai tujuan Allah, sehingga
makna-maknanya yang tinggi menjadi rendah, mudah untuk dipetik dan berada dalam
jangkauan mayoritas pencari ilmu, termasuk jangkauan para pemula.”
Imam
asy-Syaukani -pakar ilmu Tafsir- mengatakan
bahwa Tafsir Ibnu Katsir adalah salah satu kitab tafsir terbaik, jika
dibolehkan, bisa dikatakan sebagai tafsir terbaik, dari kitab-kitab tafsir yang
ada.
Imam
as-Suyuthi menilai
tafsirnya menakjubkan, belum ada ulama yang menandinginya.
Syeikh
Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dalam bukunya
"al-‘Ilmu" menganjurkan penuntut ilmu membaca Tafsir al-Qur’anil
‘Azhim atau yang lebih dikenal dengan Tafsir Ibnu Katsir.
Kata Syeikh Abdul Malik bin Muhammad al Qasim
: "Tafsir Ibnu Kathir yang ada di hadapan kita, berapa jumlah umat Islam
yang membacanya? Kelupaan telah melipatnya. Debu telah menyelimutinya di sisi
para pemilik perpustakaan. Adapun mereka (para Salaf), mereka adalah orang-orang
yang bersungguh-sungguh dan sabar. [ruj : Waratsatul Anbiya']
Rasyid
Ridha berkomentar “ Tafsir ini merupakan tafsir paling masyhur
yang memberian perhatian besar pada riwayat-riwayat dari para mufassir salaf,
menjelaskan mana-mana ayat dan hukumnya, menjauhi pembahasan masalah I’rab dan
cabang-cabang balaghah yang pada umumnya dibicarakan secara panjang lebar oleh
kebanyakan mufassirin, menghindar dari pembicaraan yang melebar pada ilmu-ilmu
lain yang tidak diperlukan dalam memahami al-Qur’an secara umum atau hukum dan
nasihat-nasihatnya secara khusus.”
Imam Suyuthi (w.911)
berkata mengenai tafsir ibnu katsir, “lam yu-laf ‘alâ namthihi mitsluhu“( belum
pernah ada kitab tafsir yang semisal dengannya).
Kata Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah:
"Saya sendiri bersesuaian dengan
fitrah keilmuan dan pengetahuan saya berkaitan kitab-kitab dan khazanah
peninggalan sejarah Islam yang agung, sebenarnya tidak gemar meringkaskan
kitab-kitab atau melakukan perubahan di dalamnya. Akan tetapi saya dihadapkan
dengan keperluan dan kepentingan yang mendesak untuk mendekatkan corak
pemahaman tafsir kepada para pembaca di peringkat menengah yang memiliki
wawasan ilmu, yang mana mereka masih tidak mampu menela'ah dan menyerap
ilmu-ilmu pengetahuan yang bermanfaat secara benar lagi mendalam, dan mereka
yang belum benar-benar mengerti tentang istilah-istilah yang diguna-pakai oleh
para ulama dalam disiplin ilmu. Demikian juga untuk para penuntut ilmu Islam di
pelbagai penjuru alam Islami. Untuk itu, saya pun merasa amat perlu
melakukannya." (Mukaddimah 'Umdatut Tasir 'an Al-Hafiz Ibn Katsir)
Syaikh
Muhammad Shalih al-Uthaimin :Kitab Tafsir al-Qur’an al-Azhim, karya Ibnu Kathir. Ini adalah kitab
yang bagus dalam masalah tafsir dengan athar (riwayat), bermanfaat dan aman,
tetapi kandungan i’rab dan balagahnya sedikit.
Syaikh Al Albani
-Dalam bidang tafsir hendaklah ia biasakan membaca kitab Tafsir al-Qur'an al-Azhimkarya
Al-Hafiz Ibnu Kathir, meskipun pada bahagian-bahagian tertentu terdapat
perbahasan yang panjang, namun kitab
ini adalah kitab tafsir yang paling sahih di zaman ini.
7.Di
Atas Pantai Karya Seorang Mufassir
Kelebihan Tafsir Ibnu Katsir
1.Sebagaimana telah diterangkan method yang digunakan dalam
menafsirkan ayat alquran.
2. Beliauu memberikan
perhatian yang mendalam terhadap apa yang telah ditafsir oleh mufassir salaf
dan menjelaskan makna-makna dan hukumnya.
3.Perhatian
yang sangat besar dengan penafsiran antara Al-quran dengan Al-quran.
4.Merupakan
tafsir yang paling banyak memuat atau memaparkan ayat-ayat yang bersesuaian maknanya,
kemudian diikuti dengan penafsiran ayat dengan hadist marfu’ yang ada
relevansinya dengan ayat yang sedang ditafsirkan serta menjelaskan apa yang
dijadikan hujjah dari ayat tersebut. Kemudian diikuti pula dengan atsar para
sahabat dan pendapa tabiin dan ulama’ salaf.
5.Disertakan
selalu peringatan akan cerita-cerita Israilliyat yang tertolak (mungkar) yang
banyak tersebar di dalam tafsir-tafsir bil ma’tsur. Baik peringatan itu secara
global atau mendetail.
6.Bersandar
pada riwayat-riwayat dari sabda Nabi S.A.W para sahabat dan tabiin.
7.Keluasan
sanad-sanad dan sabda-sabda yang diriwayatkan serta tarjihnya akan
riwayat-riwayat tersebut.
8.Penguasaan
terhadap ayat-ayat nasikh mansukh, serta serta pengusaannya terhadap sahahih
dan sakimnya jalan –jalan riwayat.
9.Penjelasaanya
dalam segi i’rab, dan istimbatnya tentang hukum-hukum syar’ie dan ayat-ayat
Al-quran.
10.Tidak mengandung permusuhan,
golongan dan mazdhab. Mengajak pada persatuan dan mencari kebenaran bersama.
Kekurangan Tafsir Ibnu Katsir
1.
Kurang membahas masalah I’rab dan
ketatabahasaan dalam menafsirkan aat-ayat dalam Al-Qur’an.
2.
Terdapatnya sejumlah Isroilliyat,
sekalipun ia mengingatkanya, namun tanpa penegasan dan penyelidikan
(Dalam membahas kelebihan dan kekurangan Tafsir Ibnu Katsir saya banyak mengambil manfaat dari artikel yang ditulis oleh Mukhtar Zaini Dahlan.)
8.Terjemahan Tafsir
Ibnu Katsir Yang Beredar Buat Masa Sekarang
I.allah
di sini saya akan nyatakan beberapa buah
terjemahan kitab Tafsir Ibnu Katsir yang telah tersebar pada masa kini kesemuanya
dalam bahasa indonesia yang boleh difahami.
1) Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i adalah edisi terjemahan bagi kitab Lubaab Tafsir min Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan tahqiq dan peringkasannya oleh Dr.'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh hafizahullah.Hadir dalam 10 jilid bagi edisi ekonomi dan 6 jilid edisi lux.
2.Mukhtashar (Ringkasan) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Darus Sunnah adalah edisi terjemahan bagi 'Umdatut Tafsir 'an Al-Hafiz Ibnu Katsir yang diusahakan oleh Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah.Hadir baru dalam beberapa jilid belum selesai diterjemahkan secara lengkap.
3) Sahih
Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka Ibnu Kathir.
Hadir dalam 9 jilid. Ini merupakan terjemahan bagi kitab Misbahul Munir fi Tahdzib Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan oleh
sekumpulan ilmuan yang diketuai oleh Syeikh Al-Mubarakfuri.
4) Ringkasan
Tafsir Ibnu Katsir terbitan Gema Insani Press.
Hadir dalam 4 jilid tebal. Edisi ini merupakan terjemahan bagi kitab Taisir al-'Aliy al-Qadir li Ikhtisar Tafsir
Ibn Katsir yang diusahakan oleh Syeikh Nasib Al-Rifa'i hafizahullah.
5) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Pustaka Algesindo.Merupakan terjemahan lengkap dari teks asli tanpa
tahqiq,ta’aliq dan sebagainya.Ia diterjemahkan dari kitab yang asli.Hadir dalam
30 jilid dan dalam bentuk buku yang
kecil.Terjemahan ini tidak sangat dianjurkan.
6)Tafsir Ibnu Katsir terbitan Victoria Agency.Terjemahan ini merupakan terjemahan yang sering di lihat di Malaysia suatu ketika dulu.Tetapi terjemahan ini sangat-sangat tidak dianjurkan.(i.allah akan diterangkan mengapa untuk terjamahan no.5 dan no.6)
9.Perbandingan Terjemahan Penerbit
Kitab Tafsir Ibnu Katsir.
Sebelum
saya memulakan membuat perbandingan keatas 4 buah jenis kitab Tafsir Ibnu
Katsir dari no.1 sehingga no.4,eloklah saya menyatakan sebabnya mengapa saya
tidak menganjurkan terjemahan no.5 dan no.6.
5) Tafsir Ibnu Katsir terbitan Pustaka Algesindo.Merupakan terjemahan lengkap dari teks asli tanpa
tahqiq,ta’aliq dan sebagainya.Ia diterjemahkan dari kitab yang asli.Hadir dalam
30 jilid dan dalam bentuk buku yang kecil.Terjemahan ini tidak sangat
dianjurkan.
1)Sebab
yang paling utama saya tidak memilih tafsir ini adalah disebabkan tafsir ini
hadir dalam versi asal iaitu tanpa tahqiq(penelitian terhadap sesuatu hadis)
dan takrij(mengeluarkan dan memisahkan antara
hadits yang shohih, hasan dhoif dan palsu atau mungkar dalam suatu kitab
kumpulan hadits).Sebagaimana
yang telah terdapat dalam kitab ibnu katsir yang asli,ibnu katsir telah membawa
hadis-hadis dengan sanad-sanad sekali yang merupakan sesuatu yang tidak penting
bagi mereka yang hanya ingin mendapat manfaat bukan untuk mengkaji.Ibnu Katsir
juga telah membawa hadis-hadis yang shahih dan dhaif disamping juga
isralliyat.(i.allah hal ini akan diterangkan dengan lebih jelas dalam tajuk
yang berikutnya.)
2)Susunan
Bab yang tidak teratur ,justeru ia mempersulitkan untuk bagi mereka yang ingin
membaca.
3)Terdapat
isralliyat(kisah-kisah bani Israel) walaupun Ibnu Katsir tegas dalam hal ini.
4)Terjemahan
bahasa Indonesia yang agak pekat sehingga menyebabkan sebahagian penduduk
Malaysia sukar untuk memahami.
5)Telah
hadir edisi ebook secara percuma.Oleh itu para pembaca dapat memabaca sedikit
terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.Anda boleh dapatkan di
link berikut(salah satunya dan boleh di search di google):
http://www.ahmadzainuddin.com/id/component/content/article/36-ut/126-free-download-kitab-terjemahan-tafsir-ibnu-katsir-gratis-
http://www.ahmadzainuddin.com/id/component/content/article/36-ut/126-free-download-kitab-terjemahan-tafsir-ibnu-katsir-gratis-
6)Tafsir
Ibnu Katsir terbitan Victoria Agency.Terjemahan ini merupakan terjemahan yang
sering di lihat di Malaysia suatu ketika dulu.Tetapi terjemahan ini
sangat-sangat tidak dianjurkan.
1)Sebenarnya
alasannya lebih kurang sama sebagaimana alasan tidak memilih terjemahan no.5
akan tetapi yang paling tidak menyenangkan ialah kualiti terjemahan yang
dipersembahkan.Seolah-olah ia menjadi seakan kitab penterjemah,banyak ayat-ayat
yang bukan berasal dari Ibnu Katsir telah ditambah.(Hal ini diperkatakan oleh
guru saya tetapi cukuplah alasan tiada
tahqiq,tahkrij dan taa’liq terhadap kitab ini untuk tidak memilih terjemahan
versi ini.)
·
Apa yang telah dilakukan dalam edisi ringkasan ini?
1.Setiap
hadis atau riwayat/atsar diberikan rujukan/nota kaki. Hadis-hadisnya ditakhrij
bagi memudahkan rujukkan dan memberi keyakinan kepada pembaca
2.Hadis-hadis
yang tidak sahih (dhoif atau maudhu') dikeluarkan dari kitab ini(sebahagian
edisi terjemahan hanya mencantumkan dlm 6% tetapi dinyatakan ia adalah hadis
lemah). Dan dibiarkan hanya hadis/riwayat yang sahih dan hasan sahaja, serta
riwayat-riwayat yang maqbul (diterima).
3..Menafsirkan lafadz-lafadz yang
ditulis dalam kitab ini yang sulit difahami maksudnya oleh para penuntut ilmu.
4.Menghilangkan israiliyat, cerrta,
dan kisah yang tidak benar dan tidak berkaitan dengan maksud dari ayat
al-Qur-an.
5.. Adapun ayat-ayat al-Qur’an yang
terdapat di sela-sela tafsir telah diberi harakat sesuai dengan mushaf dan
diberi tanda kurung, khusus untuk ayat-ayat al-Qur’an yang diambil dari mushaf
yang telah diprogram dalam komputer.
6..Pada bagian atas halaman
dicantumkan nama surat dan nombornya serta nombor ayat untuk memudahkan
rujukan.
7.Meletakkan bab bagi setiap ayat
yang ditafsirkan agar mudah bagi para pemabaca untuk mencarinya.
8.Menghilangkan nama-nama rijal
sanad (perawi-perawi hadits) kecuali nama teratas dari paling bawah, misalnya
Abu Hurairah dan al-Bukhari. Dan mungkin membiarkan sebagian sanad karena
susunannya tidak dapat untuk dihilangkan.
9. Menghilangkan hadits yang
biasanya diulang berkali-kali, yang saya anggap pengulangan itu tidak membawa
banyak manfaat
10.Memberi
nota kaki bagi sebahagian ayat yang memerlukan rincian yang lebih mendalam.
(Kesemua 10 point
ini berlaku kepada keempat-empat jenis ringkasan Tafsir Ibnu Katsir.)
·
Perbandingan
Tafsir Ibnu Katsir
Saya tidak akan
membuat perbandingan secara mendalam kerana saya belum memiliki kesemua kitab
tafsir tersebut.Saya hanya dapat perbandingan sebatas maklumat saya dapati dan
pembacaan saya sekadar melihat-lihat sahaja kesemua kitab dibawah ini kecuali
yang penerbit Pustaka Imam Syafi’I kerana saya telah memiliki 2 tahun lepas.Kesemua
penerbit dibawah adalah penerbit yang telah terkenal dengan kualiti terjemahan
mereka dan editting.
1) Tafsir Ibnu Kathir terbitan Pustaka
Imam Asy-Syafi'i adalah
edisi terjemahan bagi kitab Lubaab
Tafsir min Tafsir Ibnu Kathir yang diusahakan tahqiq dan peringkasannya
oleh Dr.'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh
hafizahullah.Hadir dalam 10 jilid bagi edisi ekonomi dan 6 jilid edisi lux.
·
Kelebihan terbitan ini ialah kerana
kualiti yang dipersembahkan baik dari segi terjemahan,editor,kertas,kulit buku
dan sebagainya.Penerbit Imam Syafi’I telah lama terkenal akan kualiti yang
dipersembahkan(hal ini tidak bermakna terbitan lain adalah tidak
bagus,tidak,Cuma branding yang dibina terbitan ini lebih terserlah.)
·
Terjemahan ini lebih mendekati
terjemahannya yang asli,kerana ayat-ayat yang ditulis oleh Ibnu Katsir
dikekalkan.Justeru ia lebih mendekati kepada keaslian kitab.
·
Bahasa yang dipersembahkan adalah
bahasa yang cukup baik seakan-akan ia adalah Bahasa Melayu.Saya rating 9.1
untuk bahasa.
·
Kitab ini juga telah disarankan dan
sering dibawa oleh Ust.Zahazan suatu ketika tahun 2010 ketika beliau beri
ceramah.(begitu juga dengan Shahih Tafsir Ibnu Katsir.)
·
Kekurangan kitab ini ialah boleh
dikatakan terlalu ringkas jika dibandingkan kesemua empat-empat
kitab.Penafsiran yang telah di tafsir tidak akan ditafsir lagi.(pentahqiq akan
menyatakan bahawa ayat sekian-sekian telah di tafsir surah sekian-sekian,tidak
diberitahu ayat keberapa.Walau bagaimanapun saya masih menyukai tafsir terbitan
ini.)
·
Muqaddimah Ibnu Katsir dalam kitab ini telah dibuang.
·
Penyusunan bab kitab ini bagi saya
ia sudah cukup amat baik akan tetapi Shahih Ibnu Katsir lebih baik kerana ia
lebih ditujukan kepada orang awam.
·
Siapa yang sesuai untuk memiliki kitab ini?Kitab ini lebih
sesuai kepada mereka yang penuntut ilmu yang mementingkan keaslian kitab
sebenar kerana perbahasan-perbahasan khilafiah tidak dibuang seperti penafsiran
yang terdapat disurah An-Najm ayat 32 .
·
Selain itu ia juga seusai untuk
dijadikan sumber rujukan yang kuat.
·
Tafsir terbitan ini juga telah
dipuji oleh Ketua Majlis Ulama Indonesia
"Tafsir bil Ma'tsur terbaik? Tentu Tafsir Ibnu Katsir. Terjemahannya yang Terbaik? Hemat saya, karya tim Pustaka Imam Asy-Syafi'i terjemahannya bebas, luwes, pas, namun tetap loyal pada isi dan subtansi." (Prof. Dr. Roem Rowi, MA. Ketua MUI Jawa Timur, th. 2000-2005)
"Tafsir bil Ma'tsur terbaik? Tentu Tafsir Ibnu Katsir. Terjemahannya yang Terbaik? Hemat saya, karya tim Pustaka Imam Asy-Syafi'i terjemahannya bebas, luwes, pas, namun tetap loyal pada isi dan subtansi." (Prof. Dr. Roem Rowi, MA. Ketua MUI Jawa Timur, th. 2000-2005)
·
Kitab ini juga telah hadir versi
ebook(belum lengkap) mungkin para pembaca boleh membaca terlebih dahulu.
http://www.scribd.com/doc/465273/Tafsir-Ibnu-Katsir-I-1200
http://www.scribd.com/doc/465273/Tafsir-Ibnu-Katsir-I-1200
2.Mukhtashar (Ringkasan) Tafsir
Ibnu Katsir terbitan Darus Sunnah adalah edisi terjemahan
bagi 'Umdatut Tafsir 'an Al-Hafiz Ibnu
Katsir yang diusahakan oleh Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah.Hadir baru
dalam beberapa jilid belum selesai diterjemahkan secara lengkap.
·
Ringkasan ini sememangnya telah
menjadi idaman saya dan para penuntut ilmu yang lain.Sayangnya ketika itu kitab
ini masih belum diterjemah, ia mula diterjemahkan pada akhir bulan 2011.
·
Ringkasan ini telah dilakukan oleh
seorang ulama yang cukup hebat iaitu pentahqiq dan syarah kepada Musnad Imam
Ahmad yang terdiri daripada pulahan jilid iaitu Syaikh Ahmad Syakir r.h.m
·
Syaikh Ahmad Syakir rhm merupakan
ahlu hadis yang cukup hebat(sebenarnya kesemua 4 ringkasan ini telah dilakukan
oleh ulama hadis yang cukup hebat ).Cuma saya lebih menyukai takhrij hadis yang
dipersembahkan oleh Syaikh Ahmad Syakir rhm.
·
Jika anda seorang yang sangat
meminati bidang hadis maka ringkasan ini yang harus ada miliki kerana
·
Penulisan teks dan tahqiq yang lengkap;
menuliskan semua hadits-hadits yang shahih dan semua ayat-ayat yang menjadi
syahid (pendukung); menyebutkan perawi hadits dengan dilengkapi sumber hadits;
menjelaskan kekeliruan-kekeliruan yang ada, baik yang berhubungan dengan nama
orang, peristiwa, dan lainnya; serta hanya mencantumkan hadits-hadits yang
shahih saja.
·
Bahasa yang dipersembahkan adalah agak
keindon-indoan tetapi tidak terlalu pekat dan boleh difahami.Bahasa yang
digunakan baik sekali jika saya boleh rating saya rating 8.9 dari segi bahasa.
·
Cuma jumlah jilid ringkasan yang dipersembahkan
agak banyak ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk habis kerana Syaikh Ahmad
Syakir rhm banyak membuat tambahan ilmiah bagi menjelaskan lagi hal-hal yang
samar.
·
Syaikh Muhammad bin
Khali hafizahullah mencadangkan juga ringkasan tafsir Ibnu Kathir, Umdah
at-Tafasir karangan Syeikh Ahmad Syakir.
·
Para ulama menyatakan bahawa tahqiq
dan muktashar (ringkasan) Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah ke atas Tafsir Ibnu
Katsir ini sebagai antara tahqiq dan mukhtashar terbaik setakat ini berbanding
edisi-edisi lainnya. Beliau memastikan hanya hadis-hadis atau riwayat-riwayat
yang sahih dan hasan sahaja yang dipersembahkan oleh edisi ini. Walaupun
demikian tidak setiap hadis yang dhaif (lemah) dikeluarkan apabila di sana ada
keperluan bagi menjelaskan tarjih asal milik al-hafiz Ibnu Katsir dan bagi
mehilangkan syubhat.
·
Siapa yang patut miliki kitab ini?Kitab ini
seharusnya dimiliki bagi mereka penuntut ilmu yang meminati bidang hadis dan
mementingkan keaslian kitab yang asal maka ini adalah pilihan terbaik antara
semua(bagi pendapat saya).
·
Dari segi penyusunan bab maka bagi
saya kitab terbitan ini adalah paling terbaik antara semua.
·
Setiap perbahasan (penafsiran)
diberikan dan dipisahkan (dibezakan) dengan perletakkan tajuk bagi tujuan
memudahkan pemahaman dan pencarian.
·
Antara kekuatan terbitan ini ialah catatan
nota kaki yang baik.
·
Corak penyampaiannya begitu mudah
dan mesra pembaca dan mudah difahami.
·
Bahasa yang digunakan mendekati
kepada bahasa melayu sebagaimana terbitan Pustaka Imam Syafi’I maka dengan itu
saya menilai bahasanya 9.2.
·
Syeikh
Syafiyyurahman al-Mubarakpuri(seorang ulama hadis yang cukup hebat pemilik kitab
tuhfatul awadzi-syarah sunan tirmidzi) telah memipin satu tim iaitu Tim
Rabithah Alam al-Islami dalam melakukan ringkasan ini.
·
Sebagaimana
yang ditegaskan bahawa method yang digunakan dalam meringkaskan tafsir ini
adalah untuk dipersembahkan kepada orang awam.Maka terdapat beberapa tempat
yang dibuang penafsiran Ibnu Katsir sepertimana yang penafsiran dalam surah
An-Najm ayat 32.
·
Kerana apa yg
dibuang oleh Syaikh al-Mubarakfoori rhm
adalah sesuatu yang baik .Hal ini kerana sebahagaian tempat Ibn
Kathir hanya memuatkan memuatkan qaul
madzhabnya sahaja iaitu al-Syafi’I dalam sebahagian penafisirannya padahal hal
ni perlu kepada perbahasan lebih jauh dengan melihat kepada kitab-kitab fiqh.
Maka apa yang dilakukan oleh Syaikh
al-Mubarakfoori dengan membuangnya,supaya tafsir Ibn Kathir kembali kepada landasan
asal, bebas dari pengaruh madzhab
·
Siapa yang patut memiliki terbitan ini?Terbitan ini
harus dimiliki bagi mereka yang ingin kitab tafsir yang mesra pembaca khususnya
orang awam atau bagi mereka yang baru ingin mula membaca tafsir kerana ia
lebih ringkas, dan setiap perbahasan dibahagikan mengikut tajuk oleh mudah bagi
mereka yang ingin faham.(Strongly suggest bagi mereka
yang hendak miliki tafsir.)Tamabahan kitab ini juga telah ada indeks al-quran
yang khusus.Anda dapat lihat disini
4) Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir terbitan Gema
Insani Press.
Hadir dalam 4 jilid tebal. Edisi ini merupakan terjemahan bagi kitab Taisir al-'Aliy al-Qadir li Ikhtisar Tafsir
Ibn Katsir yang diusahakan oleh Syeikh Nasib Al-Rifa'i hafizahullah.
·
Sebagaimana
yang dikatakan oleh penerbit:"(Ringkasan
Tafsir Ibnu Katsir ini) spirit maknanya masih utuh tanpa cacat, dalam bentuk
susunan yang jelas sehingga dapat dipahami oleh cendekia, pelajar, pemula dalam
mencari ilmu, bahkan oleh masyarakat awam, jika mereka membacanya atau
dibacakan kepada mereka."
·
Tafsir
terbitan ini saya kurang pengetahuan dalam hal ini namun dengan melihat
sepintas lalu tafsir terbinan ini mudah untuk dicerna.
·
Bahasa
yang digunakan mudah difahami akan tetapi ia lebih keakan-akan bahasa indonesia.Setelah membaca sedikit maka
rating saya bagi bahasa adalah 8.7.
·
Dari
segi penyusunan bab dan font yang dipersembahkan mungkin ia agak tidak mesra
bagi sebahagian pembaca.
·
Walaupun
begitu tafir terbitan ini telah mendapat pujian daripada banyak ulama seperti
Syaikh Abdul Aziz bin Baz rhm,Dr.Aidh Al-Qarni dan sebagainya.
·
Kitab
ini juga telah ada di google book,eloklah terlebih dahulu anda membaca sedikit
sebelum anda membuat keputusan.
·
Siapa
yang patut miliki kitab ini?Terbitan ini mungkin tidak begitu sesuai bagi
mereka yang baru untuk membaca tafsir tetapi ia mungkin satu pilihan yang baik
bagi penuntu ilmu.
10.Kesimpulan
Perbandingan
yang saya lakukan hanya sebatas pengetahuan yang sangat sedikit.Walaupun
perkara yang dilakukan ini mungkin telah menyanggahi adab sebagai penuntut ilmu
kerana dengan membataskan diri dengan kitab-kitab
atau buku-buku tertentu dan meletakkan kelebihan
pada sesetengahnya yang lain adalah sesuatu perbuatan yang tidak adil.Tetapi
apa yang saya lakukan adalah disebabkan dilema yang saya rasai ketika
dahulu.Dalam keadaan tidak mengetahui kitab apa yang harus saya miliki demi
memahami Al-Quran.Alhamdulillah setelah hampir sebulan pencarian dengan bantuan
sahabat-sahabat dan laman-laman web seperti arkib.alfikrah saya telah
didedahkan kitab-kitab yang patut dimiliki.
Sebagai saranan bagi mereka yang tidak
berkemampuan untuk memiliki tafsir Al-Quran tetapi masih ingin memahmi
Al-Quran.I.allah buku yang ditulis oleh seorang faqih zaman ini Ibnu Utsaimin rhm
adalah kitab yang paling baik untuk anda miliki iaitu tafsir Juz Amma oleh
pustaka At-Tibyan.( Kitab ini amat bagus untuk dibaca bersama keluarga untuk
dijadikan rutin harian dan ia juga amat baik bagi mereka yang tidak mampu
hendak membaca kitab tebal-tebal maka mungkin anda dapat mulai dengan kitab ini
sebagai permulaan.)
Sekarang terletak keatas pundak bahu kita sama ada kita ingin memahami Al-Quran
atau tidak.Ayuh sama-sama kita menyelami lautan hikmah yang berada di dalam
Al-Quran sebuah kitab yang telah merentasi zaman.,tidak pernah merasa bosan
untuk membacanya,menjadi penawar bagi segala duka.Sumber Tertinggi manusia yang
berada di muka bumi.Ingatlah dalam mengharungi kehidupan kita akan sentiasa
menumui jalan yang penuh onak dan duri.Kita akan dihalang oleh berbagai
kesulitan,sebab itulah kehidupan yang tidak ada susah bukanlah hidup
namanya.Kadang-kadang jiwa ini mula merana merasa terancam maka timbullah putus
asa dalam diri.Inilah menjadi pentanda kematian hati.Jadi apa yang akan
menuntun jiwa kita ini?Di mana lagi sumber telaga itu dapat dicari,kalau bukan
dengan agama?
Kata Al-Imam Ibnu Qayyim
al-Jauziyyah dalam bukunya Miftah Dar as-Sa'adah :
"Tidak ada sesuatu pun yang lebih bermanfaat bagi hati melebihi Al-Qur'an
apabila dibaca dengan bertadabbur dan tafakkur. Membaca dengan bertadabbur dan
tafakkur adalah puncak kedudukan orang yang berusaha, beramal dan yang
mengetahui. Dengan cara itu akan melahirkan kecintaan, kerinduan, takut,
harapan, taubat, tawakal, redha, syukur, sabar dan sifat-sifat lain yang dapat
menghidupkan matinya hati. Membaca dengan tadabbur dan tafakkur juga dapat
menjauhkan seseorang dari semua sifat dan perbuatan tercela yang merusak hati.
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : ”Perumpamaan
orang-orang mukmin yang membaca Al-Qur’an seperti buah Utrujjah baunya wangi
dan rasanya enak, dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an
seperti buah kurma, tidak ada baunya namun rasanya manis, dan perumpamaan orang
munafik yang membaca Al-Qur’an seperti Raihanah baunya wangi dan rasanya pahit,
dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah
Handzolah, ia tidak ada baunya dan rasanya pahit” (Muttafaq ’alaihi)
Dan Rasulullah SAW
bersabda : ”Bacalah Al-Qur’an, kerana ia datang pada hari Kiamat ,
menjadi pemberi syafaat bagi pembacanya” (H/R Muslim)
I.allah akan
dibahaskan tentang tafsir-tafsir yang lain. WaLlahu a`lam.
MUHAMMAD FAIZ
10 JULAI 2012.
Read more...